Followers

Thursday, December 23, 2010

Noktah cinta

.........................
NOKTAH CINTA 1

"Alia,ada orang nk kenal dengan kau.Kau nak tak?"Umi memecahkan suasana yang serba sepi.Ketika ini mereka sedang mempelajari Bussines Mathematics kerana akan ada kuiz keesokan harinya.Alia ligat mengiran angka-angka yang tercatat dalam kertas soalan.
"Alia,dengar tak aku cakap ni?" Umi menarik tangan Alia.
"Apa?" Alia bertanya tetapi matanya masih lagi fokus kepada soalannya.
"Ada orang nak kenal dengan kau.Kau nak tak?" Umi menugulang semula soalannya tadi.Geram hatinya apabila soalan yang tadi itu tidak berjawab.
"Ermm..siapa mamat tu?"Alia bertanya sekadar ingin mengambil hati rakannya yang nampak begitu teruja untuk bercerita.
:Kawan Zain.Satu kelas dengan dia"
"Ermm?" kening Alia terangkat seperti sedang memikirkan sesuatu.
"Mana dia tahu pasal aku?" hairan juga.Tiada angin tiada ribut.Tiba-tiba ingin berkenalan.
"Aku selalu cerita pasal kau.Time aku keluar dengan Zain,kawan dia pun ada juga.Alif nama dia.So secara tidak langsung dia kenal kau lah.Paham?"panjang lebar umi menerangkan tetapi satu pun tidak masuk dalam kepala Alia.Dia lebih menumpukan kepada margin cost,total cost,margin revenueyang akan keluar dalam soalan esok.
"Ermm.OK," mata Umi macam tidak percaya mendengar apa yang dicakapkan oleh Alia tadi.
"Betul ke apa yang kau cakap ni?"Umi bertanya seperti tidak percaya.
"Apa?" Alia seperti lagaknya,slumber!
"Kau nak kenal dengan mamat tu ke?" soal Umi dengan pertayaan yang lebih jelas.Straight to the point.
"Apa hal pulak ni?Tak de lh..aku cakap OK.Soalan kau tu aku dah tolong jawabkan.Nah,ambik jawapan!Tak paham tanya.OK?Arosso?"Alia menyerah kertas jawapan itu kepada Umi.Umi hanya mencebikkan mulutnya tanda tidak puas hati.

No comments :