Followers

Thursday, December 30, 2010

saya SAYANG awak


Awak tak tahu saya kenal awak lagi awal dari awak kenal saya.Awak tak tahu saya terlebih dulu suka memerhati awak.Awak tak tahu saya tahu banyak pasal awak sebelum awak kenal saya.Kali pertama saya tengok awak, saya tahu saya tidak akan berkesempatan untuk menjadi kawan awak.Kali pertama saya tengok awak, saya tahu saya tidak akan dapat berbicara dengan awak.Lama juga saya memerhati awak dari jauh. Saya tengok awak ketawa. Saya tengok awak senyum. Sya tengok awak marah. Dalam hati saya selalu bertanya bila saya akan ada peluang tersebut.Peluang untuk bercakap dengan awak.
Awak tegur saya .Awak cakap dengan saya. Time tu hepy giler.Macam nak announce je dekat semua orang yang awak tegur saya tapi saya tahu siapa saya. Saya tak macam kawan-kawan awak.Kali pertama saya cakap dengan awak.Kali pertama saya dapat tengok awak secara dekat.Best sangat.Masa tu,nak cakap dengan awak pun malu-malu lagi.Biase la,first time awak.Awak tak tahu ape yang saya rasa masa tu.
Tak sangka kan saya dan awak kawan.Tak sangka kan saya dan awak boleh bergelak ketawa sama-sama. Tak sangka kan saya boleh merajuk dengan awak. Tak sangka kan saya dan awak boleh berjalan sekali.Tak sangka kan awak segala-galanya bagi saya pada masa itu.
Tapi,setiap pertemuan pasti ada pengakhirannya.Kalau boleh saya tak nak ianya berakhir.Kalau boleh saya nak kekal kawan yang ada di sisi awak.Kalau boleh saya nak terus ada dekat dengan awak.Tapi saya tahu ianya mustahil.Saya dan awak takkan pernah kekal.Awak ada haluan awak sendiri.Saya ada haluan saya sendiri.Sebab tu saya tak harapkan awak dan saya akan berjumpa lagi.Itulah perkara yang saya tanamkan dalam diri saya.
Tapi tak sangka saya boleh jumpa awak kembali.Awak layan saya sama macam dulu..Tapi tak de lagi dah main-main macam dulu.Sekali sekala saya atau awak selalu ungkit balik perkara yang kita yang dulu.Best kan?
Awak perasan tak saya selalu cite dekat awak.Awak perasan tak,bila saya hepy,saya cari awak.Awak perasan tak,bila saya sedih saya cari awak.Awak perasan tak bila saya takut saya cari awak.Awak perasan tak bila saya rasa down sangat-sangat saya cari awak.Awak perasan tak bila saya ada masalah saya cari awak. Awak perasan tak,bila saya keseorangan saya cari awak awak.Bak kata semuanya awaklah.Awak perasan tak?Kenapa saya cari awak?Sebab saya rasa saya dan awak ada chemistry.Saya dah cuba buat semua tu dekat orang lain tapi tak sama macam awak buat kat saya.Sebab tu saya rasa saya perlukan awak dalam hidup saya.Awak macam Superman dalam hidup saya.
Tapi,makin lama saya rasa saya dan awak makin jauh.Awak tahu tak masa tu saya rasa kehilangan sangat-sangat.Saya nak awak tapi saya tak tahu macam mana cara.Saya harap sangat awak akan kembali menceriakan hari-hari saya.Hidup saya tak tentu arah.Saya hilang seorang teman.Saya hilang seorang penyelamat saya.Saya hilang seorang kaunselor saya.Saya rasa saya berada seorang diri.Masa itulah saya rasa tertekan sangat.Awak tak tahu.Awak sekarang nak pergi jauh.Jauh dari sini bermaksud jauh dari saya.Saya tak tahu macam mana saya nak hidup tanpa awak.Saya tak tahu bila saya dan awak akan bertemu kembali.Adakah saya perlu tanamkan kembali saya dan awak memang tak akan pernah kekal sama macam saya buat dulu.Masa saya tahu saya bakal kehilangan awak.Tapi sekarang saya tahu saya bakal kehilangan awak buat selama-lamanya.Saya memang akan kehilangan awak.
.Kalau boleh saya nak cakap dekat awak, “plez jangan pergi dari hidup saya.Saya sayang awak.Saya nak awak selalu ada disisi saya.”Tapi saya tahu saya tak mampu.Sebab saya bukan siapa-siapa pada awak.Apa hak saya kerana saya dan awak membesar sebagai teman sepermainan sahaja.Last kali,saya juz dapat doakan awak.Semoga awak berjaya dalam lampangan hidup awak.Lagi sekali saya nak cakap saya sayang awak.Saya sayang awak sangat-sangat.





3 comments :

Nemesis said...

Maaf kerna x pandai bermadah mahupun melafazkan bait indah. Satu lafaz yang terlalu lama telah disimpan namun tak mampu dilafazkan kerna kerisauan yang amat. x kira apa akibatnya tetap ingin ucapkan, aku sayang kamu sangat - sangat dan aku tetap menunggu seandainya engkau sudi. ya awak bukan siapa2, kerana awak adalah segalanya......

cik NuHa said...

Kadang2,xsemua yg kita nak,kita akn dpt..sbb tu,berdoalah semoga semua itu akn mnjadi kenyataan..andai jodoh ampa,tak kemana..:-)

nadia said...

=)