Saturday, April 28, 2012

motor oh motor




hihik,, aku suka motor nie malangnya tangan xsampai,. kaki pun xsampai.. juz wondering.. mcm mn lah org naik nie,, xlenguh ke pegang handle mcm tu,?

p/s : td ternampak motor tu atas jalan.. itu yg tetiba teriingin tu.. before ni kena imagine,, sekarang dapat tengok real.. dan mula berfikir..  hurmm?

Friday, April 13, 2012

masa

.: Assalamualaikum :.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" ( Al' Asr, 103:1-3)
peliknya bila aku mula bercakap pasal ni. ala2 agama sikit. tapi itu lah sebenarnya realiti. setiap  orang akan bercakap mengenai masa. setiap orang dikurniakan 24 jam sehari dan terserah dia lah untk manage time dengan sebaiknya. ada yang merungut masa yang diberikan tak cukup dan pada masa yang sama lansung tidak melakukan apa-apa.

aku sendiri pun kadang-kadang selalu la jugak lupa dengan masa. Tak utilize dengan sebetulnya. bila dah sampai tarikh yang nk kena submit ke ape ke.. mula la menggelabah..tak tidur malam.bajer macam rajin. last minutes prepareations kan..  tapi hakikatnya itu lah human nature kot. hehehe


azam aku untuk tahun ni kononya nak buat kerja awal lah. tapi in de end of semester.. hihi habuk pun tarak.,,aduyoii..  xpe.xpe.. masuk degree ni insya ALLAH aku akan berubah.. Aku kn nak jadi matang,, hehehe preparation mau tip top.. winggg wingg wingg.. hihi


p/s : entry ni dah lama nak dipublishkan tapi kenkangan masa yang amat lah sibuk *tengok.. menipu lagi.. hehe *. entry ni ak tulis time tunggu member untuk pickup ak coz masa aku tnggu dia dah dekat 1 hour 15 mnts daa.. lama kn.. time ni la ak rasa masa amat penting bagi aku.. hehe

Friday, April 6, 2012

Kehilangan

 .: Assalamualaikum :.

Dari sebelum penghabisan semester aku sehingga la sekarang, hanya berita kematian yang aku dapat.Semalam aku dikejutkan dengan kehilangan nenek sedara aku yang baru meninggal tepat pukul 3.00 p.m semalam kerana sakit diabetic. Jenazah beliau dibawa pulang ke Johor. Dan takziah juga aku ucapkan untuk sesiapa yang mengalami peristiwa kematian ini sama ada saudara terdekat atau orang yang disayangi. :)

Sebelum ini aku dikejutkan dengan kematian anak sedara kepada housemate aku. meninggal ditempat kejadian setelah berlaku kemalangan di lebuhraya Sabak Bernam yang baru berusia beberapa bulan. baby tu meninggal malam Jumaat. Sesungguhnya syurga lah tempat dia..ameen :). selang seminggu, aku dikejutkan lagi dengan kematian kakak ipar beliau yang mendapat komplikasi akibat kemalangan itu. k.ipar beliau mengalami pendarahan di kepala dan tidak sedarkan diri. peluang untuk hidup hanya 50-50 dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat jugak. Kasih ibu hingga ke syurga. :)

Sungguh aku tidak akan mengerti perasaan kehilangan ini jika aku ditanya soalan macam tu kerana aku belum lagi merasa apa itu kehilangan. Apa yang boleh dicakapkan " berat mata memandang, berat lagu bahu memikul". Dan aku hanya mampu untuk mendengar dan berkata sabar. Tapi aku tahu setiap apa yang aku cakap kan itu tidak mampu mengubat rasa kehilangan yang ada. Setiap orang akan berkata sabar kepada orang yang mengalami padahal dia tidak berada ditempat itu. Aku sebolehnya nak orang yang menghadapi kehilangan ini redha dengan ketentuan yang telah disuratkan kepada mereka walaupun aku tahu aku pun akan berbuat begitu jikalau aku  berada ditempat yang sama. hanya akan menangis dan menangis.. menyesal kerana tidak melayan orang-orang yang telah meniggalkan kita dengan sebaiknya. :)

" sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali"  ( Al- Baqarah : 155-156)
Bersama ujian, datangnya rahmat. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.