Assalamualaikum
~ ~
Hai ❤.
Harini Nad nak share review pasal satu tajuk buku ni. Buku ni bertajuk "SIGNATURE JALANAN" hasil tulisan Teme Abdullah. Actually ni buku Teme yang kelima selepas tiga buah sekuel buku beliau.
Nad start baca buku teme bila buku kedua dia release. Tu pun pinjam yang adik punya sebab Nad malas nak beli. Nanti takut tak best pulak kan 😅 Tapi yang bestnya within sehari Nad boleh habiskan buku ni. Of course la dulu boleh non stop baca buku 3 jam direct kan tapi after kahwin ni banyak benda nak kena buat. Masak laa kemas rumah basih kain sidai kain. Kira boleh habiskan dalam masa sehari ni memang habis hebat laaaaa tau 😂.
Buku Signature Jalanan ni pun Nad tak beli untuk Nad tapi belikan untuk adik ipar. So before dia baca buku ni dulu, Nad habiskan dulu sebab esok baru nak hantar dekat dia, Nun jauh di Ipoh. So sabar jap eh😒
--------
Basically, Signature Jalanan ni berkisar mengenai alam sekolah. Kalau Pelukis Jalanan, berkisar mengenai alam Teme melanjutkan pelajaran di UK dan kesusahan yang dia alami sepanjang keberadaan dia di sana, Arkitek Jalanan mengenai last semester Teme dengan Ahmad and sekuel yang terakhir adalah Impian Jalanan. Cerita mengenai zaman Teme masa sekolah rendah ft zaman selepas habis belajar. Yang ni Nad paling suka sbb rasa kiut sangat bila baca and sedih dekat part Teme kena reject. Dengan harapan. Kau jangan kahwin la Teme. Kau milik semua orang. Gituu macam die hard fans K-pop pulak kan, HAHA Nah korang klik SINI kalau nak baca review buku Impian Jalanan.
Based on previous pembacaan Nad, Teme ni budak INTERGOM. Budak sekolah SBP Intergrasi. So dalam buku Signature Jalanan ni, memang dia mengimbau zaman-zaman dia duduk asrama la. Time tu zaman SPM. Bila baca buku ni, terus Nad mengimbau zaman asrama Nad jugak, Memandangkan Nad and Teme sekolah agama, ada keserasian di situ 😜.
Sodom (solat di dorm), BADAR (Badan Dakwah dan Rohani), DM (Dewan Makan) and segala denda yang kena sebab lambat bangun tu kira sangat serasi la cerita dia especially untuk budak asrama. Korang wajib baca okay unless korang taknak ingat zaman asrama korang. Tak payah baca. Nanti syahdu sebab rindu zaman asrama korang.
Buku ni cerita dia fiksyen, Tak 100% related dengan yang hidup dan yang mati tapi Nad tetap baca hero itu adalah Teme. Budak yang tak reti baca dan gagap di sekolah adalah Teme. Sorry Teme but you are too cute too handle 😂🤷♂️
Nama hero dalam buku ni adalah Ben. Walaupun cerita Ben ni 70% dalam buku ni tapi Nad rasa Ben ni adalah Teme so dia terus jadi hero okay.
Dalam buku ni ada nama Zack (Ketua BADAR yang acah alim tapi suka tegur orang dengan kasar), Joe (Student yang markah cukup-cukup makan bila time exam sbb bukan student yang excellent), Oki (seorang yang excellent, suka tolong orang, jadi mentor untuk Joe) and last sekali adalah Ben (Seorang yg excellent tapi tak se excellent OKI, kuat aktiviti koko, pandai melukis) dan last sekali adalah Alif ( seorang yang bijak tapi ada masalah family. Family terlalu susah dan dia terus jadi seorang yang bermasalah).
Dalam buku banyaaaak sangat cerita mengenai inspirasi untuk nak berjaya. Sesuai sangat kalau korang nak hadiahkan buku ni untuk adik-adik yang nak exam.
Zack, last sekali berubah menjadi seorang yang sangat lembut selepas sedar dia terlalu berkasar dengan kawan-kawan dia. Seorang yang percaya dakwah secara kasar tu menusuk dan mudah ingat tapi dia lupa dakwah secara kasar tu menyebabkan hubungan dia dan Alif tidak baik memandangkan Alif adalah student bermasalah di asrama.
Oki dan Joe banyak diceritakan dalam buku ni menjadi mentor mentee. Betapa Joe sudah mengalah untuk nak excell dalam SPM tapi Oki tetap pujuk Joe untuk sentiasa berusaha. Siap buat kelas one to one lagi untuk coach Joe especially dalam subject Add Math.
Ben seorang yang aktif. Terlalu aktif sampaikan ada akal untuk meniru dalam trial SPM lagi sbb masa yang terlalu suntuk untuk nak study pun. Nasib tak buat. Seorang yang bercita-cita tinggi kerana ingin mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di UK. Sbb tu Ben terlalu try hard untk excell dalam akademik dan koko.
Dekat hujung-hujung cerita, Ben baru meluah kan yang dia bukan pandai sbb talent ataupun secara semula jadi sbb Joe selalu usik Ben yang Ben ni berjaya dalam semua benda sbb talent dia. Tak perlu nak study lebih-lebih. pandai melukis dan banyak lagi lah. Tapi disebabkan oleh dia berusaha dan usaha tu orang lain tak nampak dan pada yang sama, berjaya menutup ruang kelemahan diri dari dilihat oleh orang lain.
"talent ni bukan sebab seseorang tu lahir-lahir talented, jadi dia tak payah berusaha macam orang lain. Cuma dia berusaha terlebih awal dalam keadAan orang tak nampak dalam kadaan dia tak sedar benda tu, tidak dipaksa, dan orang dak dapat explain"
"Mentaliti. Kita boleh kawal mentaliti kita sendiri. Dengan mentaliti yang betul, kita bukan saja boleh survive. Tapi kita boleh pergi jauh dari orang lain".
" Mengejar yang positif, bukan berlari daripada negatif. Dengan cara itu, yang negatif akan dijauhkan dengan sendirinya"
Terus Joe berubah 180 okay. Ada suka ada duka ada gaduh-gaduh ada part lawak ada part inspired ada part persahabatan. Kira semua blend in dalam satu cerita. Rasa nak repeat balik zaman belajar dkt asrama dulu walaupun ada banyak sangat peraturan dkt asrama kan. 😂
Untuk buku ni, Nad bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 sbb Nad suka overall cerita Teme tulis ni! 😜
Untuk buku ni, Nad bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 sbb Nad suka overall cerita Teme tulis ni! 😜
-------------------------
Iklan sikit eh. Kalau korang malas nak keluar beli dekat kedai, korang boleh beli dengan Nad tau.
Just visit INSTAGRAM ni je , The GeroBook atau pun korang boleh beli dengan Nad di Shopee. Tunggu abang posment datang hantar ke rumah je. Subject to stok ada laaa korang eh sbb buku ni pun dah 2x restock 😅😅.
Okay korang. Jumpa lagi
Lots of love 💕
4 comments:
waaaah saya pun minat teme... baru kumpul satu je buku dia. he is a very good writer tho. memang menangis baca hahahahha harapnya dapatlah baca 'Signature Jalanan' ini nanti uhuks
https://insyirahanorpiah.blogspot.com
Wajib baca taauu buku-buku dia sbb setakat ni belum menghampakan. Nad skrg tunggu empayar 3 (kalau ada) pulak release sbb tergantung lagi cerita dia. Harap-harap ada sambungan sbb cerita tu belum habis lagi ending����
Post a Comment