Monday, February 18, 2013

puding trifle

 - ASSALAMUALAIKUM-

Since aku sekarang nie ada aktif sikit untuk menulis, jadi terasa nak share something yang aku buat last week. :) almaklum lah status diri ini akan berubah kan.. jadi semakin membiasakan diri untuk benda-benda macam nie *okeh ayat poyo* hehe 

alang-alang semua berkumpul untuk CNY last week, adik-adik aku yang stay dekat hostel pun balik jadi dapat la berkumpul ramai-ramai dekat rumah. oleh yang demikian , aku ada buat something untuk famili aku iaitu PUDING TRIFLE.. yeeaahhhh =) hihihihia

since ada member aku yang tanya step-step dia, senang ke tak kan.. jadi apa kata kalau i let u all observe sendiri either step tu mudah or not sebab bagi aku sangat simple dan senang nak buat. kalau susah memang dak la kan aku nak buat sebab aku ni tak da la sesabar mana pun nak buat yang remeh-remeh nie :) tepuk dada tanya iman. =D

okeh, first aku akan start dengan ingredients dia dulu.. believe me, it is super duper easy :)

1. seketul kek perisa Pandan,  kalau boleh yang yang petak or yang berbentuk swiss roll tu kn .( up to you nak ambik perasa apa) dan dipotong kepada beberapa bahagian.
3 sudu tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin air ( guna sukatan dari tin susu cair td)
2 1/2 sudu besar gula
1 peket Kristal Jelly Nona Strawberi ( tak kisah perasa apa)
2 cawan air ( untuk masak Kristal Jelly)

Hiasan :

1 tin buah peach 
sekotak buah strawberi

abaikan kek coklat tersebut. 


okeh..selesai sudah bahan-bahan yang diperlukan. kita akan tengok step-step yang diperlukan untuk hasilkan pulak :) pliss enjoy your reading on this .

1. pertama sekali, lain tak bukan mestilah senyum, ikhlas, baca bismillah dan selawat ke atas nabi junjungan kita. baru lah apa yang kita buat tu berkat * mak cakap* #copypaste

2. susun kek yang telah dipotong tadi kedalam bekas. ikut suka nak menggunakan bekas kaca atau loyang. lembabkan kan kek dengan air buah peach.

3. masukkan susu cair, air satu tin, tepung kastard dan gula. Panaskan di atas api perlahan. Kacau hingga menjadi pekat. 

4. Bila dah hampir mendidih, angkat dan curahkan kedalam bekas yang disusun kek tadi.

5. Hias permukaan kastard itu dengan buah peach dan strawberi mengikut kreativiti sememtara masai panas. Anda boleh menambah sebarang buah yang lain mengikut kesesuaian.



 6. panaskan air 2 cawan sehingga mendidih dan masukkan serbuk Jelly Kristal tadi ke dalam air. Kacau sehingga larut dan padamkan api. kacau utk beberapa minit untuk sejukkan dan curah kan ke atas kastard yang telah di susun dengan hiasan buah peach tadi.



7. masukkan ke dalam peti dan biarkan ia keras. and last boleh la makan :)

boleh la dihidangkan buat keluarga terchenta anda! Selamat mencuba :)





Sunday, February 17, 2013

bunting pelamin

assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh

entry kali nie relate dengan hal-hal perkahwinan and aku mendapat idea nie pun dari rancangan TV. Wanita Hari Ini yang bertajuk Bunting Pelamin, bersedia kah pasangan *tajuk lebih kurang macam tu lah * hihi lupa dah  :) benda nie pun pernah menjadi topik hot untuk ruang gosip-gosip nie dengan member-member aku yang terchinta tu kan.. hehehe *pillow talk maybe* ngeh ngeh ngeh ..

topik yang discuss masa tu adalah apa itu bunting pelamin? macam-macam teori yang keluar masa tu. kalau boleh recall balik, rasa macam nak gelak guling-guling sampai dapur ada. apa punya teori pun ada lah.. semua aci main redah ikut logik masing-masing. ada yang cakap mengandung masa tengah bersanding, sebab tu lah bunting pelamin .. and macam-macam lah yang tak sanggup aku nak tulis semua kat sini. HAHA!


sekadar gambar  hiasan
baru-baru ini Malaysia dikejutkan dengan artis kita yang mengalami bunting pelamin .*iye ke?* contoh yang terdekat mestilah Fasha Sandha dengan Diana Danelle * not sure the correct one for her name*. okeh.. tak pe lah sebab itu artis. berbalik kepada realiti or maybe di sekeliling kita.. kita tengok kepada member-member kita yang berkahwin muda and the good thing is mendapat baby dalam masa yang singkat. tak kesah la bagi aku bunting pelamin ke tak kan ... contoh si Dena Bahrin. she is too young and of course younger than me. Baru berkahwin and sekarang sudah selamat melahirkan baby boyyy.. congrats to her. persoalannya di sini, sejauh mana kita di usia yang muda di zaman era globalisasi nie menghadapi perkara ini. Bagi pelajar amnya kan .. mesti lah sibuk nak study, nak menjaga suami, and in the same time menjaga baby. double-double stress and di situ kita akan belajar how far we can manage the stress level.. phewww sangat laa mengancam..kena dapat full support dari banyak pihak sebab takut kes gila meroyan terjadi.. nauzubillah  hehe 

for those yang berkahwin di usia yang muda and sudah pun mendapat cahaya mata, tahniah berjuta kali tahniah sebab you are a strong woman! :) bunting pelamin is a good thing tapi bila pikir-pikir balik.. oohh oohh oohh.. HAHA! Lupa kan.. banyak faktor yang nak kena ambik kira. 

semoga berbahagia dengan keluarga anda!



p/s : baru perasan anak mak cik yang baby tu dah besar laa... baru tak tengok dalam dua minggu. :)



Saturday, February 16, 2013

A GIFT

assalamualikumwarahmatullahiwabarokatuh.. =)

alhamdulillahirobbil a'alamin wassola tu wasalamualaashrofil anbiya' iwalmursalin wa a'ala alihi wasohbihi ajmain.. segala puji-pujian bagi Allah tuhan sekalian alam. alhamdulillah =)

result untuk exam yang lepas dah selamat berlepas dan berjaya diketahui. alhamdulillah.. hadiah yang cukup bermakna buat aku dan keluarga :)ehemm! debar-debar menanti result yang bakal keluar. awal-awal pagi sudah bangun sebab terasa excited untuk check result yang memang gembar gembur diperkatakan oleh orang ramai.

alhamdulillah.. keputusan yang dapat tu masih maintain. alhamdulillah.. syukur yang amat sangat kerana masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk merasai lagi sekali kejayaan nie. memang diharapkan mudahan-mudahan kejayaan yang boleh dikatakan sebagai permulaan dalam mengharungi hari-hari yang mendatang. insya allah :) doa kan.. :)

tetiba rasa macam nak share kat sini result aku tuu.. acece ^_^V



ngeee... hepi to see that result :D nampak sengihan lebar ku yang panjang dan lebar nie T_______________T hihihih

betul la pepatah Arab ada cakap " man jadda wajada, man zaroa' hasoda " :D tapi aku tak da la berusaha keras-keras sangat . rasanya kali nie ada main banyakkkk sangat . kalau aku berusaha lebih sikit mesti 4flat. phewwwww! *bajet*



akhir kalam, best of luck for those who are striving in their study :) GGUOLS! :D

Wednesday, February 13, 2013

betapa beruntungnya aku :)

assalamualikumwarahmatullahiwabarokatuh

telinga nie sesambil mendengar YA HANA NA ( betapa beruntungnya kami).. lagu nie memang selalu duduk main dekat dalam rumah pun sejak akhir-akhir nie :) bukan ini yang nak diceritakan tetapi just nak cerita apa yang aku buat untuk hari-hari yang ada ni .. hihihi mengada jap

terasa seperti baru je bercuti .. acecece mengada lagi padahal dah masuk sebulan dekat rumah nie. pejam celik pejam celik result exam pun dah nak keluar. kus semangat pun ada jugak kan. dalam minggu nie jugak tidak terkecuali dengan Chinese New Year celebration and something was happened in Malaysia's history.. our PM had invited PSY semata-mata nak menyanyi lagu Oppa Gangnam Style.. phewww... jangan tak tau kau kak.. :P jadi reramai la yang balik sempena CNY ni.. maka bersesak-sesak la semua di atas jalan berjam-jam lamanya.. pakat-pakat nak balik kan cuti-cuti cenggini :D jadi semua adik beradik pun berkumpul la dekat rumah. tak terkecuali untuk famili aku pun . yang duduk hostel pun balik. iye laa.. cuti kan... ada yang pergi bercuti-cuti Malaysia pun ada. tak gituu.. ekekekeke :P

sempena keberadaan aku dirumah bersama keluarga tercinta, aku ada buat something for my famili.. a gift from a daughter, a sister to her younger brades and sista! :) benda tu akan dikupaskan dalam next entry.. insya allah kalau ada masa. *bajet.bajet.bajet.* ekekekekeke

pejam celik pejam celik sepanjang keberadaan aku dirumah.. aku rasa aku tak da buat apa melainkan tolong mak aku buat kerja simple-simple je lah .. tolong beliau memasak.. kemas dapo.. lipat baju.. tolong bising kat adik suruh study.. tolong membebel bagi pihak mak.. tolong ayah buat air.. and etc  hurmm tu je kerja aku di masa cuti. sedihnyaa.. tak banyak yang boleh tolong.

tapi menjadi satu pencapaian untuk aku laa.. hihi ada masa aku jadi master chef sat and mak jadi co chef.. phewww... sumpah aku xtau yang aku terer reti masak..

okeh.,. sampai sini saja sebab aku ada something yang nak dirobek dekat inchek google dan insya allah akan dipost dekat sini jugak if ada masa.. *bajet.bajet.bajet* kihkih.. so aku tinggalkn dengan video nie.. Ya Hanana :)