"Malaysia Masih Aman"- tipikal thinking among Malaysian
Aku macam tak paham apa yang amannya. Aman dari sudut apa? Dari peperangan? Apakah Malaysia tidak seperti Syria, Mesir dan negara-negara yang seangkatan dengannya.
Huh! buangkanlah statement dari lubuk hati anda semua kerana Malaysia kini sudah tidak aman. Aman maknanya kita bersenang-senang keluar dari rumah kita dan bebas menuju kemana-mana. Tapi, it become worse bila ada manusia yang bertopengkan binatang. Uh come on laa.
Aku macam grrrr marah pun ada sebenarnya. Kes rogol, bunuh, cabul semua dah ada. Kalau dulu jarang jita dengar kes rogol nie. Jarang-jarang la nak masuk berita. Lepas tu kes tembak menembak pulak. Terasa macam nyawa manusia nie tak da nilai. Mudah untuk ditukar ganti. Dah habis reda kes tembak-tembak, kes rogol dan bunuh. Kalau dulu perempuan dewasa kan, Sekarang bebudak bawah umur and yang paling tak diterima dek akal tu cerita budak perempuan umur dua tahun kena rogol dan bunuh.
Oh my God.
Honestly, aku takut untuk berada dalam negara sendiri. Terlalu takut.
Tak terasa takut ke mereka-mereka yang buat jahat tu. Dah tak ada rasa kesian dan simpati ke dekat orang yang jadi mangsa tu. Dah tak de rasa kemanusiaan dalam diri dah ke yang buat macam tu.
Im really sad. Kenapa?
Semuanya kaum MELAYU. We are Muslim but we did something that contradict with Islam. Mat rempit, kaki ganja, dadah, arak, judi bla bla bla.
Teringat aku dalam sebuah ayat al quran yang aku ingat pasal judi dan arak. Allah sendiri cakap judi dan arak ada kelebihan dan keburukan TETAPI keburukannya lagi besar. SEE?
Sebab tu Islam haramkan benda-benda macam nie. Manusia yang tidak mampu untuk ambil sebagai iktibar. Jalan mudah untuk capai kemewahan, keseronokkan.
Im sure Jakim semua buntu untuk tangani masalah nie even polis pun terlalu banyak kes yang perlu diselesaikan. And sekarang aku rasa apa yang arwah Ust Azizan, bekas menteri Kedah dulu pun ada cakap,
"Kalau kita lahirkan seorang yang jahat, ia memerlukan 10 orang untuk menjaganya. Kalau kita lahirkan seorang yang baik sikapnya, dia mampu untuk menjaga 10 orang"
Which one is better? pokok pangkal disini adalah HATI. Bila hati bersih, sesemua nie tak kan berlaku. mungkin berlaku tapi portion yang ada tu sangat sikit. kalau tidak masakan Allah turunkan hudud bagi pesalah. Benda itu ada tapi jumlahnya yang sikit.
Sekarang bermula dengan diri sendiri, berazam untuk mngubah diri, bila diri boleh diubah, jadi yang lebuh baik, insya allah keluarga pun akan berubah menjadi baik. bila keluarga menjadi baik, dia akan merubah masyarakat untuk menjadi baik. bila masyarakat menjadi baik , seluruh negara akan berada dalam kebaikan.
Maka, boleh la adigelarkan Malaysia Aman.