Monday, November 9, 2015

E-day

Assalamualaikum

***

aku tak pasti bila masa aku menaip post ketika waktu nie. kenkonon nak bercerita hal tunang aku. Kihkihkih

Tunangan basi da kot sekarang nie.

Aku tunang on 2nd of May 2015 with a nice guy which was my classmate during primary school since we were in standard 2 until 6. Lama tak? lama tak? hihihihi aaipppp! tapi waktu dan ketika tu ktorang tak berchenta laa. just sekadar kawan jee *yeke*. alaaah tu pun dia tegur aku waktu darjah 5. darjah 2,3,4 dia menyombong ngan aku sebab dia budak pandaaaai. aku budak biase2 je. *flip tudung*

ktorang loss kontek masa form 1 &2 and waktu form 3 dh kontek balik and last2 eheem! berhasil la hubungan yg dibina ini. 

simple je kan baju aku? aku just recycle balik je baju paling cantik yang aku ada since ada miscommunication sikit berkenaan dengan baju nie. terpaksa laaa aku pakai baju konvo aku. sobs sobs sobs :( 




on that day, parent nafis tak dapat since ayah dia baru lepas operate and tak boleh berjalan jauh. so mama dia kena stay ngn ayah . so sebagai ganti tok nafis sendiri yang sarung kan cicin dekat aku. gila kaaau.. sejuk bebonar duduk situ sebab terlalu cuak dan semua mata fokus dekat aku dalam ramai2 tuuuu. haa





but praise to HIM . everything was run smoothly. :) i'm engaged! tick tock tick tock time to prepare for wedding ceremony pulok :D


Wednesday, September 23, 2015

raya haji :D

assalamualaikum

***

Esok kita rayaaaa haji. and good thing aku still di ofis. Hiks.

Nampak tak betapa gigihnya aku di ofis. Menanti dengan penuh sabar pukul berapa nak boleh balik nie.. :D

Mintak-mintak la harini half day. so cepat sikit aku sampai rumah and boleh la aku shopping. Nak shopping tudung raya daa since kasut raya dah beli daa. 2 pasang g ha. pastu terus pokai poket sebab shopping tak hengat dunia.

so on third day raya rumah aku mungkin ada open house sikit la kot since ayah aku join untuk korban. so akan buat makan-makan. alaaaahai. kena masak memasak la waktu ketika itu. 

so selamat hari raya aidil adha. raya ni takda duit raya sebab takde peruntukan. Hihihihi :P 

Monday, September 14, 2015

nothing

assalamualaikum :) 

After beberapa bulan aku menyepi dari menulis di blog ni. Kenkadang rindu jugak nak menulis tapi aku bussyy. tak sempat untuk  nak bukak blog ni lansung. Hiks!

Bulan-bulan yang mendatang ni aku agak sibuk untuk siapkan preparation untuk my wedding yang insha Allah bakal dibuat on 12 March 2016. Kurang dari enam bulan saja lagi untuk aku buat. 

But the best thing is aku belum lagi pergi taklimat kursus kahwin. Grrrr. Rsa macam nak kahwin tapi malas nk pergi kursus kahwin memandangkan aku sensorang kaaan .aku rasa aku just attend kursus kahwin kat shah alam je kot.

Last time nak attend time lepas raya puasa aritu tapi sekali call untuk tanya tarikh yang available just tinggal untuk bulan sembilan dan ke atas jeee :( 

guys, wish me luck ok  . Semoga dipermudahkan segala urusan :)


Thursday, March 12, 2015

#Sembang Petang


Assalamualaikum 

***

Alkisah semalam Nafis yang ambik aku dekat tempat kerja dan hantar aku pulang ke rumah. Lepas tu nampak sepasang suami isteri Arab tengah berjalan menghala ke lif. Maka berpandangan lah kami berdua.

Nafis : Asal isteri dia kurus eh?

Aku : Eh dah kenapa kalau isteri dia kurus pun? *muka pelik*

Nafis : Ye laa.. kalau dah namanya Arab, kena isteri jadi besar.  Baru lah orang cakp suami pandai jaga isteri. Tu kepercayaan orang Arab

Aku : Eh yeke? *muka tak tahu*

Nafis :Nasib la saya ni ada keturunan Arab jugak. kihkihkihkih! *gelak jahat beliau*

Aku : Ingat orang melayu xda kepercayaan ke? kepercayaan orang melayu nak bagi suami jadi munccit . baru lah isteri pandai jaga suami.Kihkihkihkih 

Nafis: krikk krrikk krrikk krrikkk *diam* 

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! konon nak bantai aku lah semalam kaan. haha kan dah kena balik :p 


Tuesday, March 10, 2015

Tunang : Checklist Tunang


Assalamualaikum

***

Monday blues for today and happy intern ship to my beloved one, chenta hati. krrikk krrikk :) 

Sumpah aku rasa aku tak cukup masa untuk nak prepare untuk tunang preparation semua. Aku sensorang dekat sini, Shah Alam and family aku semua ada kat Kedah. Beerrgghh I hope everything gonna be fine. Insya Allah :)

So here we go with the first chapter of engagement process which is "CHECKLIST".

Kenapa kita perlukan checklist? Supaya nanti kita tidak teraba-teraba untuk siapkan barang-barang utk hari tu :)

Checklist aku untuk pertunangan aku adalah :

1) Tema

Warna yang akan diguna sewaktu event tu berlansung. colour baju.. decoration untuk hantaran akan ada warna yang tersendiri. Selepas tu baru boleh beli baju ikut warna tema tu :) The best part is i didn't prepare any single things yet until todate :(

2) Hantaran
Macam biasa mak aku suruh buat 3 balas 5 je sebab baru tunang. Tapi bila aku inform nafis dia macam sedeh je sebab sikit sgt kan . So aku decide dia 5 balas 7 lah. dah tak mampu pikir nak bagi ape lagi kalau 7 balas 9. yang tu kita propose time nikah eh .. hihihi

3)Veil tunang
Sampai hari ini aku still terpikir nak ada veil tunang ke x. Kalau aku decide untuk ada then aku nak tempah ke atau aku nak try saja DIY. aku google ramai je yang DIY. Berbakat nya korang kan. Salute you girl! :)

4) Pelamin
Aku tak kan buat pelamin rasanya sebab terlalu sempit untuk rumah aku. Kang kalau buat pelamin letak kat luar orang cakap over kau nyah. Baru tunang pelamin dah ada kat luar da. Punya la grand kan. So aku decide untuk sarung cincin dalam saja. Ala-ala zaman dolu-dolu gittu.

5) Bunga tangan
Still tak sure either nak ada ke x. Hahahaha Tapi kalau ada nice jugak kan tapi kalau tak sempat buat macam mana. pheew Hopefully aku boleh buat semua tu sendiri within 1 month. Hopefully T_____T

Setakat ni yang tu je yang ada dalam kepala aku. Mintak-mintak la semua ni jadi. Aminn :) 


Monday, March 2, 2015

SPM

Assalamualaikum 

***

Korang ada adik-adik yang nak result SPM esok? sumpah dorang tak boleh tido malam ni disebabkan oleh terlalu takut dengan result yang akan keluar esok. 

Ke korang sendiri yang nak pegi ambik result esok nie. Mesti cuak kan ? Hihihihi

First thing, JANGAN RISAU okeh. korang jangan risau kalau result korang jatuh ke tak cantik ke ape ke. Hidup korang masih panjang and ada banyak masa menanti korang. Yes aku admit for those yang result dia cantik tu memang masa depan dia cerah untuk dapatkan kehidupan yang senang. But korang jangan risau kay!

Chill saja untuk esok. Pegi ambil dengan hati yang tenang. Masuk tido awal dan bangun awal pagi, siapkan baju sekolah semua dan senyum sewaktu ambil keputusan. Aku doakan adik-adik semua berjaya. Adik aku pun ada ambik result esok and hopefully she's gonna be fine :) 

Eceh! tajuk pasal  SPM tapi isi dalam ni semuanya berkaitan dengan fefeling nak pegi ambik result. Watdehak!

*google* 

Tuesday, February 24, 2015

Aku Dirisik

Assalamualaikum semua

******

Hiks! tajuk entry kali ni macam nak up kan status diri ini kan. Hehehehe

21 Februari aritu famili nafis datang untuk merisik. Kenkonon inform untuk berkenalan since keluarga dua-dua belah pihak tak pernah berjumpa lagi. Kiranya kali ni kali pertama bersua bertentang mata semua. 

Aku baru sampai dari Shah Alam pukul 6 pagi terus duduk sembang dengan mak and update mak pasal famili nafis. Since aku still takde menu lagi nak masak ape dengan famili dia so memang aku melangut jugak la sensorang kan. 

Then decide untuk buatkan cucur udang. Habis aku kerah adik aku pergi tesco pegi beli udang sebab aku takde stok dekat rumah kan. Ada la stok ikan yang banyak tu sebab mak aku nak buat laksa esok nie. So aku mula bancuh tepung dengan buat kuah merah yang sos tu. Sos tu aku hentam keromo saja. Mak aku tanya tau ke buat neh and aku reply hentam sudaa. HAHAHA

Tapi jadi taaauu  cucur udang ai, Semua jangan jeles kay sebab ai nak bagi bakal mak mertau ai merasa air tangan ai neh. Hiks!

Famili nafis sampai pukul 2 macam tu. Since dorang pun dah makan tengah hari jadi aku tak expect la nak hidang banyak-banyak. Buat sikit-sikit saja

Jadi conclusion masa majlis perkenalan tu.. terus famili dia tanya nak bawak rombongan meminang sekali dengan bertunang sebelum puasa ni sebab dorang dah nak booking dewan dengan katering siap2. Maka mak ayah perkenankanlah since aku pun dah habis belajar kan. 

Alhamdulillah sebab mak ayah mudahkan semua urusan aku dengan nafis. Majlis merisik pun simple-simple saja. macam tetamu datang rumah. kita baut air dan sedia makanan pastu sembang macam biasa. Alhamdulillah 

p/s: mood busy untuk prepare majlis pertunangan ktorang nanti :) 

Toothache

Assamualaikum

Harini merana dengan sakit gigi yang amat amat amat amat amat sakit. Nampak tak berapa kali amat tu. Tu means memang menderita sengsunguh tu. Tau tak? L
Sedih tau sebab sakit gigi nie. Nak makan semua susah. Nak bercakap susah. Nak tidur lagi laaaa susah. Sudah la aku takde painkiller sebab aku dah lama stop untuk consume painkiller that will kill me in future due excessive consume. Pergh. Ayat. Cenggini ha hihihihi
Tapi nak habaq mai ni. Sakit gila ni. Tak tau nak habaq lagu mana kat hampa ni. Kalau lah aku boleh describe rasa dia nie. Memang aku habaq dah kat hampa. Hanya orang yang terpilih sahaja yang layak rasa kesakitan ni. Pergh pergh pergh ayat macam arjuna sakti sedang menewaskan musuh.


Hmmmm hopefully, the pain may reduce from time to time. So I can have my lovely day without any pain and worries anymore. L L L

Sunday, February 8, 2015

Jimat Poket

Assalamualaikum

Hye korang-korang sekalian :)

Hari ni aku bercerita berkisar dengan jimat poket. Iye laaa sekali aku check baki akaun aku. Gulpppp! Terus telan air liur. Harini baru berapa hari bulan tapi baki yang tinggal dah ala-ala hujung nyawa sudaaa sobs sobs sobs

Aku sebenarnya dah lama teringin berazam bercita-cita berkehendak untuk menyimpan atau punya duit lebih di setiap hujung bulan. Memang di akui lah aku agak sedikit boros dalam berbelanja :(

Aku harap dengan apa yang aku tulis dekat sini moga-moga menjadi peringatan untuk diri aku dan jugak orang lain. *menanngis lagi*

# Yang pertama

Peruntukkan sebannyak 10% daripada gaji anda untuk simpanan. Dilarang untuk menyimpan kemudian digunakan semula ketika anda sesak.



Ehsan Cik Google

*Thats one aku buat tp aku mesti akan guna at the end nyaaaa. Menangis lagi 

# Yang Kedua

Tetapkan tabung untuk sesuatu perkara. Contoh dekat sini macam korang provide satu tabung untuk travel. Lagi satu tabung untuk kahwin ke. Untuk pegi haji ke, Ha macam tu laaa.

Ehsan Cik Google
*Aku cuba untuk anda satu tapi sampai sekarang masih belum ado. Adeeyyhh 

# Yang ketiga

Yang ni agak femes kalau korang tengok dekat facebook. Hee Pasal simpanan hijau atau simpanan oren. atau simpanan Purple. Heh apa tu kan? Hijau refer to RM5-00, Oren refer to RM20-00 and Purple refer to RM100-00. Hebat youuu kalau ada simpanan purple tuuu.. HAHA! First sekali korang set kan which colour yang korang nak. Kalau korang dh decide untuk pakai simpanan oren then korang proceed. Bila ada je or bila korang dapat saja duit rm20-00 nie . tak kisah la dari mana . dari mesin atm ke balanace rm50-00 korang ke or whatsoever korang kena cepat-cepat allocate atau letak jauh-jauh duit tu. Masukkan dekat dalam tabung then korang boleh laaa kumpul and namakan dia simpana oren.

Ehsan Cik Google

* yang ni aku berjaya, Aku ada simpanan oren dengan simpanan hijau, Moga-moga berkekalan hendaknya. HAHA! 

# Yang keempat

Harus laaa bawak bekal kan :) Aku dulu memang bawak bekal pegi keje. Siap ada beg lagi untuk letakkan bekal aku tuuu, Kenkadang aku masak nasi goreng laa..mee goreng laaa.. bihun goreng laaa.. kenkadang tu buat sandwich. See betapa rajin nya aku buat semua tu. Tunggang langgang kat dapo dari pukul 7 pagi. Buat untuk breakfast dengan lucnh terus. Memang jimat la duit sebab untuk barang basah dalam below 100-00 and korang dapat buat bekal untuk dua minggu, Jimat tak? haha

Ehsan Insta Aku HAHA
*Tapi sekarang tidak lagi kes aku tengah diet kan. So benda carb ni aku memang tak makan. Insya allah aku akan proceed untuk makan sup ayam je hari-hari. Krikk krrikk krrikkk 

setakat itu saja lah kot tips aku . okeh korang. Selamat beramal. If ada lagi tips yang korang praktikan. Sila tnggal kan komen di bawah untuk panduan kita bersama. Peace!

Tuesday, February 3, 2015

Beribu Sesalan

Assalamualaikum

Lirik lagu gitu untuk entry kali ni. Harini kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar UITM mati dikelar


Well, i have nothing to say
Cuma berharap lelaki tu akan berubah

Cinta tak berbalas tak semestinya harus memiliki
tak boleh memiliki tak semestinya harus dihapuskan

Berubah lah
Berubah untuk menjadi yang terbaik
Bagi kita yang boleh berfikir dengan akal yang waras
Ambil ini sebagai iktibar

p/s : Hidup ini tidak memerlukan kita untuk mencintai orang yang kita suka tapi mencintai orang yang mencintai kita adalah lebih baik kerana memaksa seseorang untuk mencintai kita walhanya dia tidak mencintai kita adalah satu kezaliman kepada dia dan diri sendiri. 



Monday, February 2, 2015

CINTA SI WEDDING PLANNER

Assalamualaikum.. 



tengok novel kat atas ni?

Ni antara novel terbaru under Karyaseni. 
Macam mana aku boleh terbeli novel ni?
Hiks!

Tips ye untuk kenkorang. 
Aku tengok dekat rak tu laju gila novel tu habis sampai orang tu kena bukak kotak yang baru. So aku pikir mesti ramai yang pilih kan novel tu. 
Then aku terus grab satu untuk aku
Harga adal RM29-00 tapi beli masa pesta buku aritu aku dapat dalam RM 24-00

Ni la sebab utama pergi pesta buku. Sebab nak grab buku-buku yang tetiba turun harga ni lah :D

Nanti aku share review aku based on this novel okeh :) 

Untuk pengetahun korang

Pesta buku Selangor sekarang tengah berlansung and bagi aku tahun ni agak best sikit compare dengan last year
tahun nie macam-macam ada. 
Kalau korang terasa macam tak nak shopping buku-buku
korang boleh pergi dekat side luar area SACC Mall dengan PKNS
Ada booth banyak gila kat situ and mostly ada baju-baju khas untuk wanita. 
ha gitttuu!

Save the date ok :D


antara buku yang sempat nak grab :) 

PILO TOQ

Assalamualaikum 



Sempat grab buku ni masa festival buku dekat Shah Alam aritu after tengok one of my fren promote buku ni dalam facebook beliau.  Belum sempat baca lagi but once dah baca, akan di review kan kat sini :)

Ada lagi dua buah buku menanti.

Stay tune

Sunday, February 1, 2015

Atkins

Hye and Assalamualaikum :)

Nak tau something tak? Hihihiihi

On my first month.. nope! on my first week dalam bulan January memang aku target untuk turunkan berat badan. First week aku memang clean gila diet neh. No carb no sugar no anything except for protein only. Terasa badan ringan gitttuuu!

On second week kena marah sebab aku toooo strict practising this diet and he asked me to take some carb in small amount. Sobs sobs sobs sobs. So memang minggu tu gila lah. Beli buah.Ha hamek kau. Kiranya aku terus lompat fasa atkins yg kedua lah.

Masuk minggu yg ketiga. Mula lah diet ke laut. HAHAHA! Teh ais memanggil. chicken chop memanggil. smoothies memanggil. KFC lagi..  So memang aku declared yang diet aku ke laut. Sedeh dooo

And semalam dapat perkhabaran yg akan ada rombongan satu family dari sebuah kampung ingin berkenal-kenalan dengan keluarga beta, terus rasa Ya ALLAH. kenapa sebelum ni aku tak strict lansung :( Kalau x boleh balik kampung dalam keadaan selim melim gittuuu!

Semua aku punya schedule terpaksa di re schedule balik. Esok azam kena buat strict. Kena buat extra workout sama. No more cheating please T_______________T

Then aku terus decide aku akan ada dua schedule. First schedule is about my food diaries and the second one is for my workout routine. Terpaksa buat ini utk make sure kan aku akan follow workout setiap hari even untuk setengah jam.

Dear Allah, Please help me :(

 

Monday, January 26, 2015

Mengaji Al Quran

Assalamualaikum .. 

Tengah kerja sekarang ni tapi ada lagi 4 minit lagi nak rehat. Takpe kot update blog yang kian lama kian usang ditelan zaman. Kihkihkih

Sesambil menaip nie terdengar bos tengah mencari orang untuk ajar anak dia mengaji. Teringat zaman masa kecik-kecik dulu. Asal sebut mengaji je liat sesungguh nie. Ya Allah, Setan apa dalam badan ni pun tak tahu lah. Memang cari peluang tak mau pegi mengaji. 

Ayah aku bagi aku mengaji masa aku umur 5 tahun lagi and since aku pun belajar dekat tadika PASTI which is toooo islamic.So aku dapat basic kenal huruh hijaiyah agak cepat and mengeja dalam masa yang singkat. Macam mana tak boleh beb kalau dah hari-hari kena cubit dengan cikguuuu, Masih terasa berbisa itu. Huk!

Since aku start mengaji dari umur 5 tahun, aku baca Al. Quran pun cepat sikit lah. Masa darjah satu aku dah boleh baca Al Quran dan darjah 5 dah boleh khatam Quran. Hikss Tengok tu darjah satu sampai darjah lima. Almost lima tahun ambik masa untuk habiskan satu Al Quran. Nampak benor banyak mainnya tu. Buat-buat tido laaa, makan lambat-lambat semua laahh, apa bentuk cara aku akan buat untuk tak pergi mengaji tu. Tapi bila part kantoi tak pegi mengaji. Ya Allah . Memang perit kena dengan ayah

Time tu kena tahan telinga dengan berbakul marah beliau.. Ha gttuuu. Tak pun kena libasan cakrawala dari penyangkut baju , Pergh takut kan nak ponteng. Asal jam tunjuk pukul 2 petang je terus nama kena panggi dengan ayah suruh pergi mengaji. Pergi mengaji awal. Blergghhhh!

Tapi Alhamdulillah.

Berkat garang ayah tu aku mengaji sekolah agama even aku punya tajwid aku ke laut. Sumpah aku tak tauuu benda tu apa sebab masa mengaji ustaz ustazah xmention tu nama apa. dia just bagitau bila jumpa dengan hurup ni kena dengung. bila jumpa macam ni kena baca macam tu. So benda tu lah yang ada dalam kepala tanpa aku tahu apa nama untuk setiap yang aku sebut tuuu..

Baca Al Quran still pandai taauu . hikss! 


So jom mengaji semula! Target setiap tahun untuk habiskan Al-Quran :) 


p/s : orang cakap udara yang kita sedut hari-hari ada benda yang kotor. Maka untuk hilang kan udara yang kotor tu baca lah Al Quran kerana setiap nafas yang kotor tu akan keluar bersama dengan deruan nafas dan suara yang memuji Allah. Nampak tak kelebihan membaca Al Quran . So apa lagi :D

Gambar masa khatam Al Quran reramai dengan adik adik :)