Tuesday, February 24, 2015

Aku Dirisik

Assalamualaikum semua

******

Hiks! tajuk entry kali ni macam nak up kan status diri ini kan. Hehehehe

21 Februari aritu famili nafis datang untuk merisik. Kenkonon inform untuk berkenalan since keluarga dua-dua belah pihak tak pernah berjumpa lagi. Kiranya kali ni kali pertama bersua bertentang mata semua. 

Aku baru sampai dari Shah Alam pukul 6 pagi terus duduk sembang dengan mak and update mak pasal famili nafis. Since aku still takde menu lagi nak masak ape dengan famili dia so memang aku melangut jugak la sensorang kan. 

Then decide untuk buatkan cucur udang. Habis aku kerah adik aku pergi tesco pegi beli udang sebab aku takde stok dekat rumah kan. Ada la stok ikan yang banyak tu sebab mak aku nak buat laksa esok nie. So aku mula bancuh tepung dengan buat kuah merah yang sos tu. Sos tu aku hentam keromo saja. Mak aku tanya tau ke buat neh and aku reply hentam sudaa. HAHAHA

Tapi jadi taaauu  cucur udang ai, Semua jangan jeles kay sebab ai nak bagi bakal mak mertau ai merasa air tangan ai neh. Hiks!

Famili nafis sampai pukul 2 macam tu. Since dorang pun dah makan tengah hari jadi aku tak expect la nak hidang banyak-banyak. Buat sikit-sikit saja

Jadi conclusion masa majlis perkenalan tu.. terus famili dia tanya nak bawak rombongan meminang sekali dengan bertunang sebelum puasa ni sebab dorang dah nak booking dewan dengan katering siap2. Maka mak ayah perkenankanlah since aku pun dah habis belajar kan. 

Alhamdulillah sebab mak ayah mudahkan semua urusan aku dengan nafis. Majlis merisik pun simple-simple saja. macam tetamu datang rumah. kita baut air dan sedia makanan pastu sembang macam biasa. Alhamdulillah 

p/s: mood busy untuk prepare majlis pertunangan ktorang nanti :) 

Toothache

Assamualaikum

Harini merana dengan sakit gigi yang amat amat amat amat amat sakit. Nampak tak berapa kali amat tu. Tu means memang menderita sengsunguh tu. Tau tak? L
Sedih tau sebab sakit gigi nie. Nak makan semua susah. Nak bercakap susah. Nak tidur lagi laaaa susah. Sudah la aku takde painkiller sebab aku dah lama stop untuk consume painkiller that will kill me in future due excessive consume. Pergh. Ayat. Cenggini ha hihihihi
Tapi nak habaq mai ni. Sakit gila ni. Tak tau nak habaq lagu mana kat hampa ni. Kalau lah aku boleh describe rasa dia nie. Memang aku habaq dah kat hampa. Hanya orang yang terpilih sahaja yang layak rasa kesakitan ni. Pergh pergh pergh ayat macam arjuna sakti sedang menewaskan musuh.


Hmmmm hopefully, the pain may reduce from time to time. So I can have my lovely day without any pain and worries anymore. L L L

Sunday, February 8, 2015

Jimat Poket

Assalamualaikum

Hye korang-korang sekalian :)

Hari ni aku bercerita berkisar dengan jimat poket. Iye laaa sekali aku check baki akaun aku. Gulpppp! Terus telan air liur. Harini baru berapa hari bulan tapi baki yang tinggal dah ala-ala hujung nyawa sudaaa sobs sobs sobs

Aku sebenarnya dah lama teringin berazam bercita-cita berkehendak untuk menyimpan atau punya duit lebih di setiap hujung bulan. Memang di akui lah aku agak sedikit boros dalam berbelanja :(

Aku harap dengan apa yang aku tulis dekat sini moga-moga menjadi peringatan untuk diri aku dan jugak orang lain. *menanngis lagi*

# Yang pertama

Peruntukkan sebannyak 10% daripada gaji anda untuk simpanan. Dilarang untuk menyimpan kemudian digunakan semula ketika anda sesak.



Ehsan Cik Google

*Thats one aku buat tp aku mesti akan guna at the end nyaaaa. Menangis lagi 

# Yang Kedua

Tetapkan tabung untuk sesuatu perkara. Contoh dekat sini macam korang provide satu tabung untuk travel. Lagi satu tabung untuk kahwin ke. Untuk pegi haji ke, Ha macam tu laaa.

Ehsan Cik Google
*Aku cuba untuk anda satu tapi sampai sekarang masih belum ado. Adeeyyhh 

# Yang ketiga

Yang ni agak femes kalau korang tengok dekat facebook. Hee Pasal simpanan hijau atau simpanan oren. atau simpanan Purple. Heh apa tu kan? Hijau refer to RM5-00, Oren refer to RM20-00 and Purple refer to RM100-00. Hebat youuu kalau ada simpanan purple tuuu.. HAHA! First sekali korang set kan which colour yang korang nak. Kalau korang dh decide untuk pakai simpanan oren then korang proceed. Bila ada je or bila korang dapat saja duit rm20-00 nie . tak kisah la dari mana . dari mesin atm ke balanace rm50-00 korang ke or whatsoever korang kena cepat-cepat allocate atau letak jauh-jauh duit tu. Masukkan dekat dalam tabung then korang boleh laaa kumpul and namakan dia simpana oren.

Ehsan Cik Google

* yang ni aku berjaya, Aku ada simpanan oren dengan simpanan hijau, Moga-moga berkekalan hendaknya. HAHA! 

# Yang keempat

Harus laaa bawak bekal kan :) Aku dulu memang bawak bekal pegi keje. Siap ada beg lagi untuk letakkan bekal aku tuuu, Kenkadang aku masak nasi goreng laa..mee goreng laaa.. bihun goreng laaa.. kenkadang tu buat sandwich. See betapa rajin nya aku buat semua tu. Tunggang langgang kat dapo dari pukul 7 pagi. Buat untuk breakfast dengan lucnh terus. Memang jimat la duit sebab untuk barang basah dalam below 100-00 and korang dapat buat bekal untuk dua minggu, Jimat tak? haha

Ehsan Insta Aku HAHA
*Tapi sekarang tidak lagi kes aku tengah diet kan. So benda carb ni aku memang tak makan. Insya allah aku akan proceed untuk makan sup ayam je hari-hari. Krikk krrikk krrikkk 

setakat itu saja lah kot tips aku . okeh korang. Selamat beramal. If ada lagi tips yang korang praktikan. Sila tnggal kan komen di bawah untuk panduan kita bersama. Peace!

Tuesday, February 3, 2015

Beribu Sesalan

Assalamualaikum

Lirik lagu gitu untuk entry kali ni. Harini kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar UITM mati dikelar


Well, i have nothing to say
Cuma berharap lelaki tu akan berubah

Cinta tak berbalas tak semestinya harus memiliki
tak boleh memiliki tak semestinya harus dihapuskan

Berubah lah
Berubah untuk menjadi yang terbaik
Bagi kita yang boleh berfikir dengan akal yang waras
Ambil ini sebagai iktibar

p/s : Hidup ini tidak memerlukan kita untuk mencintai orang yang kita suka tapi mencintai orang yang mencintai kita adalah lebih baik kerana memaksa seseorang untuk mencintai kita walhanya dia tidak mencintai kita adalah satu kezaliman kepada dia dan diri sendiri. 



Monday, February 2, 2015

CINTA SI WEDDING PLANNER

Assalamualaikum.. 



tengok novel kat atas ni?

Ni antara novel terbaru under Karyaseni. 
Macam mana aku boleh terbeli novel ni?
Hiks!

Tips ye untuk kenkorang. 
Aku tengok dekat rak tu laju gila novel tu habis sampai orang tu kena bukak kotak yang baru. So aku pikir mesti ramai yang pilih kan novel tu. 
Then aku terus grab satu untuk aku
Harga adal RM29-00 tapi beli masa pesta buku aritu aku dapat dalam RM 24-00

Ni la sebab utama pergi pesta buku. Sebab nak grab buku-buku yang tetiba turun harga ni lah :D

Nanti aku share review aku based on this novel okeh :) 

Untuk pengetahun korang

Pesta buku Selangor sekarang tengah berlansung and bagi aku tahun ni agak best sikit compare dengan last year
tahun nie macam-macam ada. 
Kalau korang terasa macam tak nak shopping buku-buku
korang boleh pergi dekat side luar area SACC Mall dengan PKNS
Ada booth banyak gila kat situ and mostly ada baju-baju khas untuk wanita. 
ha gitttuu!

Save the date ok :D


antara buku yang sempat nak grab :) 

PILO TOQ

Assalamualaikum 



Sempat grab buku ni masa festival buku dekat Shah Alam aritu after tengok one of my fren promote buku ni dalam facebook beliau.  Belum sempat baca lagi but once dah baca, akan di review kan kat sini :)

Ada lagi dua buah buku menanti.

Stay tune

Sunday, February 1, 2015

Atkins

Hye and Assalamualaikum :)

Nak tau something tak? Hihihiihi

On my first month.. nope! on my first week dalam bulan January memang aku target untuk turunkan berat badan. First week aku memang clean gila diet neh. No carb no sugar no anything except for protein only. Terasa badan ringan gitttuuu!

On second week kena marah sebab aku toooo strict practising this diet and he asked me to take some carb in small amount. Sobs sobs sobs sobs. So memang minggu tu gila lah. Beli buah.Ha hamek kau. Kiranya aku terus lompat fasa atkins yg kedua lah.

Masuk minggu yg ketiga. Mula lah diet ke laut. HAHAHA! Teh ais memanggil. chicken chop memanggil. smoothies memanggil. KFC lagi..  So memang aku declared yang diet aku ke laut. Sedeh dooo

And semalam dapat perkhabaran yg akan ada rombongan satu family dari sebuah kampung ingin berkenal-kenalan dengan keluarga beta, terus rasa Ya ALLAH. kenapa sebelum ni aku tak strict lansung :( Kalau x boleh balik kampung dalam keadaan selim melim gittuuu!

Semua aku punya schedule terpaksa di re schedule balik. Esok azam kena buat strict. Kena buat extra workout sama. No more cheating please T_______________T

Then aku terus decide aku akan ada dua schedule. First schedule is about my food diaries and the second one is for my workout routine. Terpaksa buat ini utk make sure kan aku akan follow workout setiap hari even untuk setengah jam.

Dear Allah, Please help me :(