Saturday, December 9, 2017

Keluarga Bahagia


KELUARGA BAHAGIA

-
-
Sedamai taman firdausi 
Limpahan kasih sayang sejati 
Seharum semerbak kasturi 
Mengharumi hidup insani 

Indahnya damainya 
Keluarga yang bahagia 
Itulah idaman impian setiap insan 
Yang dahagakan belaian 
Serta kasih dan sayang 

Ketika insan lain berbahagia 
Bersama keluarga 
Namun kita masih meniti 
Titian rapuh perhubungan 

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya 
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya 

Ayuhlah bina semula 
Keluarga diredhai Alloh 

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan 
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih 
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu 
Marilah kita bina bersama-sama 
Keluarga bahagia

Saturday, November 25, 2017

ALLAH JAGA

Assalamualaikum
***

Harini borak kosong dengan suami. Dalam kereta sambil berhenti dekat traffic light


A : Abang, tau tak baru semalam saya perasan? Baru tersedar something. 
S : Apa dia? Perasan apa? 
A : Perasan rupanya selama ini Allah jaga saya 
S : Maksudnya? 
A : After habis sekolah, masuk diploma, Allah temukan saya dengan Anis & Mizah. Both dari sekolah agama. Mizah Maahad, Anis satu sekolah
S : Okayy. Lepas tu
A : Lepas tu, lepas degree, Allah bagi saya duduk dengan Azie & Kinah. Dua-dua tu memang berubah ke arah agama. Cuba abang tengok Kinah sekarang. 
A : Lepas tu, masuk keje, jumpa Kak Amni & Mira. Both pun sekolah agama. Last sekali kahwin dengan abang. Pun background agama

Laki aku terus diam je lepas dengar aku cerita semua tu 

But bagi aku, time untuk muhasabah kan diri. Allah lorongkan aku berkawan dengan mereka. Untuk memberi peringatan pada aku





Friday, May 19, 2017

Raya oh raya


Assalamualaikum
***


Dah nak raya ni, apa plan korang? *puasa pun belum, dah pikir pasal raya. Facepalm*
Nad ada big plan untuk raya kali ni.hehehe Korang rasa apa?



-
-
-
-
-

Plan ni selalunya orang perempuan je buat tapi selalu nya hangat-hangat tahi ayam jeeeee. Plan Nad adalah berdiet. Koh koh koh :P

Hangat-hangat tahi ayam pun. pejam celik pejam celik dah 2 minggu la diet Nad berlansung. Laki Nad start diet awal seminggu dari Nad. Laki Nad yg azam tinggi nak diet sebab berat badan dia dh naik mencanak. So dia nak kurus lah untuk sihatkan diri. Sementara Nad ni pulak, mesti lah sebab Nad nak slim sikit before raya. Setakat ni Nad dh lost 2.6 kg within 2 minggu ni.Target sebelum raya at least 5kg turun and lepas raya kena slowly turun sampai target. T_________T


Long journey to go gaissss!

Apa yang Nad buat dengan laki bagi menjayakan plan diet kami neh adalah ;


a) Tak makan nasi/mee/spageti/roti/ maggie

Nad memang cut terus untuk tak makan benda atas ni sebab karbo yang tinggi. And lagi satu Nad jenis tak kisah kalau tak makan nasi, so far masih okay. Nad tak craving untuk makan Nasi

b) Tak ambik gula

Gula ada banyak. sama ada dalam air, kicap, choc, gula dalam masakan. So apa yang Nad buat, Nad tak minum air manis lansung. Nad hari-hari minum kopi cicah biskut. tapi untuk diet ni, terpaksa Nad lupakan. Untuk sekarang dah 2 minggu jugak la Nad tak sentuh benda manis. Makanan yang ada banyak gula Nad akan elakkan sama ada beli dekat luar atau masak dekat rumah. Untuk sekarang ni, Nad jarang makan dekat luar. Paling-paling pun Nad beli KFC yang ala cart tu. So takde fries, takde bun. takde coslow. Just ada ayam semata-mata je. Air pun Nad tak ambil. Just minum air kosong je, Kalau masak pun, Nad banyak bakar, grill. buat sup, tomyam, kari tanpa santan atau goreng. macam tu je lah makanan Nad makan. Masak kicap ke. masak sos ke. tiga rasa ke , sambal ke Nad terpaksa potong sebab dalam tu ada banyak sangat gula.

Kalau craving sangat-sangat, Nad beli coke zero atau coke light. Gula takde lansung tapi rasa manis sebab dorang ganti letak aspartame. Atau pun beli choc tanpa gula. Ada je yang jual tapi mahal sikit lah compare dengan choc yang jual. Busuk-busuk dalam Rm14 setiap packaging utk size besar Cadbury. Cadbury pun baru Rm8.++

C) Minum air kosong 

Nad banyak minum kosong. At least 2 liter sehari. Ceritanya memang mengulang ke bilik air laaaaaa. Minum banyak cenggitu. 6 botol air untuk 1.5liter Nad and laki boleh setelkan dalam masa tak sampai dua hari pun koraaaaannnnggg. Rasa tak percaya tapi ini lah kenyataan. Tambah sekarang musim panas pulak kan. Memang banyak laaaa kitaorg minum air. Sebelum tido dh minum dekat setengah botol air sebab terlalu panas. Maklum lah, rumah kitaorg belum ada air cord. Harapkan angin semula jadi ni je laaaaa. T_T

D) Senaman

Senaman Nad tak berapa buat sangat tapi buat la . Nad skipping and weekend Nad dan laki akan pegi park and kitaoang akan jalan pusing park. Boleh tahan besar laaaa jugak park tu. Main lari-lari hide and seek gituu. At least kitaorg bergerak dan keluarkan peluh . itu je lah purpose ktorg :D


Itu je lah yang Nad buat. Nak buat ni hati kena kental. Nad kadang-kadang mengalah jugak . Pegi pasar malam nk soya laaa nk kek laaa nk pizaa laaaaa. tp sebab ada laki, laki berjaya tepis godaan tu dari Nad :P

So korang, mana yang nak bermula tu, boleh la korang mula sekarang and make sure untuk cekal kan hati okay :*)

Doakan Nad untuk kurus okaaaay sebab Nad hanta baju dekat tailor suruh ikut baju Nad tahun 2014 dulu. Doakan Nad boleh pakai okay. If not, Nad kena cari baju raya baru laaaaa.




















Thursday, April 6, 2017

BLOG YANG BERHABUK

Assalamualaikum

****

Last entry yang Nad post adalah hujung tahun 2015 . Dekat setahun lebih Nad tak bukak blog Nad sendiri. Sebenarnya Nad ada bukak cuma Nad tak tahu nak tulis apa pada waktu dan ketika itu. 

For your information, Nad dah pun jadi isteri orang. Haha just let you know since my last/previous post was about my engagement day. Right? Nanti korang tertanya-tanya pulak bila Nad kahwin after go through this blog :P 

Nad dengan husband dah pun celebrate our first anniversary and now masih berdua. Belum bertiga berempat. :D We are busy with our live skrg. Husband Nad dah start keje, Masa Nad tunang, dia baru habis belajar and after kitaorg kahwin pun, dia still belum keje. Last year dalam bulan 10 macam tu baru dia start keje. After 7 months dari kitaorg berkahwin  and sekarang Nad pulak goyang kaki dekat rumah . Heeeeee


Tapi goyang-goyang kaki pun, Nad sesambil buat online bisness. Nad ada jual LACE , BUKU , TUDUNG and buat bisnes HOMESTAY. I feel like i am crazy enough. Run 4 businesses within one time. Masha Allah . rasa macam diri ini tamak haloba sesangat kan ? Hahaha  Gelojoh bebbenor. 

Kalau korg free, feel free utk follow ok . Nk beli pun boleeeehh. Nad suka! Heeeee 

Okay. 

Nk sambung buat keje rumah pulak. Jap lagi husband Nad nak balik. Kang dia tengok rumah sepah-sepah sambil dalam hati kata "Masha Allah bini aku ". haha. kbye!