Friday, May 19, 2017

Raya oh raya


Assalamualaikum
***


Dah nak raya ni, apa plan korang? *puasa pun belum, dah pikir pasal raya. Facepalm*
Nad ada big plan untuk raya kali ni.hehehe Korang rasa apa?



-
-
-
-
-

Plan ni selalunya orang perempuan je buat tapi selalu nya hangat-hangat tahi ayam jeeeee. Plan Nad adalah berdiet. Koh koh koh :P

Hangat-hangat tahi ayam pun. pejam celik pejam celik dah 2 minggu la diet Nad berlansung. Laki Nad start diet awal seminggu dari Nad. Laki Nad yg azam tinggi nak diet sebab berat badan dia dh naik mencanak. So dia nak kurus lah untuk sihatkan diri. Sementara Nad ni pulak, mesti lah sebab Nad nak slim sikit before raya. Setakat ni Nad dh lost 2.6 kg within 2 minggu ni.Target sebelum raya at least 5kg turun and lepas raya kena slowly turun sampai target. T_________T


Long journey to go gaissss!

Apa yang Nad buat dengan laki bagi menjayakan plan diet kami neh adalah ;


a) Tak makan nasi/mee/spageti/roti/ maggie

Nad memang cut terus untuk tak makan benda atas ni sebab karbo yang tinggi. And lagi satu Nad jenis tak kisah kalau tak makan nasi, so far masih okay. Nad tak craving untuk makan Nasi

b) Tak ambik gula

Gula ada banyak. sama ada dalam air, kicap, choc, gula dalam masakan. So apa yang Nad buat, Nad tak minum air manis lansung. Nad hari-hari minum kopi cicah biskut. tapi untuk diet ni, terpaksa Nad lupakan. Untuk sekarang dah 2 minggu jugak la Nad tak sentuh benda manis. Makanan yang ada banyak gula Nad akan elakkan sama ada beli dekat luar atau masak dekat rumah. Untuk sekarang ni, Nad jarang makan dekat luar. Paling-paling pun Nad beli KFC yang ala cart tu. So takde fries, takde bun. takde coslow. Just ada ayam semata-mata je. Air pun Nad tak ambil. Just minum air kosong je, Kalau masak pun, Nad banyak bakar, grill. buat sup, tomyam, kari tanpa santan atau goreng. macam tu je lah makanan Nad makan. Masak kicap ke. masak sos ke. tiga rasa ke , sambal ke Nad terpaksa potong sebab dalam tu ada banyak sangat gula.

Kalau craving sangat-sangat, Nad beli coke zero atau coke light. Gula takde lansung tapi rasa manis sebab dorang ganti letak aspartame. Atau pun beli choc tanpa gula. Ada je yang jual tapi mahal sikit lah compare dengan choc yang jual. Busuk-busuk dalam Rm14 setiap packaging utk size besar Cadbury. Cadbury pun baru Rm8.++

C) Minum air kosong 

Nad banyak minum kosong. At least 2 liter sehari. Ceritanya memang mengulang ke bilik air laaaaaa. Minum banyak cenggitu. 6 botol air untuk 1.5liter Nad and laki boleh setelkan dalam masa tak sampai dua hari pun koraaaaannnnggg. Rasa tak percaya tapi ini lah kenyataan. Tambah sekarang musim panas pulak kan. Memang banyak laaaa kitaorg minum air. Sebelum tido dh minum dekat setengah botol air sebab terlalu panas. Maklum lah, rumah kitaorg belum ada air cord. Harapkan angin semula jadi ni je laaaaa. T_T

D) Senaman

Senaman Nad tak berapa buat sangat tapi buat la . Nad skipping and weekend Nad dan laki akan pegi park and kitaoang akan jalan pusing park. Boleh tahan besar laaaa jugak park tu. Main lari-lari hide and seek gituu. At least kitaorg bergerak dan keluarkan peluh . itu je lah purpose ktorg :D


Itu je lah yang Nad buat. Nak buat ni hati kena kental. Nad kadang-kadang mengalah jugak . Pegi pasar malam nk soya laaa nk kek laaa nk pizaa laaaaa. tp sebab ada laki, laki berjaya tepis godaan tu dari Nad :P

So korang, mana yang nak bermula tu, boleh la korang mula sekarang and make sure untuk cekal kan hati okay :*)

Doakan Nad untuk kurus okaaaay sebab Nad hanta baju dekat tailor suruh ikut baju Nad tahun 2014 dulu. Doakan Nad boleh pakai okay. If not, Nad kena cari baju raya baru laaaaa.