Thursday, November 1, 2012

take note

assalamualaikum

ehemm ehemm ... lama sangat daa tak menulis disini.. serius rindu sangat nak menulis di sini but since masa sangat laa macam jeles sikit kan ..tak dapat laa nak di update kan kat sini ..

so far, my life macam boleh dikatakan sangat laa smooth.. kenapa? orang tengah berbahagia.. hihihih *ok take note*. sekarang actually tengah membusy menaip ayat-ayat untuk my assignments tap ngelat sikit. xpe kan? otak da tepu daa.. jadi cuba mencari hiburan yang tak sehiburan mana pun =)

new update about me :

currently in Shah Alam pursuing study in Bachelor Business Admin (Islamic Banking). Now i'm part 3 means a'm in second year. live far away from my parent.. jadi balik pun sengang-sengang  jarang-jarang dah laa nie.=( tp yang berbaloi.. hehe dekat laa pulak dengan si dia.. ehem! im go there for study.. not to cintan cintun tangkap leleh segala bagai..

make a lot of frens and proud to be Kedahan even though most of them are selangorians.. *bangga weh cakap kedah even kadang-kadang kena gelak guling-guling* >_<'

enough for today. sambung balik buat kerja.. =) hoping that my dreams come true *my wish* with the bling eyess.. really hoping for that

Wednesday, May 2, 2012

review buku

harga buku : Rm8.

review buku lak aku nie kan..sebelum2 nie aku suka cakap pasal novel ja but sbb aku sudah pun baca buku nie. jadi aku nak bagitau la yang buku sangat best.  fes part diceritakan bagaimana sahabat-sahabat dulu berusaha untuk masuk ke dalam syurga Allah dan pintu-pintu syurga yang ada. kemudian diceritakan tentang indanhya syurga yang penuh dengan bidadari..sungai-sungai.

seperti yang ada dalam buku ini..


Buku ini menceritakankehidupan di syurga, tempat yang sangat indah dan menyenangkan, sehingga diminati dan diidamkan oleh setiap insan yang bergelar muslim. Di antara yang dibahas ialah keadaan sungai-sungai, tempat dudk peng huni syurga, aroma wangi syurga, pintu-pintu syurga, manusia yang mula-mula masuk syurga, khemah dan tenda penghuni syurga, pohon-pohon di syurga, makanan penghuni syurga, pasar di syurga dan banyak lagi.

Dalam buku ini juga diceritakan tentang kengerian dan juga kedahsyatan neraka supaya kita semua menghindari segala perbuatan yang menyebabkan kita dihumban dalam neraka.

or  maybe sedikit gambaran penulisan dalam buku ini..boleh dilihat disini. :)

Saturday, April 28, 2012

motor oh motor




hihik,, aku suka motor nie malangnya tangan xsampai,. kaki pun xsampai.. juz wondering.. mcm mn lah org naik nie,, xlenguh ke pegang handle mcm tu,?

p/s : td ternampak motor tu atas jalan.. itu yg tetiba teriingin tu.. before ni kena imagine,, sekarang dapat tengok real.. dan mula berfikir..  hurmm?

Friday, April 13, 2012

masa

.: Assalamualaikum :.

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman, dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" ( Al' Asr, 103:1-3)
peliknya bila aku mula bercakap pasal ni. ala2 agama sikit. tapi itu lah sebenarnya realiti. setiap  orang akan bercakap mengenai masa. setiap orang dikurniakan 24 jam sehari dan terserah dia lah untk manage time dengan sebaiknya. ada yang merungut masa yang diberikan tak cukup dan pada masa yang sama lansung tidak melakukan apa-apa.

aku sendiri pun kadang-kadang selalu la jugak lupa dengan masa. Tak utilize dengan sebetulnya. bila dah sampai tarikh yang nk kena submit ke ape ke.. mula la menggelabah..tak tidur malam.bajer macam rajin. last minutes prepareations kan..  tapi hakikatnya itu lah human nature kot. hehehe


azam aku untuk tahun ni kononya nak buat kerja awal lah. tapi in de end of semester.. hihi habuk pun tarak.,,aduyoii..  xpe.xpe.. masuk degree ni insya ALLAH aku akan berubah.. Aku kn nak jadi matang,, hehehe preparation mau tip top.. winggg wingg wingg.. hihi


p/s : entry ni dah lama nak dipublishkan tapi kenkangan masa yang amat lah sibuk *tengok.. menipu lagi.. hehe *. entry ni ak tulis time tunggu member untuk pickup ak coz masa aku tnggu dia dah dekat 1 hour 15 mnts daa.. lama kn.. time ni la ak rasa masa amat penting bagi aku.. hehe

Friday, April 6, 2012

Kehilangan

 .: Assalamualaikum :.

Dari sebelum penghabisan semester aku sehingga la sekarang, hanya berita kematian yang aku dapat.Semalam aku dikejutkan dengan kehilangan nenek sedara aku yang baru meninggal tepat pukul 3.00 p.m semalam kerana sakit diabetic. Jenazah beliau dibawa pulang ke Johor. Dan takziah juga aku ucapkan untuk sesiapa yang mengalami peristiwa kematian ini sama ada saudara terdekat atau orang yang disayangi. :)

Sebelum ini aku dikejutkan dengan kematian anak sedara kepada housemate aku. meninggal ditempat kejadian setelah berlaku kemalangan di lebuhraya Sabak Bernam yang baru berusia beberapa bulan. baby tu meninggal malam Jumaat. Sesungguhnya syurga lah tempat dia..ameen :). selang seminggu, aku dikejutkan lagi dengan kematian kakak ipar beliau yang mendapat komplikasi akibat kemalangan itu. k.ipar beliau mengalami pendarahan di kepala dan tidak sedarkan diri. peluang untuk hidup hanya 50-50 dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat jugak. Kasih ibu hingga ke syurga. :)

Sungguh aku tidak akan mengerti perasaan kehilangan ini jika aku ditanya soalan macam tu kerana aku belum lagi merasa apa itu kehilangan. Apa yang boleh dicakapkan " berat mata memandang, berat lagu bahu memikul". Dan aku hanya mampu untuk mendengar dan berkata sabar. Tapi aku tahu setiap apa yang aku cakap kan itu tidak mampu mengubat rasa kehilangan yang ada. Setiap orang akan berkata sabar kepada orang yang mengalami padahal dia tidak berada ditempat itu. Aku sebolehnya nak orang yang menghadapi kehilangan ini redha dengan ketentuan yang telah disuratkan kepada mereka walaupun aku tahu aku pun akan berbuat begitu jikalau aku  berada ditempat yang sama. hanya akan menangis dan menangis.. menyesal kerana tidak melayan orang-orang yang telah meniggalkan kita dengan sebaiknya. :)

" sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali"  ( Al- Baqarah : 155-156)
Bersama ujian, datangnya rahmat. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.