Tuesday, February 3, 2015

Beribu Sesalan

Assalamualaikum

Lirik lagu gitu untuk entry kali ni. Harini kita dikejutkan dengan berita seorang pelajar UITM mati dikelar


Well, i have nothing to say
Cuma berharap lelaki tu akan berubah

Cinta tak berbalas tak semestinya harus memiliki
tak boleh memiliki tak semestinya harus dihapuskan

Berubah lah
Berubah untuk menjadi yang terbaik
Bagi kita yang boleh berfikir dengan akal yang waras
Ambil ini sebagai iktibar

p/s : Hidup ini tidak memerlukan kita untuk mencintai orang yang kita suka tapi mencintai orang yang mencintai kita adalah lebih baik kerana memaksa seseorang untuk mencintai kita walhanya dia tidak mencintai kita adalah satu kezaliman kepada dia dan diri sendiri. 



Monday, February 2, 2015

CINTA SI WEDDING PLANNER

Assalamualaikum.. 



tengok novel kat atas ni?

Ni antara novel terbaru under Karyaseni. 
Macam mana aku boleh terbeli novel ni?
Hiks!

Tips ye untuk kenkorang. 
Aku tengok dekat rak tu laju gila novel tu habis sampai orang tu kena bukak kotak yang baru. So aku pikir mesti ramai yang pilih kan novel tu. 
Then aku terus grab satu untuk aku
Harga adal RM29-00 tapi beli masa pesta buku aritu aku dapat dalam RM 24-00

Ni la sebab utama pergi pesta buku. Sebab nak grab buku-buku yang tetiba turun harga ni lah :D

Nanti aku share review aku based on this novel okeh :) 

Untuk pengetahun korang

Pesta buku Selangor sekarang tengah berlansung and bagi aku tahun ni agak best sikit compare dengan last year
tahun nie macam-macam ada. 
Kalau korang terasa macam tak nak shopping buku-buku
korang boleh pergi dekat side luar area SACC Mall dengan PKNS
Ada booth banyak gila kat situ and mostly ada baju-baju khas untuk wanita. 
ha gitttuu!

Save the date ok :D


antara buku yang sempat nak grab :) 

PILO TOQ

Assalamualaikum 



Sempat grab buku ni masa festival buku dekat Shah Alam aritu after tengok one of my fren promote buku ni dalam facebook beliau.  Belum sempat baca lagi but once dah baca, akan di review kan kat sini :)

Ada lagi dua buah buku menanti.

Stay tune

Sunday, February 1, 2015

Atkins

Hye and Assalamualaikum :)

Nak tau something tak? Hihihiihi

On my first month.. nope! on my first week dalam bulan January memang aku target untuk turunkan berat badan. First week aku memang clean gila diet neh. No carb no sugar no anything except for protein only. Terasa badan ringan gitttuuu!

On second week kena marah sebab aku toooo strict practising this diet and he asked me to take some carb in small amount. Sobs sobs sobs sobs. So memang minggu tu gila lah. Beli buah.Ha hamek kau. Kiranya aku terus lompat fasa atkins yg kedua lah.

Masuk minggu yg ketiga. Mula lah diet ke laut. HAHAHA! Teh ais memanggil. chicken chop memanggil. smoothies memanggil. KFC lagi..  So memang aku declared yang diet aku ke laut. Sedeh dooo

And semalam dapat perkhabaran yg akan ada rombongan satu family dari sebuah kampung ingin berkenal-kenalan dengan keluarga beta, terus rasa Ya ALLAH. kenapa sebelum ni aku tak strict lansung :( Kalau x boleh balik kampung dalam keadaan selim melim gittuuu!

Semua aku punya schedule terpaksa di re schedule balik. Esok azam kena buat strict. Kena buat extra workout sama. No more cheating please T_______________T

Then aku terus decide aku akan ada dua schedule. First schedule is about my food diaries and the second one is for my workout routine. Terpaksa buat ini utk make sure kan aku akan follow workout setiap hari even untuk setengah jam.

Dear Allah, Please help me :(

 

Monday, January 26, 2015

Mengaji Al Quran

Assalamualaikum .. 

Tengah kerja sekarang ni tapi ada lagi 4 minit lagi nak rehat. Takpe kot update blog yang kian lama kian usang ditelan zaman. Kihkihkih

Sesambil menaip nie terdengar bos tengah mencari orang untuk ajar anak dia mengaji. Teringat zaman masa kecik-kecik dulu. Asal sebut mengaji je liat sesungguh nie. Ya Allah, Setan apa dalam badan ni pun tak tahu lah. Memang cari peluang tak mau pegi mengaji. 

Ayah aku bagi aku mengaji masa aku umur 5 tahun lagi and since aku pun belajar dekat tadika PASTI which is toooo islamic.So aku dapat basic kenal huruh hijaiyah agak cepat and mengeja dalam masa yang singkat. Macam mana tak boleh beb kalau dah hari-hari kena cubit dengan cikguuuu, Masih terasa berbisa itu. Huk!

Since aku start mengaji dari umur 5 tahun, aku baca Al. Quran pun cepat sikit lah. Masa darjah satu aku dah boleh baca Al Quran dan darjah 5 dah boleh khatam Quran. Hikss Tengok tu darjah satu sampai darjah lima. Almost lima tahun ambik masa untuk habiskan satu Al Quran. Nampak benor banyak mainnya tu. Buat-buat tido laaa, makan lambat-lambat semua laahh, apa bentuk cara aku akan buat untuk tak pergi mengaji tu. Tapi bila part kantoi tak pegi mengaji. Ya Allah . Memang perit kena dengan ayah

Time tu kena tahan telinga dengan berbakul marah beliau.. Ha gttuuu. Tak pun kena libasan cakrawala dari penyangkut baju , Pergh takut kan nak ponteng. Asal jam tunjuk pukul 2 petang je terus nama kena panggi dengan ayah suruh pergi mengaji. Pergi mengaji awal. Blergghhhh!

Tapi Alhamdulillah.

Berkat garang ayah tu aku mengaji sekolah agama even aku punya tajwid aku ke laut. Sumpah aku tak tauuu benda tu apa sebab masa mengaji ustaz ustazah xmention tu nama apa. dia just bagitau bila jumpa dengan hurup ni kena dengung. bila jumpa macam ni kena baca macam tu. So benda tu lah yang ada dalam kepala tanpa aku tahu apa nama untuk setiap yang aku sebut tuuu..

Baca Al Quran still pandai taauu . hikss! 


So jom mengaji semula! Target setiap tahun untuk habiskan Al-Quran :) 


p/s : orang cakap udara yang kita sedut hari-hari ada benda yang kotor. Maka untuk hilang kan udara yang kotor tu baca lah Al Quran kerana setiap nafas yang kotor tu akan keluar bersama dengan deruan nafas dan suara yang memuji Allah. Nampak tak kelebihan membaca Al Quran . So apa lagi :D

Gambar masa khatam Al Quran reramai dengan adik adik :)