Monday, June 2, 2014

Alamak! Tonsil lagi

Assalamualaikum :)

Hari nie dapat MC dari doktor gara-gara aku demam and ada tonsil membengkak di bahagian kiri leher aku. Bulan 5 (Mei) ni saja, aku dah demam 3x. Mau xcuak dooo nak pegi check kat doctor. Kang tak pasal-pasal kena tahan ward. Sobs sobs sobs.

But semalam doc cakap tonsil aku ada putih-putih sikit and tengah membengkak di bahagian kiri. No wonder la kan aku rasa sakit gegila *hyperbola* kat bahagian bawah leher aku nie. Then aku decide nak pegi check la kan. Xnak tangguh-tangguh. Doc cakap aku jadi nie sebab jangkitan bakteria. Plus aku dah demam 2x and aku OK bila masuk yang ketiga tu, rasa macam teruk sikit dari biasa. Ye lah kan.. nak jalan kaki sejuk gegila, Rasa macam ada benda yang menyucuk2 kaki. Risau laaa kan kalau biar demam kali nie melarat. And memang yang kali ketiga demam nie, badan aku dah penat or letih nak menangkis anasir-anasir jahat yang cuba masuk ke dalam badan aku. Maka aku terkulai layu di pembaringan. *Ceehh*

Aku ada google and jumpa satu blog baik punya. krikk krikk. 

Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.
Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang pesakit juga diberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Pesakit jarang diberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana sesetangah doktor mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.*Aku dapat antibiotik yang kuat kott kes tonsil aku yang dulu. krikk krikk*
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

Dah habis membaca? :) aku sekarang nie dah kurg sikit nak makan kt tempat-tempat yang aku rasa kotor even tempat tu memang feveret org ramai kan. Bukannya apa sebab aku ada benda alah nie. :( Bukannya aku berlagak kaya ke memilih tempat ke apa hakikatnya aku perlu menjaga kebersihan jugak untuk badan aku yang aku nak guna sampai hujung nyawa :( 

Okeh :) 

Sunday, June 1, 2014

Status Merapu Meraban

Assalamualaikum and Hi :)

After a week tak menulis di blog.. Teringin pulak nak menulis tapi tak tahu nak menulis apa.. Adeeyyhhhh

Before we start, sebenarnya nak cerita satu benda nie. CABARAN KURUS DENGAN DIET ATKINS MALAYSIA


Krikk krikk... diet atkins dah tau dah kot kan. diets yang mengharamkan carbohidrat and benda yang manis2 and menghalalkan protein. Korang cuba laaa. Aku buat within tiga hari turun 2 kilo.. hihihiihihi tapi tiga hari je sebab craving gegila dengan benda manis and sampai sekrang aku xmampu buat :(

Pertandingan nie akan berlansung selama sebulan. Start dari phase induction (1 phase) or nak ambik dari second induction (second phase) pun boleh. Means setiap atkins ada 4 stage. any enquiries, korang boleh refer dekat page atkins sendiri. Cara nie ala-ala herbalife. Herbalife kan mengamalkan konsep minum protein and same goes here. Cara ni tak perlu berlapar sebab kerja kita just MAKAN.MAKAN.MAKAN dengan syarat ia adalah protein semata-mata. See? tak perlu berbelanja mahal2 kan.. setiap pagi 2 biji telur dah memadai lunch makan ayam semata-mata and malam pun makan ayam.. tu cara aku laaa kan. :) senang cepat dan mudah.

Berbalik kepada pertandingan, setiap org perlu bank in RM 10 SAHAJA anda akan dapat ini, ini, dan ini.

  1. Sijil penyertaan (Akan dipost seminggu selepas pertandingan tamat)
  2. Ebook panduan mudah untuk mulakan diet Atkins (Akan di emailkan kepada peserta pada 1 June 2014 dalam bentuk .pdf)
  3. InshaAllah menu planning selama 2 minggu untuk anda (Akan di emailkan pada 1 – 3 June 2014)
  4. InshaAllah anda akan dapat workout planning selama 2 minggu (Akan di emailkan pada 1 – 3 June 2014)
  5. 5 Video workout mengikut kategori Obesiti dan Overweight (Akan di emailkan pada 4 – 6 June 2014)
  6. Anda diberi peluang untuk bertanya soalan kepada penganjur mengurusi email (contact@profhariz.com) secara peribadi.
  7. InshaAllah setiap peserta akan difollow up oleh penganjur selama seminggu sekali menerusi email.
Sumpah aku teruja gegila. Tapi aku tak join tapi itew punya boypren join benda nie.. Nanti itew nak mintak dekat dia.. Ekekekekeke

Pemenang akan dikira melalui siapa yg dapat loss berat yang paling banyak. Hikss! I wish he will be the winner. Mulai hari ini aku macam kena jadi PA dia kan.. nie boleh nie tak boleh..sama-sama bagi support sebab buat diet nie memang craving gila nak makan benda yang manis-manisssss 

Good luck untuk sesiapa yang masuk. Cabaran bermula hari ni :D For those yang nak masuk benda nie,, Sorrryyy la sebab dia punya contest dah tutup on 29th May yg lepas. Gambatte okeehh :D 

Tuesday, May 20, 2014

Breakfast

Assalamualaikum

Hai ,

Tengok tajuk mesti dah tau kaann.. hehehe acene tau aku nak upload gambar bebanyak pasal breakfast nie? HAHAHA poyo tak?poyo tak?

Nak tanya sikit lah kan kenkorang semua. Pepagi makan tak?? Good sape yang ambik breakfast nie.. Sape yang tak ambik breakfast, meh sini nak bagi cubitan sikit. Amboiihh.. Nak kena lah nie kan .. krikk krriikk *gaya kakak tiri cinderella* -pinjam nama okeh- hahaha

Tau tak kalau kita tak ambik sarapan pagi, kita boleh jadi GEMUK. Nak GEMUK tak? Tak nak kaann,, 
Okeh..korang nak fakta. 

Mengikut satu kajian sesiapa yg tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding org yg tdk pernah skip sarapan pagi..KENAPA?......sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula dlm darah...Kadar metabolisma juga akan meningkat bg membantu proses pembakaran lemak...TAPI!!! apakah makanan yg sesuai untuk sarapan?nasi lemak?,roti canai?,teh tarik?..semua mknn ini mengandungi paras gula dan kalori yg tinggi..yg akan menyebabkan kegemukan..SO!!!! apakah yg sesuai dan terbaik?
Nampak tak yang aku garis tu .. jangan ada sesapa yang salahkan aku kalau dia GEMUK tapi dia breakfast okeh.. tengok laaaa.. pepagi dah belanja badan dengan roti canai plus teh tarik *Heeee sentap aku dengan ayat nie*

Second, sarapan pagi dapat turunkan kolestrol.Percaya ke tak nie?

Dengan menyantap makanan yang baik, akan membuat tubuh akan merasa kenyang dan akan membangkitkan semangat untuk melakukan aktivitas. Anda tidak akan merasa lesu atau disibukkan oleh perut yang kelaparan. Sarapan yang sehat dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
Third, sarapan boleh meningkat kan kemampuan otak. Tak caya? cuba korang jangan makan pagi. Gila lesu plus tak bermayakan. Tambah2 dah keje and lunch hour pukul 1. Gila lembik kat meja macam zombie cari makanan. Grrr.

Lecturer aku pulak dia marah kalau ada sesape tak breakfast. dia dengan selalunya akan mengulang dekat dalam kelas

Eh, you all tak tahu ke kajian terbaru. Sape yang xmakan breakfast, dia ada possibilities untuk dapat barah otak 
Krikk krikk so korang berani tak nak skip breakfast esok nie. Dont okehh..Aku before pegi keje ngap dulu sekeping biskut sampai tempat keje terus cair bihun goreng..dah xnak makan makan roti canai daa sebab sentap dengan eviden kat atas tuuu

Selamat beramal okeehh laling sekalian :D

meh nak belanja gambar sarapan pagi ang semoga korang lagi terliur. HAHAHAHA







dah laa., letih jari aku letak gamba bebanyak. Ingat okeh..

BREAKFAST LIKE A KING, LUNCH LIKE ORDINARY PEOPLE AND DINNER LIKE A POOR  





Monday, May 19, 2014

Gambar famili

Assalamualaikum 

Hi. 

Dalam banyak-banyak gambar, satu je gambar yang belum aku ada. Gambar famili

Dah lama da aku pasang angan nak ada gambar famili bila aku teringat aku tak xda lansung simpanan gambar famili yang lengkap. 

Boleh jugak jadi kenangan kami adik beradik kan :)


sebab aku pikir setiap orang tak akan kekal. Mana tahu aku bakal pergi dulu. At least akan ada kenangan satu famili rite? 

Jadi raya nie macam nak kena ada buat laaaa :D 

Sunday, May 18, 2014

Ackward

Assalamualaikum 

Hi.


Korang pernah rasa tak? Korang ada ramai kawan, korang ada orang di sekeliling. And bila it comes into your life. Hidup korang ada roomate. 

Okeh. Mesti korang membanyang kan yang korang akan bangun pagi pastu terus bergosip dengan partner korang kan.  Gelak sana gelak sini . Rite?

Same goes to me. Sebab musabab yang aku tak suka ada roomate adalah ada setengah orang tak boleh nk get into dengan kita. Entah laa.. aku dari zaman sekolah memang berkawan dengan orag jahat laaa.. Means always akan bersembang. Pastu masuk diploma aku ada roomate. She is very nice. kite orang mesej tanya khabar sebab dia sakit waktu masuk orentasi.. Talkwative person. We share same interest. And then dia terpaksa pergi and bilik aku kosong. Tinggal aku sensorang. Tetiba ada sorang budak ..Memang gila punya orang . Wayar pun ada. jadi roomate dari semester 1 sampai laaaa semester 6. Lama kan? And the truth thing, susah nak mencari roomate yg mcm tu sebab aku nie jenis orang kena approach dulu. then aku akan response. :D

And sekarang life aku yang beroomate 

Bangun pagi (no talk)




-




-






-
Lunch sensorang (memasing buat hal sendiri)





_







-








-







-







-
malam




-




-





-






-





-
tido

this is my life. my routine. and aku sangat berharap kehidupan ini cepat untuk. Kiteorang kenal and tetiba dapat untuk tinggal stay sekali. Semua terus hancur padahal dulu kalau berkawan boleh semabng2 gelak2 semua. Huauauaua *tak lawak kan* setiap hari hidup dalam awkward. naaaa :D life must be go on rite bebeh

Hidup aku sekarang hanya lah based on this 


untuk aku dapatkan sedikit pelangi, aku perlukan KESABARAN. 
Selamat menempuh hari awkward jika anda seperti saya :D