Friday, March 4, 2011

RELEVENKAH AKU DIHATIMU a.k.a RADHA

Allah telah mengurniakan aku seorang sahabat yang baik umpama kejora yang bersinar di celah-celah  ribuan bintang di dada langit.Nurul Akashah,dalam ribuan insan yang ditemui, gadis itu cukup memahami. Kala-kala aku luka,lalu dia jadi perawat yang menyembuhkan.Dan,kala-kala aku gembira,dia yang menyimbahkan ketenangan.
SHAH :
Gadis unik yang terperangkap dalam dunia angan-angan
“sebenarnya bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan bergantung kepada iman dan akhlaknya.Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji dalam dirinya pun akan menjadi bengkok juga malah lebih bengkok daripada perempuan yang ada usaha membaiki dirinya
“guwe sayang bangat sama kamu kerna kamu sahabat guwe"
“kadang-kadang aku terfikir juga yang kau sengaja nak main-mainkan aku ,perasaan aku.Saja nak uji aku agaknya.Bila nak,kau datang pada aku.Tapi…bila aku dah mula rasa ‘perasaan’ itu,kau pergi macam itu aja.Seolah-olah tak ada apa-apa yang berlaku.Dah berkali-kali kau buat aku rasa begitu.Macam tu ke sikap kau, Carl Duke Adam?”
CARL DUKE ADAM A.K.A KADUK
‘si rambut perang’ yang budiman bekas ketua pelajar yang terbilang.
Nurul Akasyah yang manis,pasti kau ingat lagi kata-kata aku sewaktu kita berada di Tokyo Tower.Bagaimana andai ditakdirkan suatu hari nanti salah seorang antara kita punya perasaan lebih dari seorang teman,kawan dan sahabat.Kau hanya ketawa.Mungkin kau fikir aku bergurau .Ketahuilah aku sebenanya cukup serius waktu itu.Aku harap kau mengerti
 “jadi,siapakah insan istimewa yang bertakhta di hatimu sekarang,Ainul Mardhiahku?Yang kau tunggu untuk menyunting hati bdadari kecil yang satu ini?Setelah kau sanggup menolak lamaran tidak rasmi dari lelaki yang sebaik Mohd AmmarIskandar,siapakah jejaka yang kau tunggu wahai bidadariku yang manis?Siapa yang kau tunggu Nurul Akasyah?
“Ainul Mardhiah, sudikah kau menemaniku mengunjungi Baitulharam”
MAR ISKANNDAR
Lelaki warak penambat hati sukar didekati
“rapat betul enti dengan kaduk.”Ammar menegur aku waktu itu
“biasa aja.”Balasku ringkas
“ana bukan nak haling enti kawan baik dengan di.tapi..”
“tapi apa?”
“enti tahu kaduktu orangnya bagaimana.maksud ana,tentang kawan dia sebelum ini..Nur Jannatul Adnain.”
“jadi?”Aku tidak dapat melihat kaitan antara aku dan Ain
“biasanya lelaki yang faham tentang agama akan pilih perempuan yang begitu.perempuan yang menutup auratnya dengan sempurna.”Dia melirik pada aku.kebetulan aku memakai jean,jaket labuh dan selendang bawal tiga segi  
******************************************************************************
Cantik wanita kerana kejernihan wajah
Manis wanita kerana senyuman
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah
Hebat wanita kerana kesabaran
Mulia wanita kerana keimanan
“sajak?”matanya bertanya
“lebih kuranglah….”aku menjawab acuh tidak acuh
“tapi..yang ni..”dia menunjukkan sesuatu padaku
Kaduk sayang syah
Syah tunggu kaduk,ya?
“pantun dua kerat”jawabku selamba lalu tergelak
“kronik”tempelak ammar.dia hanya mampu menggelengkan kepala

Dua tiga boleh ku cari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Manakan sama Cik Akasyah seorang
******************************************************************************
Kisah persahabatan dari Taiping ke Tokyo ini, berteraskan ketulusan bersandarkan hukum.Syah memang tidak pernah menjadi dewasa,namun ada sebab kenapa dia harus menjadi dewasa!
Salah diakah…kerana mengambil berat ?Atau salah akukah…kerana dalam diam menyimpan harap? 

p/s : aku suka sgt bc novel nieyh..hihihi ak bc masa fom 5 tp pinjam.. so ak nak ada yg ak seniri..pueh jugak aku mencari..at last..dpt jugak cari last sem..seriusss suka gler.. <3

No comments: