Saturday, May 17, 2014

Aku anak sulung


Hi . 

Sape anak sulung cepat angkat tangan? HAHAHA *bajet orang baca blog aku*

Since aku nie anak sulung kepada adik-adik aku,. kira berwibawal berwibawa lah jugak aku nie kan. Sape laa adik bertuah yang dapat aku sebagai kakak nie kan. Muahahaha 

Nak bagitau satu rahsia sikit. Sebenarnya aku jeles dengan orang yang ada kakak and kakabang nie, Hurrmmm T___________________T *panjang cenggini muncung dia* yelaaa..dorang ada tempat menumpang kasih boleh mintak itu ini macam mana adik aku buat dekat aku sekarang. Adehh 

Nie based on firasat aku laaa kan. Based on aku laa kan anak sulung tu macam mana kan. :D

1) Rapat dengan mak @ ayah @ kedua-duanya
Aku lebih rapat dengan mak. Habis segala masalah pakwe-pakwe, kengkawan semua cerita dekat mak. Member aku yang lenglain ada rapat dengan ayah and ada yang rapat dua-dua sekali. 

2) Senang bawak diri
Anak sulung senang nak bawak diri. Campak lah dia kemana-mana, nescaya hidup lah dia seperti sedia kala . hahaha ayat aku cliché gila kaann. HAHAHA boleh sembang dengan sape-sape je.. orang tua yang memang tua,, xkira lah adik beradik ke hape ke kan sebab dia kan anak sulung. Muahahaha Aku nie boleh je nak sembang dengan mak cik-mak cik. bergosip2 dengan mak cik2.. Pak cik yang aku jumpa bawah pokok pun aku boleh sembang cenggitu je. Nampak tak penangan anak sulung. Nampak takkk? HAHA

3. Mudah memaafkan
Memang tak dapat disangkal lagi. Hati seorang anak sulung nie mudah memaafkan orang lain. Kenapa? entah laahh.. aku jarang nak berdendam dengan orang sebenanrnya kerana aku punyai hati yang sangat lembut. HAHAHA  maybe sebab dia ada adik-adik.. banyak menjaga adik nya.and selalu kena mengalah dengan adik then itu yang membuatkan dia seorang mudah memaafkan :D 

4. Bertanggungjawab
Selalu kalau mak ayah xde kt rumah, aku laaa yang akan kemas rumah, sapu sampah, memasak kalau mak balik lewat, basuh baju, lipat baju, mop lantai, kemas dapo and sesemua tugas yang mak buat aku akan buatkan. Waktu mak ada xde pulak aku nak buat semua tu kaaan.. HAHA. Aku bukannya ape, tak nak tunjuk skill yang memang ada dalam diri ini sejak lahir lagi.. Gittuuu HAHAHA adik-adik aku? hurrmmm sorang tengok tv, sorang tido. sorang buat ni.. buat tu, bila tengah hari tanya makanan xde ke nak makan.. Hampeh punya adik. Hummpphhh 

5. Penyabar 
See! See! this point is very very important. HAHA Sabar dooo. Sabar gila nak melayan kerenah adik-adik dari kecik sampai laaa besar. Kenkadang sedikit annoying. Kenkadang kena dengan cerita dorang and then buat-buat Yeaahh! macam seronok dengan cerita dorang padahal masuk telinga kanan keluar telinga kiri kes tak paham ape dorang cakap. Kita layan kaann saje. HAHA Terserlah tak kesabaran aku kat situ. 

Dah laaa .. penat dah aku nak list setiap kebaikan yang ada pada diriku ini, Kang puji kang, kembang semangkuk pulak. Ape-ape pun tu teori aku sendiri. Meh sini aku list kan fakta pasal anak no 1 dari doktot Fadhilah Kamsah :)

-XOXO-

ngeee,, nampak tak nampak tak? HAHA ramai peminat? oucch!!

3 comments:

Izzati Amira said...

yes kita sama. 80% darinya macam betul.. heee

tashira sha said...

aaaaa serious macam sama je sifat tu -.- kite pun jeles tengok kawan lain ada kakak abang >.<

Nadiya said...

izzati amira - 80% je btul? haha xboleh nk sep2 tangan la kalau cenggitu.. hahahaha

tashira sha- aaaa rasa macam nk pukul1 je kan yg ada abang kakak pastu tunjuk depan kte. hahahaha