Sunday, September 28, 2014

Bagan Lalang

Assalamualaikum :) 

Macam mana dengan weekend korang untuk minggu nie? Aku minggu nie sempat berpicnic dekat pantai bagan lalang tapi yang sedihnya takde gambar yang sempat di ambik sebab aku nak pergi main air. Sp fon dah simpan sesiap dekat dalam kereta. Weeeeee 

Journey start pukul 12 tengah hari selepas berhempas pulan kat dapo sensorang siapkan nasi ayam untuk picnic nnt kt pantai. Kira hebat lah kan aku neh mampu siapkan makanan dalam pukul 9.30 sampai 12.00. krriikkk krrikkkk *aku tipu chenta hati yang aku start masak dari pukul 8.30 pagi padahal aku start masak pukul 9.30 sebab tak nak dia rasa bersalah yang aku berhempas pulas kat dapo sensorang*  Semunya aku baru mula buat dari siang ayam sampai laaaaa memasak nasi. tapi kira okeh laaa jugak sebab boleh makan even ada yang aku tak puas hati sikit masa masak tu. 

kitorang sampai kat sana pukul 2 ptg after berpenat lelah mencari pinggan. Aku lupa bawak pinggan ohhoiii. HAHAHA tu rasanya benda yang xleh di terima akal sebab lupa bawak pinggan. Habeh tu nak makan macam mana kan kalau tak da pinggan kan.

Cuaca semalam kira be good la dengan kitorang. Ada la hujan sesikit lepas tu dia stop sampai laaaa petang, Kitorang sempat lagi test skill main layang-layang dekat tengah pantai . Wohaaaa and end up, layang-layang ktorang tak naik pun sebab kitorang tak pandai main pun sebenarnya.

Aku fisrt time main layang-layang and chenta hati pulak tangan kayu *dia yang ngaku sebab dia tak penah pandai main dalam apa jua sukan*  HAHAHA. Okeh! lagi satu maybe faktor angin kottt.. Sebab angin takde lah layang-layang ktorang tak dapat naik dengan jayanya. Hummppphh!

Aktiviti yang selalu buat kalau dekat pantai tu haruslah main aci ligan dengan ketam kan. end up ketam tu akan mati sebab aku main dengan dia terlampau ganas, Kebetulan air tengah tak banyak masa tu so kitaorang dapat berjalan sampai ke tengah pantai laaa.

Tempat situ kira nice bagi aku sebab aku pentingkan toilet dia sebenarnya. toilet dia agak cantik dan kemas dan sangat laaaa okeh compare dengan pantai yang aku penah pegi before nie. :)


Monday, September 22, 2014

Movie Club

Assalamualaikum

Sekarang ni aku curi-curi update blog dalam ofis. Ekekekeke Tapi takpe kan. Sekarang time rehat kot so aku ambik la masa aku yang sikit ni untuk update blog :D

Just nak inform korang pasal benda baru yang ada dekat TGV Cinema. Untuk perhatian korang lah kan, aku dengan chenta hati aku memang pengguna tegar TGV Cinema. Entah la kenapa. Ada jugak kitaorang pergi cinema yang lain tapi cinema nie jugak la yang melekat dekat dalam hati. Krrrikk krrikk krrikk.

Jangan korang tak tahu, TGV Cinema ada buat promotion untuk jadi dorang punya member club. Benda yang ditawarkan oleh dorang sangat la super marvelosss mamamiyaaa gitu. Pueh hati la jugak sebenarnya.

So korang sementara stok masih ada sekarang, cepat-cepat la daftar sebagai member and just perlu bayar sebanyak RM28 sahaja, tapi nie dalam limited period. WHY? Sebab aku sempat pergi tanya dekat kaunter yang nanti harga member club nie akan naik jadi RM68. Kiranya sekarang nie harga promotion lah kiranya. Berbaloi tak? Hehehehe



Nak register card nie senang sahaja. Nanti orang kaunter akan tolong buatkan untuk korang TETAPI ada lagi registration dia. Korang kena register thru online pulak lepas tu. Sebab apa? Sebab korang nak kena activate kad untuk memudahkan korang untuk mereedem kad korang sebagai user kad yang baru. Best kan? Hehehehe

Kitaorang baru saja redeem kat movie club tu semalam. Hehehehe dapat seats pun nice and cantik dia punya view even free kan. So kira berbaloi lah kan. Pastu kitaorang boleh redeem popcorn innregular size sebagai user yang baru. Murah tak? Kiranya semalam aku pergi tengok wayang dengan free of charge tanpa keluarkan sesen pun dari poket. Hikhikhikhik! Berbaloi-baloi kaaan,,

And korang kena ingat, setiap permbelian akan dikira mata point korang and kad ni perlu direnew for every year with RM20 ONLY. Lepas renew tu, korang akan dapat lagi tiket free untuk dua orang dan regular popcorn for FREE!!

Nampak tak permainan dia. FREE! :D

So dont miss this opportunity. Grab it fast :D

Saturday, September 20, 2014

H.A.N.T.A.R.A.N

Assalamualaikum :)

Rasanya aku masih tidak terlambat untuk wish selamat pengantin baru buat rakan-rakan aku sudah selamat pun bergelar suami/isteri kepada pasangan mereka. Sejuta kemaafan aku hulurkan kerana tidak pergi ke majlis kalian kerana jarak yang sangat jauh dari lokasi majlis. Namun, di sini aku sertakan  doa semoga kalian sentiasa berbahagia sampai Syurga.. Insya Allah.

We move to the next topic. Hehehe Actually aku cuba nak mencari topik yang santai-santai selain ringan sebab hari ini kan weekend. Weeeee! 

And then waktu scroll facebook tadi, ternampak lah satu status yang baru di upload oleh one of my frens berkenaan dengan dulang hantaran yang banyak sangat. Homaaaii.. boleh bayangkan rumah beliau just penuh dengan barang-barang hantaran instead of tetamu yang hadir. Hehehehe kaaan




Aku dari tadi memikir barang apa la yang dia bagi sebagai hantaran sebab terlalu banyak sangat.. Homaaaiii. So aku macam dah berfikir barang hantaran yang sesuai diberikan kepada pasangan untuk sesiapa yang akan melansungkan perkahwinan tidak lama lagi . 

And just reminder, melalui pembacaan aku, setiap hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan atau pun manisan :)

Dekat bawah nie aku sudah listkan in general barang-barang yang sesuai untuk dijadikan hantaran. 

1. Cincin
2. Tepak Sirih
3. Wang hantaran @ mas kahwin 
4. Beg tangan/ Dompet
5. Sejadah
6. Kasut
7. Set wangian
8. Set penjagaan diri
9. Tali Pinggang
10. Baju Kemeja/T-shirt
11. Kain Pelikat
12. Jam Tangan
13. Set peralatan solek
14. Tuala
15. Buah-buahan
16. Kek/Cupcake
17. Muffin/ Puding
18. Baju Kurung
19. Kain Telekung
20. Al-Quran
21. Set Barang Kemas

Tetiba banyak pulak kan yang aku boleh list. Hehehehe boleh la nanti buat rujukan untuk buat barang hantaran buat si chenta hati kan. 

Tetapi kalau pasangan korang ada yang minat kepada sesuatu benda. Tak salah kalau korang nak buat jadi hantaran. Contoh dia macam jadikan i phone 6 sebagai hantaran sebab pasangan korang terlalu obses dengan gadget. Weeeeee! Hahaha  Or maybe korang boleh bagi kunci rumah ke.. kunci kereta ke sebagai hantaran as long korang berkemampuan and mampu untuk memberi hadiah tersebut kepada pasangan korang. 

And aku harap korang-korang yang bakal berkahwin nanti, semoga berbahagia! :)