Saturday, September 20, 2014

H.A.N.T.A.R.A.N

Assalamualaikum :)

Rasanya aku masih tidak terlambat untuk wish selamat pengantin baru buat rakan-rakan aku sudah selamat pun bergelar suami/isteri kepada pasangan mereka. Sejuta kemaafan aku hulurkan kerana tidak pergi ke majlis kalian kerana jarak yang sangat jauh dari lokasi majlis. Namun, di sini aku sertakan  doa semoga kalian sentiasa berbahagia sampai Syurga.. Insya Allah.

We move to the next topic. Hehehe Actually aku cuba nak mencari topik yang santai-santai selain ringan sebab hari ini kan weekend. Weeeee! 

And then waktu scroll facebook tadi, ternampak lah satu status yang baru di upload oleh one of my frens berkenaan dengan dulang hantaran yang banyak sangat. Homaaaii.. boleh bayangkan rumah beliau just penuh dengan barang-barang hantaran instead of tetamu yang hadir. Hehehehe kaaan




Aku dari tadi memikir barang apa la yang dia bagi sebagai hantaran sebab terlalu banyak sangat.. Homaaaiii. So aku macam dah berfikir barang hantaran yang sesuai diberikan kepada pasangan untuk sesiapa yang akan melansungkan perkahwinan tidak lama lagi . 

And just reminder, melalui pembacaan aku, setiap hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan atau pun manisan :)

Dekat bawah nie aku sudah listkan in general barang-barang yang sesuai untuk dijadikan hantaran. 

1. Cincin
2. Tepak Sirih
3. Wang hantaran @ mas kahwin 
4. Beg tangan/ Dompet
5. Sejadah
6. Kasut
7. Set wangian
8. Set penjagaan diri
9. Tali Pinggang
10. Baju Kemeja/T-shirt
11. Kain Pelikat
12. Jam Tangan
13. Set peralatan solek
14. Tuala
15. Buah-buahan
16. Kek/Cupcake
17. Muffin/ Puding
18. Baju Kurung
19. Kain Telekung
20. Al-Quran
21. Set Barang Kemas

Tetiba banyak pulak kan yang aku boleh list. Hehehehe boleh la nanti buat rujukan untuk buat barang hantaran buat si chenta hati kan. 

Tetapi kalau pasangan korang ada yang minat kepada sesuatu benda. Tak salah kalau korang nak buat jadi hantaran. Contoh dia macam jadikan i phone 6 sebagai hantaran sebab pasangan korang terlalu obses dengan gadget. Weeeeee! Hahaha  Or maybe korang boleh bagi kunci rumah ke.. kunci kereta ke sebagai hantaran as long korang berkemampuan and mampu untuk memberi hadiah tersebut kepada pasangan korang. 

And aku harap korang-korang yang bakal berkahwin nanti, semoga berbahagia! :)



No comments: