Thursday, June 6, 2019

ReviewBuku : Negeri Para Bedebah

Assalamualaikum

Hi guys! Sesungguhnya entry kalini ditulis di hari raya kedua seorang diri tanpa keluarga dan suami di sisi ditemani setin air kopi susu Wonda! Woaahh lonely teruk HAHAHAHA! 

So macam mana raya kedua korang? Confirm banyak OOTD keeennnnn. Me so jealous dengan korang yang boleh beraya sambil makan lemang ketupat 😝



**

Actually Nad nak kemas-kemas barang sambil buat laundry sikit. Nad akan balik ke kampung raya ke empat ni so buat laundry siap siap memandangkan husband Nad akan bawak Nad stay dekat hotel. Hotel murah murah je korang sbb malam ni husband Nad kena keje. So untuk elakkan Nad stay sorang sorang dekat rumah dengan jiran yang tak berapa ada sangat dekat taman ni, so kitorang decide untuk booked hotel .

Memandangkan mood nak mengemas masih belum ada, so Nad nak share satu buku yang bagi Nad sangat best untuk korang baca. It's quite a long time Nad plan untuk share buku ni dengan korang tapi harini baru ada rezeki untuk share review buku ni dengan korang. 


**



Basically buku ini adalah buku dari Indonesia hatta penulis dia pun ada dari orang Indonesia bernama Tere Leya. Nad tak pasti sama ada writer ni lelaki atau perempuan tapi Nad rasa dia perempuan sbb dia pernah like post Nad di IG. gituuuu HAHAHA! And buku di dicetak oleh Dubook and dia ada sekuel tu sbb ending dia sangat laaaa tergantung and frust sikit bila baca sbb ending tak habis. Geram rasa sbb buku ni best sangat. Nak dijadikan cerita, sekuel dia Dubook tak ambik pun. So Nad tak tahu nak cari dekat mana buku ni 

Buku ni 100% dalam bahasa Indonesia yaa. Jadi korang boleh ambik manfaat untuk belajar bahasa Indonesia walaupun sudah terlalu banyak sinetron dorang dekat tv ni kan. Ya Auloohh ampuni Nabila Ya Auloh. Haaa and word yang paling Nad ingat adalah sepada. Korang tau tak benda apa nieee? It is basikal ye anak-anak 😅😅

Bagi Nad buku ni ada kritikan sosial dia sendiri. Main karakter adalah Thom (Thomas) seorang economist yang agak popular dan seorang waris keluarga boleh Nad katakan sebagai keluarga bangsawan. Ibu bapa meninggal dari kecil akibat perbuatan khianat manusia disebabkan oleh wang. 

So cerita ni adalah bagaimana wang boleh merosakkan sesuatu negara dan orang yang rapat dengan kita hanya disebabkan oleh wang dan sentiasa bersedia untuk tikam dari belakang at anytime at anywhere. 

**

Ringkasan cerita ni adalah 

Thomas ni dalam usaha untuk menyelamatkan bank milik keluarga nya kerana terdapat pelaburang wang yang salah. Kira nya terdapat penipuan wang yang dilakukan dalam bank tersebut dan Thom berusaha untuk menyelamatkan. Kerajaan turut campur tangan dan musuh sentiasa bersedia untuk menghapuskan keluarga mereka dengan berpakat dengan polis untuk menangkap mereka dan mengaut setiap harta yang tinggal secara senyap-senyap.

Jadi, macam-macam musuh cuba buat dan Thom siap masuk penjara lagi tetapi dia berjaya boloskan diri dengan wang. Setiap benda yang dia buat hanya dengan tunjukkan duit je. Hatta polis biasa pun terpedaya dengan duit. 

Setiap penceritaan buku ni memang mendebarkan. Memula tu agak boring sbb berkisarkan ekonomi dunia dan Indonesia. Tetapi once dah masuk dalam penceritaan bagaimana Thom boleh boloskan diri dengan setiap halangan yang dibuat, korang confirm akan rasa puas hati sangat-sangat. 

Di akhir ending ni, kita akan dapat tahu siapa dalam sebenarnya yang telah meletakkan bank keluarga Thom dengan wang pelaburan yang salah dan siapa yang ingin lebihan harta keluarga Thom. 

Memang puas hati sangat -sangat bila dapat tahu apa yang terjadi pada mereka yang hati busuk tapi yang tak best nya tak tahu ending bank keluarga Thom sama ada ditutup oleh kerajaan ataupun tidak. Dan ada seorang lagi dalang yang dulu nya bersahabat baik dengan keluarga Thom dan dia jugaklah yang mengupah orang dalam organisasi perniagaan keluarga Thom untuk buat onar tu tak diceritakan dalam buku ni. So Nad rasa ada dalam sekuel buku Tere Leya 

Overall Nad bagi 4 star untuk buku ni sebab buku ni buat hati Nad dup dap dup dap. Ingatkan kalau tulisan dalam bahasa melayu Indo akan menyukarkan dan melambatkan pembacaan tapi tidak okaayy. Sebab jalan cerita yang superb gitu kan. 


**

 Ada ke yang dah baca buku ni? Share sikit dekat komen okay! 




Wednesday, June 5, 2019

2019 : AIDILFITRI DI PERANTAUAN

Assalamualaikum 

Hi guys! So hari ni kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Jadi jom kita sambut! *baca dengan daya Khairulaming pleaseeeee* 

--------------------------

Tapi benda first sekali yang Nad nak bagitau dekat korang adalah Nad dengan suami kalini beraya jauh dari family kitaorang. Jauh beratus batu gitu 😭😭

Walaupun bukan beraya di luar negara pun, luar negeri pun dah cukup memilukan hati 😅

Nad dengan suami sambut raya berdua je dekat Shah Alam ni. Keluarga kitaorang ada dekat Kedah sekarang ni. Ni disebabkan husband Nad kena kerja on first day raya. Korang raya jangan pakai elektrik kuat sangat taaauu. Kesian dekat husbad Nad kena dispatch electric dari janakuasa ke pencawang electric demi untuk korang kayyy. Sob sob sob 😅😅

By the way, since husband Nad keje masuk petang, so pagi tu kitorang boleh solat sunat hari raya dekat masjid. Dekat je dengan rumah kitorang. Walaupun boleh jalan kaki, demi baju raya and taknak basah ketiak, so kitorang decide naik moto je. Nasib adik Nad tinggalkan moto dia dekat rumah Nad. 

Ni kira pengalaman pertama Nad beraya dekat Shah Alam. Nad ingat kan penuh dengan budak-budak yang akan datang kutip duit raya kan. Yelah , kita duduk kampung ada ramai budak-budak datang kutip duit raya. So Nad pun expect benda yang sama. Siap dengan bekas kuih raya lagi padahal bukan ada adik beradik pun dekat area sini yang nak datang beraya. tapi nan hado 😜 semua tutup pintu rumah and budak-budak takde pun yang jalan. Nad bukak la judak sliding door kot kot orang perasan kata ada orang kaaaaann. 

So Nad dan husband pun photoshoot dalam rumah dendiam. Ambik laaa gambar laki bini ni berdua. 

Lepas tu kitorang decide nak beli nasi dekat kedai mamak je sbb Nad malas nak masak. Macam malas pulak kan nak masak hari raya gini kan. Pergi pergi kedai mamak tutup 😅😅 singgah makan A&W je lah . Nak pergi mall pun, mall bukak pukul 1 tengah hari. Tak sempat daaaa

Lepas tu balik rumah. Nad kena masak jugak sbb husband Nad bawak bekal pergi office. Husband Nad tak boleh tinggalkan meja dia untuk keluar. So nak beli makan semua bawak bekal atau mintak orang lain yang belikan. Even order dari Grab pun, kena orang yang turun ambikkan. So untuk elak kan risk tak dapat makan, so Nad akan siapkan bekal untuk husband. 

Nasib semalam Nad dah gigih masak rendang ayam kan. Jadi hairni just panaskan rendang and masak nasi minyak. Sedap laaa sikit kan makan tu. 

Lepastu, husband Nad pegi keje, maka Nad pun tidur sampai petang. HAHAHA

** 

Pengalaman raya jauh dari family. Mampu buat video call je lah cakap dengan family semua and tengok gambar masing masing . 😉

Korang raya kalini macam mana? Ada yang struggle dengan buku ke sebab bukak cuti ni terus exam? 😜