Showing posts with label ReviewBuku. Show all posts
Showing posts with label ReviewBuku. Show all posts

Thursday, June 6, 2019

ReviewBuku : Negeri Para Bedebah

Assalamualaikum

Hi guys! Sesungguhnya entry kalini ditulis di hari raya kedua seorang diri tanpa keluarga dan suami di sisi ditemani setin air kopi susu Wonda! Woaahh lonely teruk HAHAHAHA! 

So macam mana raya kedua korang? Confirm banyak OOTD keeennnnn. Me so jealous dengan korang yang boleh beraya sambil makan lemang ketupat 😝



**

Actually Nad nak kemas-kemas barang sambil buat laundry sikit. Nad akan balik ke kampung raya ke empat ni so buat laundry siap siap memandangkan husband Nad akan bawak Nad stay dekat hotel. Hotel murah murah je korang sbb malam ni husband Nad kena keje. So untuk elakkan Nad stay sorang sorang dekat rumah dengan jiran yang tak berapa ada sangat dekat taman ni, so kitorang decide untuk booked hotel .

Memandangkan mood nak mengemas masih belum ada, so Nad nak share satu buku yang bagi Nad sangat best untuk korang baca. It's quite a long time Nad plan untuk share buku ni dengan korang tapi harini baru ada rezeki untuk share review buku ni dengan korang. 


**



Basically buku ini adalah buku dari Indonesia hatta penulis dia pun ada dari orang Indonesia bernama Tere Leya. Nad tak pasti sama ada writer ni lelaki atau perempuan tapi Nad rasa dia perempuan sbb dia pernah like post Nad di IG. gituuuu HAHAHA! And buku di dicetak oleh Dubook and dia ada sekuel tu sbb ending dia sangat laaaa tergantung and frust sikit bila baca sbb ending tak habis. Geram rasa sbb buku ni best sangat. Nak dijadikan cerita, sekuel dia Dubook tak ambik pun. So Nad tak tahu nak cari dekat mana buku ni 

Buku ni 100% dalam bahasa Indonesia yaa. Jadi korang boleh ambik manfaat untuk belajar bahasa Indonesia walaupun sudah terlalu banyak sinetron dorang dekat tv ni kan. Ya Auloohh ampuni Nabila Ya Auloh. Haaa and word yang paling Nad ingat adalah sepada. Korang tau tak benda apa nieee? It is basikal ye anak-anak 😅😅

Bagi Nad buku ni ada kritikan sosial dia sendiri. Main karakter adalah Thom (Thomas) seorang economist yang agak popular dan seorang waris keluarga boleh Nad katakan sebagai keluarga bangsawan. Ibu bapa meninggal dari kecil akibat perbuatan khianat manusia disebabkan oleh wang. 

So cerita ni adalah bagaimana wang boleh merosakkan sesuatu negara dan orang yang rapat dengan kita hanya disebabkan oleh wang dan sentiasa bersedia untuk tikam dari belakang at anytime at anywhere. 

**

Ringkasan cerita ni adalah 

Thomas ni dalam usaha untuk menyelamatkan bank milik keluarga nya kerana terdapat pelaburang wang yang salah. Kira nya terdapat penipuan wang yang dilakukan dalam bank tersebut dan Thom berusaha untuk menyelamatkan. Kerajaan turut campur tangan dan musuh sentiasa bersedia untuk menghapuskan keluarga mereka dengan berpakat dengan polis untuk menangkap mereka dan mengaut setiap harta yang tinggal secara senyap-senyap.

Jadi, macam-macam musuh cuba buat dan Thom siap masuk penjara lagi tetapi dia berjaya boloskan diri dengan wang. Setiap benda yang dia buat hanya dengan tunjukkan duit je. Hatta polis biasa pun terpedaya dengan duit. 

Setiap penceritaan buku ni memang mendebarkan. Memula tu agak boring sbb berkisarkan ekonomi dunia dan Indonesia. Tetapi once dah masuk dalam penceritaan bagaimana Thom boleh boloskan diri dengan setiap halangan yang dibuat, korang confirm akan rasa puas hati sangat-sangat. 

Di akhir ending ni, kita akan dapat tahu siapa dalam sebenarnya yang telah meletakkan bank keluarga Thom dengan wang pelaburan yang salah dan siapa yang ingin lebihan harta keluarga Thom. 

Memang puas hati sangat -sangat bila dapat tahu apa yang terjadi pada mereka yang hati busuk tapi yang tak best nya tak tahu ending bank keluarga Thom sama ada ditutup oleh kerajaan ataupun tidak. Dan ada seorang lagi dalang yang dulu nya bersahabat baik dengan keluarga Thom dan dia jugaklah yang mengupah orang dalam organisasi perniagaan keluarga Thom untuk buat onar tu tak diceritakan dalam buku ni. So Nad rasa ada dalam sekuel buku Tere Leya 

Overall Nad bagi 4 star untuk buku ni sebab buku ni buat hati Nad dup dap dup dap. Ingatkan kalau tulisan dalam bahasa melayu Indo akan menyukarkan dan melambatkan pembacaan tapi tidak okaayy. Sebab jalan cerita yang superb gitu kan. 


**

 Ada ke yang dah baca buku ni? Share sikit dekat komen okay! 




Friday, April 26, 2019

ReviewBuku : Signature Jalanan

Assalamualaikum

~ ~

Hai ❤.

Harini Nad nak share review pasal satu tajuk buku ni. Buku ni bertajuk "SIGNATURE JALANAN" hasil tulisan Teme Abdullah. Actually ni buku Teme yang kelima selepas tiga buah sekuel buku beliau. 

Nad start baca buku teme bila buku kedua dia release. Tu pun pinjam yang adik punya sebab Nad malas nak beli. Nanti takut tak best pulak kan 😅 Tapi yang bestnya within sehari Nad boleh habiskan buku ni. Of course la dulu boleh non stop baca buku 3 jam direct kan tapi after kahwin ni banyak benda nak kena buat. Masak laa kemas rumah basih kain sidai kain. Kira boleh habiskan dalam masa sehari ni memang habis hebat laaaaa tau  😂.

Buku Signature Jalanan ni pun Nad tak beli untuk Nad tapi belikan untuk adik ipar. So before dia baca buku ni dulu, Nad habiskan dulu sebab esok baru nak hantar dekat dia, Nun jauh di Ipoh. So sabar jap eh😒

--------




Basically, Signature Jalanan ni berkisar mengenai alam sekolah. Kalau Pelukis Jalanan, berkisar mengenai alam Teme melanjutkan pelajaran di UK dan kesusahan yang dia alami sepanjang keberadaan dia di sana, Arkitek Jalanan mengenai last semester Teme dengan Ahmad and sekuel yang terakhir adalah Impian Jalanan. Cerita mengenai zaman Teme masa sekolah rendah ft zaman selepas habis belajar. Yang ni Nad paling suka sbb rasa kiut sangat bila baca and sedih dekat part Teme kena reject. Dengan harapan. Kau jangan kahwin la Teme. Kau milik semua orang. Gituu macam die hard fans K-pop pulak kan,  HAHA Nah korang klik SINI kalau nak baca review buku Impian Jalanan. 

Based on previous pembacaan Nad, Teme ni budak INTERGOM. Budak sekolah SBP Intergrasi. So dalam buku Signature Jalanan ni, memang dia mengimbau zaman-zaman dia duduk asrama la. Time tu zaman SPM. Bila baca buku ni, terus Nad mengimbau zaman asrama Nad jugak, Memandangkan Nad and Teme sekolah agama, ada keserasian di situ 😜. 

Sodom (solat di dorm), BADAR (Badan Dakwah dan Rohani), DM (Dewan Makan) and segala denda yang kena sebab lambat bangun tu kira sangat serasi la cerita dia especially untuk budak asrama. Korang wajib baca okay unless korang taknak ingat zaman asrama korang. Tak payah baca. Nanti syahdu sebab rindu zaman asrama korang. 


Buku ni cerita dia fiksyen, Tak 100% related dengan yang hidup dan yang mati tapi Nad tetap baca hero itu adalah Teme. Budak yang tak reti baca dan gagap di sekolah adalah Teme. Sorry Teme but you are too cute too handle 😂🤷‍♂️

Nama hero dalam buku ni adalah Ben. Walaupun cerita Ben ni 70% dalam buku ni tapi Nad rasa Ben ni adalah Teme so dia terus jadi hero okay. 

Dalam buku ni ada nama Zack (Ketua BADAR yang acah alim tapi suka tegur orang dengan kasar), Joe (Student yang markah cukup-cukup makan bila time exam sbb bukan student yang excellent), Oki (seorang yang excellent, suka tolong orang, jadi mentor untuk Joe) and last sekali adalah Ben (Seorang yg excellent tapi tak se excellent OKI, kuat aktiviti koko, pandai melukis) dan last sekali adalah Alif ( seorang yang bijak tapi ada masalah family. Family terlalu susah dan dia terus jadi seorang yang bermasalah). 

Dalam buku banyaaaak sangat cerita mengenai inspirasi untuk nak berjaya. Sesuai sangat kalau korang nak hadiahkan buku ni untuk adik-adik yang nak exam. 

Zack, last sekali berubah menjadi seorang yang sangat lembut selepas sedar dia terlalu berkasar dengan kawan-kawan dia. Seorang yang percaya dakwah secara kasar tu menusuk dan mudah ingat tapi dia lupa dakwah secara kasar tu menyebabkan hubungan dia dan Alif tidak baik memandangkan Alif adalah student bermasalah di asrama. 

Oki dan Joe banyak diceritakan dalam buku ni menjadi mentor mentee. Betapa Joe sudah mengalah untuk nak excell dalam SPM tapi Oki tetap pujuk Joe untuk sentiasa berusaha. Siap buat kelas one to one lagi untuk coach Joe especially dalam subject Add Math. 

Ben seorang yang aktif. Terlalu aktif sampaikan ada akal untuk meniru dalam trial SPM lagi sbb masa yang terlalu suntuk untuk nak study pun. Nasib tak buat. Seorang yang bercita-cita tinggi kerana ingin mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di UK. Sbb tu Ben terlalu try hard untk excell dalam akademik dan koko. 

Dekat hujung-hujung cerita, Ben baru meluah kan yang dia bukan pandai sbb talent ataupun secara semula jadi sbb Joe selalu usik Ben yang Ben ni berjaya dalam semua benda sbb talent dia. Tak perlu nak study lebih-lebih. pandai melukis dan banyak lagi lah. Tapi disebabkan oleh dia berusaha dan usaha tu orang lain tak nampak dan pada yang sama, berjaya menutup ruang kelemahan diri dari dilihat oleh orang lain. 


"talent ni bukan sebab seseorang tu lahir-lahir talented, jadi dia tak payah berusaha macam orang lain. Cuma dia berusaha terlebih awal dalam keadAan orang tak nampak dalam kadaan dia tak sedar benda tu, tidak dipaksa, dan orang dak dapat explain"

"Mentaliti. Kita boleh kawal mentaliti kita sendiri. Dengan mentaliti yang betul, kita bukan saja boleh survive. Tapi kita boleh pergi jauh dari orang lain".

" Mengejar yang positif, bukan berlari daripada negatif. Dengan cara itu, yang negatif akan dijauhkan dengan sendirinya"

Terus Joe berubah 180 okay. Ada suka ada duka ada gaduh-gaduh ada part lawak ada part inspired ada part persahabatan. Kira semua blend in dalam satu cerita. Rasa nak repeat balik zaman belajar dkt asrama dulu walaupun ada banyak sangat peraturan dkt asrama kan. 😂

Untuk buku ni, Nad bagi 🌟🌟🌟🌟🌟 sbb Nad suka overall cerita Teme tulis ni! 😜


-------------------------

Iklan sikit eh. Kalau korang malas nak keluar beli dekat kedai, korang boleh beli dengan Nad tau. 

Just visit INSTAGRAM ni je , The GeroBook atau pun korang boleh beli dengan Nad di Shopee. Tunggu abang posment datang hantar ke rumah je. Subject to stok ada laaa korang eh sbb buku ni pun dah 2x restock 😅😅. 


Okay korang. Jumpa lagi 

Lots of love 💕

Thursday, April 25, 2019

Goodreads acc

Assalamualaikum 
~ ~


Hai korang ❤

Bagi yang ada account Goodreads tu, meh follow Nad rapat-rapat. Just taip "Nadia" and then you will find meeeee 😁


Setakat rekod ni, Nad dah baca buku sebanyak 13 buah buku and menariknya korang boleh rekod setiap buku yang korang baca dalam Goodreads ni. 

Korang boleh buat challenge dalam ni. Challenge dia of course la berapa banyak buku yang korang boleh baca dalam tempoh setahun. Tengok dalam gambar. Tu rekod Nad untuk setakat entry ini ditulis. Nad ada dalam 5 buah buku yang Nad on the way baca ni. Tamak gila kan. Sekali baca 5 buah buku terus! 😂

Tetiba jalan-jalan dan masuk Popular ke MPH ke SMO ke kan. Nampak satu buku ni macam best sebab cover buku dia macam WOW! sekali. Sekali beli and baca, Tak best. Pernah jadi tak? Sebabnya cover dia cantik sangat and hakikat nya korang , betul kata orang. Dont judge a book by its cover.  So sebelum menyesal daripada beli buku yang ingatkan best tapi tak best tu, Nad ada tips untuk korang. 🤷‍♂️

Tips kalau korang nak beli buku and taktau buku yang bakal korang beli tu best ke tidak. Korang boleh refer dekat Goodreads ni.. Just taip tajuk buku atau scan code bar dekat bahagian belakang buku tu kan. Nanti akan keluar tajuk buku yang korang nak. Lepas tu korang klik je dekat buku tu. Nanti akan keluar review buku yang korang pilih tu. 

Contoh macam yang Nad tunjuk dekat bawah ni eh. 

Buku Empayar 2 : Hikayat Mukjizat Daripada Iblis hasil tulisan Teme Abdullah

Korang just search tajuk buku ni and then akan keluar banyyaaaaakkkkk review mengenai buku tu. Bergantung pada yang korang pilih la. Kalau buku tu famous, ramai orang baca then banyak la review dia. 

Tapi ada kadang-kadang buku famous tapi review tak banyak. But still tetap ada bukan. Cuba korang scroll ke bawah. Ada review yang orang dah tulis kan, 



Haa so apa lagi. Dapatkan lah buku Teme ni *done meracun* kalau korang cuba nak baca. Lepas tu korang boleh update dekat Goodreads. Before tu, make sure register semua dulu. At first, agak confusing nak pakai app Goodreads ni. Hanya manikam je yang terror nak pakai. Suami Nad kadang-kadang stress juga sbb kadang-kadang update buku yang dia baca tapi tak terupadate 😂

So everything must be try and error. Lama-lama nanti korang akan terus suka Goodreads ni sbb dalam banyak-banyak apps untuk peminat buku. Yang ni laa yang paling senang and tak de iklan setakat ini .Ehh 😅 iklan banyak pun kadang-kadang stress jugak kan. Korang boleh follow writer yang korang minat jugak. Itu pun kalau ada laaa. Macam Teme Abdullah ni ada Goodreads. And dia siap promote lagi dekat fans dia. Nad la salah sorang and terus follow rapat-rapat 😁

Okay korang. Sehingga berjumpa lagi . 


----

Lots of love! 💕



Tuesday, May 1, 2018

Review buku IMPIAN JALANAN


Assalamualaikum

Harini Nad nak share sedikit review mengenai buku yang Nad sudah baca. Actaully ni buku kedua Nad baca untuk tahun 2018 ni. Allahuu. Malu rasanya nak sebut berapa jumlah buku yang Nad baru baca kan. Dah masuk bulan Mei tetapi baru beberapa buah yang baca. Sebenarnya untuk tahun 2018 ni, Nad target untuk baca 14 buah buku. Tahun lepas cuma dapat 10 buah buku sahaja padahal target nak baca sebuah untuk sebulan.. Tapi tak sempat. Huhuhuhuhu

Okay, berbalik semula kepada review yang Nad nak buat ni. 

Buku Impian Jalanan ni Nad dapatkan di PBAKL 2018 haritu. Inipun mak mertua Nad yang belikan sebab dorang pergi beli buku untuk adik ipar Nad, so Nad kirim sekali. So dapatlah yang first cetakan. hihihihihihi

Korang dah baca buku Teme yang sebelum ni ke? Pelukis Jalanan dengan Arkitek Jalanan? 

Kalau belum baca, kena baca buku ini dahulu tau! Sangat worth it untuk baca. Nak hadiahkan utk adik-adik kita pun sangat sesuai sebab buku hasil karya Teme ni banyak cerita pasal inspirasi. Tak lain dan tak bukan adalah Teme itu sendiri. 

Buku Impian Jalanan kalini diambik oleh Iskandar atau nama cute adalah Ikiy! Cute nameteeyyyy nama Ikiy tu. Hahaha dah takde nama Teme dalam buku ni sebab Teme suruh panggil dia dengan nama Ikiy. Hihihihi 

Cerita Ikiy ni bermula dari darjah satu. Seorang yang bermasaalah dalam belajar kerana menghadapi kesukaran membaca. Masih menggunakan flash card sebagai buku rujukan. Seorang yang gagap tetapi tersangat laaaaa suka melukis. Mampu melukis tanpa perlu melikat imej lukisan tersebut. Akhir sekali, boleh buat duit la senang cerita semasa di sekolah rendah dulu. 

Ikiy berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna dan mewakili sekolah ke peringkat daerah. 3 tahun percubaan mewakili sekolah akhiranya menang tempat pertama di hujungnya selepas hasil usaha yang gigih. 

Punya cita-cita yang tinggi iaitu ingin menjadi seorang arkitek cum pelukis. Bsar bukan cita-cita tersebut utk kanak-kanak yang baru bersekolah rendah. 

Usia makin manganjak. Kejayaan makin dicapai tetapi kegembiraan dihati tidak ada? Sentiasa memikirkan kenapa diri ini masih tidak bahagia. Kenapa perkara itu terjadi. 

Pendekatan yang Ikiy ambik adalah dengan tidak mencintakan harta dunia sebaliknya dikongsi bersama dengan orang yang memerlukan. Berbelanja di jalan Allah. Membuat kebaikan dan saling membantu orang yang susah. Terus rasa bahagia. 

Makin menginjak usia. Maka matang lah perasaan di dalam diri. #tilljannah kononya tapi akhirnya dikecewakan di separuh jalan. Benar. Jodoh itu rahsia Tuhan. 


Allahu, rasa puitis sangat Nad tulis HAHAHAHAHA tapi sedih gilaaaaaa. Part dia kecewa dan patah hati. Bawak diri merantau. Hmm 

Korang wajib baca okay buku teme ni . sebab tak akan menghampakan korang lansung. Mak merta Nad sendiri pun suka dengan buku Teme ni. sebab tu p beli . sanggup redah orang ramai masa weekend haritu. 

Kalau dah baca, feel free untuk komen dekat Nad okay.

Much of love!