Showing posts with label me:heart. Show all posts
Showing posts with label me:heart. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

about LOVE

we IGNORE the ones who LOVE us

we ADORE the ones who IGNORE us

we LOVE the ones who HURT us

we HURT the ones who LOVE us


it's all about LOVE

^_^

Friday, December 23, 2011

tahniah bebudak PMR

.: Assalamualaikum :.

asenye tak terlewat lagi kot nk wish tahniah dekat bebudak PMR kn yg dapt 9A,8A,7A and etc..dan yang x berjaya cuba lagi untuk SPM nnt,,  hehehehe TAHNIAH and a big HUG dekat adik aku.. dekat dua orang cousin aku.. sorg laki..sorg pempuan.. tahun ni mmg pecah rekod lah.. dorg mmg compete abes2.. n last result mmg chantek ! berbahagia la mak tok aku .. mak and ayah.. aunty.. and mak su.. congratz.. =D


Saturday, December 10, 2011

lelaki ini .. lelaki itu

sekarang minda aku sedang meningati lagu Anuar Zain. lelaki ini..


lelakii ini yang selalu mencintaimu
selalu.. tanpa ragu
lelaki ini yang selalu memuja
hanya dirimu
yang bertakhta dalam sanubariku
sanubariku
aku yang mencintakanmu
hanya dirimu

bestnye ade lelaki macam tu. *kononnya*tapi bila bercakap mengenai pengalaman..*berdasarkan pengalamn orang lain jugak* ade je lalaki bila dah dapat .. at the end,, juz layan acuh x acuh.. sebelum nk mintak couple tu..mesej macam nak rak.. 25 hours mesej je memanjang.. bila dah la,a-lama.. couple laa.. then minggu merganti minggu.bulan berganti bulan.. tahun berganti tahun. .. dia akan berubah.. masa yang dispend kan akan semakin kurang.. kalau dulu ade sesi adegan pujuk memujuk..sekarang,,jangan harap... pujuk lah sendiri...entah la kenapa...bosan kot.. myb ..at the end. putus laa..

kalau putus terus xpe..nieyh dak..aci men ligan ....semalam putus..ari nieyh mintak couple balik..why?? macam giler talak la jugak adegan nieyh.. merayu0-rayu mintak couple.. janji akan berubah,.merayu la kononnya.. dia akan jadi macam dulu.. 4 me.. if ade pengalaman yang macam tu,,susah kan nk terima balik ,, enough as a fren only.full stop.time tu baru dorang rase macam mn rasanya kehilangan,.. kn???


cerita ak nieyh based kepada apa yg pernah terjadi.. n yg terjadi di depan mata.. lelaki.. u shoul appreciate woman bukan semasa mula hangat bercinta..tp till de end.. rite?? =D

Saturday, December 3, 2011

di penghujung .. :(

orang cakap makin penghujung.. makin seronok.. kenapa? sebab xsabar-sabar nak habiskan detik-detik yang terakhir.. am i rite?? tp bg aku yang sekarang ni.. yg berada sem yang terakhir,.. uuhhhmmppp... sangat serabut.. buat masa sekarang.. tp still boleh menulis dekat blog niey kan.. hahaha ngada- ngada nya..nnt betul-betul akan serabut,, dengan entrepreneur nye,, research methadology nye,,selling nye.. and lastly transport..

entrepreneur punya group work,.. mmg dikategori kan agak dasyat lah jugak, coz theme for dis semester agak mencabar cket,, inovasi, kononnya nak follow uitm penang la kan.. jadi nak dijadikan cerita, budak2 sem nieyh yang ambik etr. kena la memerah sedikit nk create mende ape lh yang xde lagi dalam pasaran,.. jangan terkejut,, belanja untuk subject nieyh mmg tinggi,. tp markah dia, mcm x berbaloi je.. huhuhuresearch methadology lak.. nak kena wat research,,ak dah tengok kot contoh esaimen yang nak kena anta,, seriussss tebal,,, ala2 journal cket,, bz la pulak nk g soal orang ramai nieyh,, adoiyaaii,,nk kena wat questionare laa.. nk key in data dlm ssps laa.. nk kena taip dalam bentuk report laa,,

selling pun ala2 etr jugak tp yang membezakan ,. disini aku belajar menjadi diract selling,.. how ti comunicate,,nk persuade customer to buy the product. so nk kena menjual.. kena la setup booth nanti nak menjual,, adoiyaiii adoiyyaiii,,

last kali ,, transport..nk kena g interview.. hummpphhh.. 

Thursday, September 8, 2011

rambut sama hitam , hati lain-lain

aku & kau.. ibarat seperti ini sekarang.. =) juz pray 4 u sekarang..
peribahasa yang serius yang aku boleh cakap.. sesuai sangat-sangat dengan kondisi aku sekarang..  =)
people might said dat, berkawan biar seribu.. bermusuh biar zero.. hehehe ade ker? persoalannya , apakah orang yang kita berkawan itu merupakan seseorang yang boleh diharapkan.. of coz la we deserve like dat.. rite? until we give kepercayaan, priority, n attention.. tp itu lah.. diberi susu.. dibalas tuba.. setelah kebaikan yang dilontarkan hancur berkecai.. juz like.. parghhhhh!!!
tapi aku xkesah.. adat berkawan..mybe dulu dia pernah terasa hati dengan aku.. or aku ade buat something dekat dia.. pastu dia pun cula lah membalas dendam dengan membuat apa yang aku terbuat dekat dia.. tp xpe.. Allah kan Maha Kuasa.. even aku tak diberi pertolongan oleh dia.. still ade lagi yang membantu..dan alhamdulaillah... Allah mempermudahkan segala kerja hari ini tanpa meminta tolong dari dia.. Aminn..

tapi macam agak terkilan larh.. dulu ibarat macam tiada rahsia.. sekarang.. biarlah.. kami x rapat dah sekarang.. xkesah.. =) Ramai lagi yang sudi menghulur pertolongan kan?

seeloknya macam nieyh larh.. =) hepi frenship. !

Friday, August 26, 2011

40 Things Girls Wish Guys Knew..




1. Don't tell us when you think other girls are hot.
2. Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials before we get bored.
3. Mark anniversaries on the calendar.
4. We think about you all the time.
5. This is how we see it: Don't call = Don't care.
6. Which also means that if we don't call, take a hint.
7. We like you to be a little jealous. But overly possessive is not necessary.
8. We're allowed to be late. You're not.
9. Eye contact is the key.
10. Don't take longer to get ready than we do.
11. Laugh at our jokes.
12. 3 words: honesty, honesty, honesty!
13. Girls can be groupies. Guy groupies are stalkers.
14. Do not start with us. You will not win.
15. Would you like it if a guy treated your sister that way? Didn't think so.
16 If you ask nicely, we`ll answer the same way.
17. We will never have enough clothes or shoes.
18 Open the door for us no matter where we are.
19. We love surprises.
20. Pay attention to the little things we do, because they mean the most.
21. Always brush your teeth before you see us. A fresh mouth and white teeth are a necessity.
22. Clean your room before we come over.
23. Even though you're sometimes insensitive and hurt us, we still love you with everything we are.
24. Don't act hard around your friends
25. Sometimes "NO" really means "NO!".
26. "Wife beaters" are not an adequate form of fashion.
27. Sensitive guys are great.. but crying more than we do in a movie just isn't right.
28. Don't let ex-girlfriends cause drama, relationships are stressful enough.
29. It takes a special kind of stupid to forget birthdays.
30. "Fat chicks" have feelings, too.
31. Silent treatment, shoulder shrugs, tears, yelling, & nasty looks add up to = YOU DiD SOMETHiNG WRONG.
32. The excuse "I can't dance" is unacceptable. Well appreciate the simple fact that you âre trying.
33. Just because a girl doesn't pick up on the first ring, doesn't mean she is not waiting by the phone.
34. You don't have to spend a lot; if it means a lot.
35. Don't say you love me if you don't mean it.
36. Don't lie to us. We will catch you.
37. Don't you ever answer our question with only ONE word! We hate it!
38. Just BE by our side when shopping means you are not allowed to flirt while we shopping¦
39. Please give us some comment while shopping.. it is compulsory.
40. When the girls get together, we talk about everything. Meaning, my best friends know everything about you.



* say "it" when u mean .. 

Saturday, July 23, 2011

no entry

.: assalamualaikum :.

hari ni hari terakhir aku boleh update blog.. =(..esok or petang ni dh mula pegang gelaran " bededikasi punya student " puji diri cket.. kehkehkeh student.. kepala esok tu mesti berasap..mata dah mula juling bila memikirkan benda-benda yang akan jadi.. pergi ke kelas macam biasa,, huh ! juz like a roller coster.boring dowh.. hurmmm.. tp always =D ..should be yes..

fair n square ke?

.: assalamualaikum :.

hari ni air mata jatuh lagi..huwwaargghh..! tak tahan ..tak tahu lah kenapa.. takde fair n square.. tak aci..memang luar alam..hari ni mak busy dekat dapor.. busy memasak..untuk ape?? tanya laa..

mesti lah masak untuk adik-adik aku..hari ini satu family nak g melawat adik-adik aku dekat jitra dengan changloon..adik-adik aku tu dua-duanya duduk ostel..minggu lepas aku g melawat adik aku yang belajar dekat mrsm tu,,tp kenapa aku cakap berlaku ketidakadilan di sini..

masa aku duduk ostel,mak aku xpernah pun prepare dekat aku macam tu,, seriuss aku terasa,, minngu lepas mak masak bihun singapore semata-mata nak bawak pegi dekat adik aku padahal aku yang teringin sangat-sangat nak makan..minggu nieyh..hari ni ,,mak masak tomyam..nak bawak pegi dekat adik aku tu,,ayah siap beli durian sebab adik aku teringin nak makan durian,.. huurrmm.. serius gler cdeyh.. kenapa aku xde mcm tu pun.,selama aku duduk dekat ostel..even aku duduk dekat kolej uitm tu kan,,mak xpnh wat macam tu..mak juz buat kalau aku yang mintak buat,, tp dekat adik-adik aku,,xpyh mintak..mak aku mesti sedia dekat adik aku tu,,aku dulu ayah je yang datang,,bagi duit..lepas tu balik..memang cdeyh time tu..parents orang lain semua datang,,duduk bersembang,,aku?sampai paksa mak aku datang jugak-jugak,,

ari tu aku pernah terlepas cakap dekat mak sebab mak memang kalut time tu nak prepare untuk adik aku..
"kakak xpnh dapat macam nieyh masa duduk dekat ostel dulu,"n mak aku juz diam.. aku memang terasa laa..
hailaa.. hailaa..tak tahan dah air mata nak jatuh nieyh..

i wish like dat in future..if,.. =( 

Tuesday, July 19, 2011

10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



sumber dari : sini

*nota kaki..* punya lah lama aku simpan bende alah nieyh. esh esh

Saturday, July 16, 2011

susahnya hidup

Ya Allah..

terlalu berat yang aku lalui

terlalu banyak yang aku hadapi

apakah ini cuma dugaan-Mu

kerna aku insan biasa

kadang-kadang punya iman senipis bawang

kuatkanlah aku

aminnn...



Thursday, June 30, 2011

nk ke anak jaga mak?

. : assalamualaikum : .

baru je minggu lepas aku melawat salah seorang member aku yang masuk hospital..baru kuar dari icu..alhamdulillah.beliau skrg beransur sihat..aminn..

so,,aku cite dekat mak aku larh pasal nieyh,,then i'm  asking 1 question ..

"mak,,,if la kan,,dia tetiba je ade masalah perempuan,,,macam mana mak?tengok dia ari tu pun macam teruk even nak angkat tangan sendiri pun x lrat..macma mn dia nak nak wat semua tu?"

then my mom answer me..

" then her mother la yang akan buat semua tu.."

aku seriua termanggu seketika..

" nak ke mak dia wat?"

" kakak..anak dia kan..seorang mak akan buat sbb mak dia dh biase...masalahnya seorang anak akan buat macam tu dekat mak dia atau x,,kalau kakak,kakak wat x.?"

hurmmm..
aku terpk seketika.. hehehehe

-

-

so..soklan aku..
seorang anak akan treat seorang mak or ayah dia mcam mn parent dia treat dekat dia masa kecik x?

juz renung- renungkan..

heehehe

kasih ibu membawa ke syurga!

Wednesday, June 22, 2011

bengang !




APA???

XPENAH TENGOK ORANG MARAH?

NK TRY?
MAI AHH !

Tuesday, June 21, 2011

miss u !

dulu hari-hari nk menulis..
dulu hari-hari nak jumpa..
dulu hari-hari nak luahkan ape yg rasa
dulu hari-hari asyik berkepit je



-

-

-

-

-

-

aku sudah jarang mengupdate blog aku
serius rindu sangat-sangat
nak macam dolu-dolu
always update my blog
- 

-

-

-

-

tp
disebabkan beberapa kekangan
internet dekat umah sewa xde
hurmm
xdpt la eden nk cte
juz pendam je lah




Monday, June 13, 2011

kite kawan tp..

well..serius dalam masalah sekarang.. aku ..

hurmmm,,ade problem ..sorg mmber aku... yg selalu seksa diri dia..langsung tamau bg peluang dekat diri dia sendiri smpai member aku..miss M cakap..

ampa tu..ape yg  kami ckp langsung xpnh masuk dlm kepala..masuk telinga kanan,,kuar telinga kiri tp bila pakwe ampa cakap .masuk telinga kanan..x kuar2 pun

semua paham kot kan ape yg aku nk cakap nieyh..pakwe dia..esshhh laki yg terok yg penh ak jumpa tp mmber aku still sayang dia lagi..aku tatau la ape nk cakp..almost 2 tahun kami study sekali..semua sekali..kami sendiri yg tengok dia menangis..kami sendiri yg tenangkan dia..kami sendiri yg korbankan masa kami ,,kami yang banyak membantu dia..tp dia still nk lagi dengan pkwe dia yg selalu sgt meykitkan ati dia..mmg xlayak di panngil lelaki if family kite pun dia hina.. serius terok mamat tu

can u imagine..pkol 1 PAGI..mmber aku nieyh lari kuar umah sambil pegnag kunci umah ngn kereta..dia nk kuar..nasib kami sempat tahan dia..dia time tu ibarat orang gler..yg x waras..sbb terlalu tension..pk kn pkwe dia yang selalu buat perngai..n skrg kami x brckap sbb dia nk menangkan pkwe dia.. ok,, fine..

* ape2 pun kami memang berharap dia hepi..tu je,, sbb bila dia menagis..kmi pun menangis...*

Friday, June 3, 2011

aku buntu X_X

.: Asssalamualaikum :.

pagi-pagi cenggini aku mesti tido lgi..biase ahh,,nak kado tp hari ni awal la pulak,, bangun n xtdo. hehehe gud gurl.. haha

biase ah..tabiat semula jadi.. hehe tp aku ade problem ahh,,sekrang sudah 3 jun,,14 jun juz around de corner rite? adoiyaii.. im confius rite now,aku tatau nak pilih adiah ape untuk my beloved mak.. 

well..aku akan celebrate bezday with my frens..xdapat la eden nk wish dekat mak face to face n xdapt la jugak eden nk bagi adiah on time,, 

tp..adiah ape aku nak bagi?? im still thinking about dat..


Wednesday, May 25, 2011

rumah sewa

tetiba je gatal jari nak menulis,,hehe btw,,lagi sehari aku akn tingl dekat umah nieyh..pastu ari jumaat nnt ak gerak dengan ex roomate aku a.k.a housemate aku..si anis tu,,hehe hurmmm.. dah nk mula sem baru n aku pun bakal masuk part 5..seriusss aku ase macam dh mmpi,,dah besar aku nieyh yer,,ingtkan aku nieyh still budak belemuih yang dok main ngan  tanah bendang lagi masa kecik2 dulu..hehehe..ok barang semua aku dah ciapkan..dah xde pe2..juz baju je xmasok dlm beg lagi..jap lagi pun aku nak kuar cari meja kecik utk aku study nnt.. =).. ok,,


panas kan sekarang?

pastu kejap pans,,

kejap ujan,,

-


-

-


-

aku dah mula sakit kepala..

ase berdenyut2 je..

jgn dia wat hal sudah.. 

=(

rezeki Allah.. :)



could I say like dis
"alhamdulillah "

or like dis
" syukran"

or myb like dis
"syukria"

hurmm
wtever la kan..
tp 
rezeki Allah nk bg..
terima kasih Ya Allah

kerna ak masih terkejut pasal ni..
ak xpnh n xpnh..
=D
mak ak pun sampai cium peluk aku,,
tq!

Tuesday, May 24, 2011

pelajar mati dibunuh guru

Salam'alaik..

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Boleh kita baca bagaimana `jahat'nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
"Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung" – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

"Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman" – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh `membunuh')menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

" adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat".
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad."

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. " dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia" cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang.

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah `menghukum mati' peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

aku juz copy paste sibijik2 tanpa ada tokok tambah.. :) dari remaja islam.. 

Sunday, May 22, 2011

beri susu di balas tuba :(

perlu ke nak marah2.?
perlu ke nak maki2?
perlu nak tnggikan suara?'
perlu ke semua tu?
uhh lagi sekali kena,,
ari tu baru je kena,,

x tolong susah..
kang kasi ayat nieyh
" x reti nk tolong buat sama?!"
"uh xguna idup kalau yg tu xreti!"

kalau tolong plus mmg membantu pun
" sape swoh taruk dekat ctu?!"
" sape swoh buat macam tu?!"
padahl ape yg aku buat td tu betul

aduhh..
buat keje salah.
tido salah
pegi makan salah
x tolong salah
dok saje salah
kuar salah
dok umah salah


ade je das2 peluru nk kena
arghhh..!! 
geram.geram

teramat geram
sepatutnya ucap terima kasih..
nie x.
lansung x kuar dari mulut tu
payah sangat ke?
kalau nk marah org..
laju pulak mulut tu




Friday, May 20, 2011

well.. bila dah besar cenggini soal hati mesti tak terlepas kan..biase larh..remaja.. hehehe even org yg umo 30an pun ada masalah pasal macam nie,,  hurmmm ape-ape je lh,.. muda lagi kan.enjoy dulu..keh keh kt cneyh aku nk cte pasal err,, fasa dlm mmbina hubungan,, hehehe nk ade relation pun kena ade fasa kan..


1 ) meeting
   
well setiap sesuatu tu msti lah dgn pertemuan kn,, hehe xkira la dkt mana jumpa pun even depan toilet ker??terselisih ke..ape ke..hehe kdg2 terjadi la cinta pandang pertama..love at fes sight.hehe

2 ) the chase

fasa nieyh err mula ape org kta ..hurmm flirt..ngorat..yes..hahaha time nieyh la terjadi,, haha time nieyh la dok usha fb dia..pic dia.cari sape yg kenal dia,,time nieyh la kita tnya,,u suka wrne ape,,u suka makan epe,,ape u buat u buat tiap2 ptg,,ape2 jelh kan ..hehehe

3 ) honeymoon

bila dh berjaya misi ngorat tu,,honeymoon la kan..xde gdoh2 g time nieyh..sweet je rase..time tu ibarat dunia aku yang punya..haha ncet masa tu confem xlepas dari tngn..asyik tit tit tit je,,pastu gayut tiap2 malam..haha

4 ) comfortable

dekat cneyh baru kita tow,,oohh oanas baran gak pk cil nieyh,,oo gelojoh gak mak cik nieyh makan,,macam2 yg akan terserlah,,dulu boleh la cover2 g..kali neyh teserlah cket,,hehe

5 ) tolerance

dekat cneyh la gdoh2 dah start..cket2 je..dulu berkepit 24 jam xpe,,skrg xdah,,mula nk ngungkit kan,,ajak makan sekali pun dh kurg,,nk hangout dgn kawan kononye,,jadi la gdoh2..hukhuk

6 ) downhill

err ak tatau nk describe ahh pasal nieyh.. ak copy paste larh eh,, hehe

                  Dah mula masuk peringkat tarik2 muka, hentak2 kaki, muncung panjang sedepa, kaki rasa nak naik ke muka. Ni lah masanya bila rasa semua benda serba tak kena. Pantang si dia lambat respon kat Skype, kat FB, kat msg, mulalah syak bukan2. Bila bermesej2 pun,

"Dah makan?"
"Dah, u?"
"Dah jugak"
*Bunyi cengkerik*
Amboi! Sebelum dapat, mesej punyalah berjela sampai 2-3 pages. Dah dapat, nak hantar seketul mesej pun berkira. Tu lah orang kata, sebelum dapat berkejar, dah dapat ditinggal-tinggalkan. Masa ni lah mula takde mood nak spend time sesama, mulalah rasa rimas ada partner. Mulalah rasa nak campak hp jauh2... 

7 ) breaking up

huh..kus semngt masa stage nieyh..bila ati dah sehaluan..bila ati dah x suka..jadii mcam mmber ak

" sori la awak,saya rasa kita dah x sealir" 
hahaha serius lawak ahh ayat dia tp dalam ati mmber ak frust gak larh,,

ade gak break up sbb ade org lain yg tngh tnggu,,well terpulang =)


cinta adalah buta,,cinta tidak mengenal usia,paras rupa mahupun kekayaan tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain, =)

well kalau ak..ak prefer utk stage 3,,hehe