Sunday, January 16, 2011

tarikh lahir Dr.Fadzilah Kamsah

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada. Contoh: 12 April 1974, 12 + 4 + 1974 = 1990, 1 + 9 + 9 + 0 = 19,

 1 + 9 = 10, 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) Keterangan nombor lahir.. 

1. Ketulenan Hadir dengan idea baru.Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynonal Judd Nancy, Reagan, Requel Welach
2. Pendamai Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konsevatif Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar,tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm) . Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Mohd Anuar Jaafar Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin,Nostrodamu s.
9. Pelakon Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
*aku number 4..hehehe suka!suka !

Lelaki-lelaki yang ditarik ke dalam neraka


Pertama:- Ayahnya

a) Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
    perempuannya di dunia.

b) Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
    mengaji dan sebagainya. 

c) Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....

d) Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja 
    maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- Suaminya

a) Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. 

b) Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
    untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam-
    kan diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa
    tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:- Abang-abangnya

a) Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
    kepada abang-abangnya pula. .... jikalau mereka hanya mementing keluarganya
    sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah
    tarikan adiknya di akhirat.



Keempat:- Anak Lelakinya

a) Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
    haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
    akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. 

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah /
suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap

Ayuh kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik.

Wednesday, January 12, 2011

bAbAk tErAkHiR 1

Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup.Mengingatkan aku tentang masa lalu…

"Dusshhh!!"satu bunyi yang agak kuat terjadi.Perlanggaran antara dua orang telah terjadi.

"Adoiii"satu suara mengeluh.Agaknya sakit betul kot.

"Err..sorry.Saya tidak sengaja.Saya mintak maaf "suara garau lelaki yang agak takut-takut itu bersuara.

Adila mengangkat mukanya untuk melihat siapa gerangan lelaki tersebut.Dia lansung tidak kelihatan seperti pelajar sini.Orang kuar kot sebab tidak pernah kelihatan lansung.Tetapi dia memakai kad pelajar.Lelaki tersebut sedang tunduk mengutip kertas-kertas yang jatuh bertaburan akibat perlanggaran yang berlaku tanpa sengaja tadi.Adila pantas tunduk dan tolong mengutip baki kertas yang bertaburan.

"Saya Adila.Awak?"salam perkenalan dihulurkan kepada lelaki tersebut.

"Saya Miko,"salam Adila tersebut diterima dan dia seperti malu-malu untuk melihat muka Adila.Di lehernya tergantung sebuah kamera jenama Nikon.

"Study dekat sini ke?"tanya Adila dan mereka berdua berjalan beriringan seperti menuju ke tempat yang sama.

"Ye," lelaki tersebut hanya menjawab sepatah sahaja.

"Awak dari kelas mana?"tanya Adila musykil kerana mustahil baginya tidak mengenali orang disini.

"3A-1,"lelaki tersebut memang sangat malu.

"Eh kelas saya tu.Kenapa tidak pernah nampak awak pun?"tanya Adila kehairainan.

"Urmm..memang pun,"lelaki tersebut hanya tersenyum.Comel sangat apabila dia senyum.Mukaya iras-iras orang Korea.

“Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ini dalam kelas,”Adila mula menyusun kata.Lelaki tersebut hanya tersenyum

“Saya selalu masuk kelas lewat.Kalau masuk pun guna pintu belakang.Maybe sebab itu awak tak pernah nampak saya,”panjang lelaki tersebut menerangkan.

“Mana kawan-kawan awak yang lain?”Adila seperti tercari-cari

“Saya tak de kawan.Saya baru transfer sini semester ini.Sebelum ini saya study di tempat lain.Pindah sini sebab dekat sikit dengan rumah,”

“Oh,anak emak la ni ye,”Adila tertawa.Lelaki tersebut tertunduk.Malu barangkali.

“Tak la,saja saya nak tinggal di sini dengan parent saya,”lelaki tersebut terdiam.Sebab masa saya dah tak panjang awak.Ayat tersebut hanya dilafazkan dalam hati.Tidak dilontarkan.

“Apa awak cakap tadi?Tak panjang?”Adila ada terdengar lelaki tersebut bersuara perlahan.

“Err,,tak de apa pun.Saya tak cakap apa pun,”lelaki tersebut membuat gaya seperti orang tidak bersalah dan hanya tersenyum sajaha.Comel sangat.

“Awak nak pergi ke kelas ke?”Tanya Miko.

“Ye lah,sekejap lagi kan kita ada subjek Finance.Awak sudah lupa ke?”hairan barangkali melihat Miko melontar pertanyaan seperti itu.

Miko hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersenyum sumbing.”Saya ada appointment sekejap lagi.Saya tak masuk kelas.Lec pun dah tahu dah.”Adila hanya mengangguk.Hajat dihati ingin bertanya lagi tetapi ada suara yang menyampuk dari arah belakang.

"Adila!!"kedengaran satu suara memanggil nama Adila menyebabkan kedua-duanya menoleh.Adila melambai-lambai tangan ke arah mereka.

"Hey!!sini"Adila cuba memanggil rakannya untuk berkenalan dengan lelaki yang baru dikenalinya sebentar tadi.Rakanya bergerak kearahnya.

"Ini,,"sambill tangannya menunjuk ke arah lelaki terbabit tetapi..

"Eh,mana lelaki yang berdiri sebelah aku tadi?"Adila mencari sekeliling seandainya dapat mencari bayang-bayang lelaki tersebut tetapi hampa,tidak kelihatan.Aina hanya menganggkat bahu tanda dia tidak tahu.

"Eh,CD apa ni?"Aina bersuara apabila ternampak CD tersebut diatas kertas-kertas yang dipegang oleh Adila.

"Entah,aku tak pernah nampak pun sebelum ini.Sambutan Hari Jadi Kitara?Majlis hari itu kot.yang dekat kelas kita hari itu,jom kita tengok,"ajak Adila.Tidak sabar rasanya untuk melihat.

“Hello mak cik.Kita ada kelas kan sekejap lagi?”Aina sudah mencekak pingganngnya.Adila hanya ketawa.Dia terlupa.

p/s: saja isi masa lapang menulis..haha gaya macam masa lapang banyak je kan.anyway actually da ciap cerita tp ase mcm pendek.ni lah hasil selepas di edtkan semula..huhu

Monday, January 10, 2011

Lambang Yahudi Dalam PC Anda!

Assalammualaikum Warahmatullah...

Kawan2...
sedar tak sedar..
rupanya ada lambang YAHUDI dalam PC kita sendiri...
haih!

Kenapa??
Xpecaya..?

Cara2 nak detect logo nih...

1. Copy link ni > C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10
(kalau nak taip pun boleh.. ikut suka)

2. Pastekan kat Address Bar My Document atau lain2. Macam kat bawah ni..





3. Cari image yang nama dia >> J0285926

4. Ni image dia..



5. Seterusnya deletelah kalau nak delete.. Kalau tak nak delete leh je simpan logo Yahudi Laknatullah tu..


Saya dah delete.. Anda bila lagi???

ANDA BUAT ANDA DAPAT!!...

macehh



sumber dari

Saturday, January 1, 2011

malam-malam macam ni tibe-tibe je teringin nak makan puding karemel..hailaaa..lama sangat tak makan..rindu sangat..uhuhhu resepi ni aku mintak dekat member pastu cuba la buat..tengok-tengok jadi.hahahaha bangga giler kot..hahaha

*************
puding karemel

6 biji telur
3 keping roti(prefer roti hup seng)
esen vanila
gula

masukkan telur bersam roti dan esen vanila.kemudian blend kan ia.panakan loyang.maukkan 1 sudu gula.kacau di atas api yang sederhana hingga bertukar menjadi warna keperang-perangan.masukkan bahan yang telah di blend tadi ke dalam loyang.kukus di atas api selama 45 minit atau sehingga masak.hahaha..senang kan????