Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup.Mengingatkan aku tentang masa lalu…
"Dusshhh!!"satu bunyi yang agak kuat terjadi.Perlanggaran antara dua orang telah terjadi.
"Adoiii"satu suara mengeluh.Agaknya sakit betul kot.
"Err..sorry.Saya tidak sengaja.Saya mintak maaf "suara garau lelaki yang agak takut-takut itu bersuara.
Adila mengangkat mukanya untuk melihat siapa gerangan lelaki tersebut.Dia lansung tidak kelihatan seperti pelajar sini.Orang kuar kot sebab tidak pernah kelihatan lansung.Tetapi dia memakai kad pelajar.Lelaki tersebut sedang tunduk mengutip kertas-kertas yang jatuh bertaburan akibat perlanggaran yang berlaku tanpa sengaja tadi.Adila pantas tunduk dan tolong mengutip baki kertas yang bertaburan.
"Saya Adila.Awak?"salam perkenalan dihulurkan kepada lelaki tersebut.
"Saya Miko,"salam Adila tersebut diterima dan dia seperti malu-malu untuk melihat muka Adila.Di lehernya tergantung sebuah kamera jenama Nikon.
"Study dekat sini ke?"tanya Adila dan mereka berdua berjalan beriringan seperti menuju ke tempat yang sama.
"Ye," lelaki tersebut hanya menjawab sepatah sahaja.
"Awak dari kelas mana?"tanya Adila musykil kerana mustahil baginya tidak mengenali orang disini.
"3A-1,"lelaki tersebut memang sangat malu.
"Eh kelas saya tu.Kenapa tidak pernah nampak awak pun?"tanya Adila kehairainan.
"Urmm..memang pun,"lelaki tersebut hanya tersenyum.Comel sangat apabila dia senyum.Mukaya iras-iras orang Korea.
“Saya tak pernah nampak awak pun sebelum ini dalam kelas,”Adila mula menyusun kata.Lelaki tersebut hanya tersenyum
“Saya selalu masuk kelas lewat.Kalau masuk pun guna pintu belakang.Maybe sebab itu awak tak pernah nampak saya,”panjang lelaki tersebut menerangkan.
“Mana kawan-kawan awak yang lain?”Adila seperti tercari-cari
“Saya tak de kawan.Saya baru transfer sini semester ini.Sebelum ini saya study di tempat lain.Pindah sini sebab dekat sikit dengan rumah,”
“Oh,anak emak la ni ye,”Adila tertawa.Lelaki tersebut tertunduk.Malu barangkali.
“Tak la,saja saya nak tinggal di sini dengan parent saya,”lelaki tersebut terdiam.Sebab masa saya dah tak panjang awak.Ayat tersebut hanya dilafazkan dalam hati.Tidak dilontarkan.
“Apa awak cakap tadi?Tak panjang?”Adila ada terdengar lelaki tersebut bersuara perlahan.
“Err,,tak de apa pun.Saya tak cakap apa pun,”lelaki tersebut membuat gaya seperti orang tidak bersalah dan hanya tersenyum sajaha.Comel sangat.
“Awak nak pergi ke kelas ke?”Tanya Miko.
“Ye lah,sekejap lagi kan kita ada subjek Finance.Awak sudah lupa ke?”hairan barangkali melihat Miko melontar pertanyaan seperti itu.
Miko hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersenyum sumbing.”Saya ada appointment sekejap lagi.Saya tak masuk kelas.Lec pun dah tahu dah.”Adila hanya mengangguk.Hajat dihati ingin bertanya lagi tetapi ada suara yang menyampuk dari arah belakang.
"Adila!!"kedengaran satu suara memanggil nama Adila menyebabkan kedua-duanya menoleh.Adila melambai-lambai tangan ke arah mereka.
"Hey!!sini"Adila cuba memanggil rakannya untuk berkenalan dengan lelaki yang baru dikenalinya sebentar tadi.Rakanya bergerak kearahnya.
"Ini,,"sambill tangannya menunjuk ke arah lelaki terbabit tetapi..
"Eh,mana lelaki yang berdiri sebelah aku tadi?"Adila mencari sekeliling seandainya dapat mencari bayang-bayang lelaki tersebut tetapi hampa,tidak kelihatan.Aina hanya menganggkat bahu tanda dia tidak tahu.
"Eh,CD apa ni?"Aina bersuara apabila ternampak CD tersebut diatas kertas-kertas yang dipegang oleh Adila.
"Entah,aku tak pernah nampak pun sebelum ini.Sambutan Hari Jadi Kitara?Majlis hari itu kot.yang dekat kelas kita hari itu,jom kita tengok,"ajak Adila.Tidak sabar rasanya untuk melihat.
“Hello mak cik.Kita ada kelas kan sekejap lagi?”Aina sudah mencekak pingganngnya.Adila hanya ketawa.Dia terlupa.
p/s: saja isi masa lapang menulis..haha gaya macam masa lapang banyak je kan.anyway actually da ciap cerita tp ase mcm pendek.ni lah hasil selepas di edtkan semula..huhu
2 comments:
kenape nama laki tersebut pelik?mcm name kucen aja.hahaha
haha ala2 jepun cket..actually nk wat scene dkt jepun.tp xdpt..nma jepun pun jd lah =)
Post a Comment