thanks for u my frenz..
u re my inspiration..
hehehe
tabahkan hati...
cekal kan hati..
positive ur mind..
never think -ve..
i luv uuu so mucchhhh...
bcoz u make feel better
=)
gotcha!!
but neverminds..
as u said b4..
"walaupun patah hati
still tetap kena hepy
sbb kita kena tunjuk kuat utk org lain"..
i luv this part..
hope ur life better than yesterday
and tomorrow better than today..
May GOD bless u..
my frenzz..
Saturday, January 22, 2011
Friday, January 21, 2011
Monday, January 17, 2011
Kahwin muda?
Baru-baru ini ada seorang kawan lah sudah mendirikan rumahtangga..Alhamdulillah..muda-muda lagi dah mendirikan masjid.Kahwin pun merupakan salah satu dari sunnah nabi.Penuh dengan kerkatan.Kalau ahli-ahli agama pula berpendapat kahwin muda ini dapat mengelakkan maksiat.Biasa lah,nafsu muda.Sangat bergelora orang cakap.Tetapi bagi pandangan orang melayu pulak,kahwin muda ini tidak elok kerana hendak menanggung anak orang ini bukannya senang,Semuanya pakai duit sekarang.Disebabkan itu adalah sebilangan pasangan yang kahwin si sempadan kerana mendapat tentangan yang hebat dari keluarga.Apa eh kebaikan dan keburukan kahwin awal ini?Kebaikan :
1)Mengelakkan maksiat.Maksiat sekarang dah berleluasa.Zini la yang kita takut sekarang.Tetapi orang muda sekarang dah tak heran..
2)Gejala sosial semakin kurang.Dah takde dah kes-kes buang bayi ni sebab apa?sebab lahir dari hubungan yang halal.
3)Menyejukkan hati...hehehe ye ke??orang cakap la..pasangan kita ini boleh menyejukkan hati.Kenapa?Tak tahu lah..kena tanya orang yang lagi berpengalaman...
4)Mematangkan diri..kenapa eh?sebab kita dah kena fikir setiap keperluan pasangan kita.Kiranya automatik mengajar kita menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan keprluan hidup pasangan masing-masing..
5)Meramaikan umat Nabi Muhammad.Oleh itu,kahwin adalah perkara yang sunat kepada umat Nabi Muhammad kerana Baginda berbanggan memilik umat yang ramai.
6)Anak nanti jadi pandai kalau kahwin time study..kenapa?ye lh..mak keja baca buku je..pandailah budak itu nanti .,hehehe,(nie pandangan orang ramai)
Kita tengok keburukan kahwin muda pula..
1)Kes penceraian meningkat.Sebab apa perkara ini berlaku?Kurangnya ilmu mengenai hal-hal kerumahtanggaan..(betul x eh ayat)
2)Darah muda..bila suka excited giler nak kahwin..Tapi bila jumpa yang lain rasa macam menyesal ..lepas tu mula lah ada simpanan dekat luar
3)Ekonomi rumahtangga tidak stabil..hal ini lah yang ditakuti oleh ibu bapa..si lelaki tiada duit untuk sara diri dan isteri.Apatah lagi nak tanggung anak kan?Ini lah sebab utama yang aku rasa sangat tepat.haha
4)Nasib anak-anak tidak terbela..nie lah orang dok cakap..buat pandai tapi nak jaga tak reti.Anak-anak dibiar terbiar.Dapat pula mak ayah yang memang tak tahu tanggungjawab ibu bapa..Lepas tu,kes dera makin menjadi-jadi..esh eshh..
Itu lah pandangan aku keburukan dan kebaikan kahwin muda.Apa-apa pun kalau sudah jodoh kahwin awal nak buat mcm mana kan..terima dan redha..rezeki tu..insya Allah..ada keberkatan dalam hubungan kalau mengamalkan cara hidup berlandaskan Islam..
MENGAPA HARUS BERPASANG-PASANGAN?
Berpasangan dapat membentuk kesempuranaan.Saling melengkapi antara satu sama lain.Saling meniadakan keburukan pasangan masing-masing.Sifat berpasangan bukan saja terjadi kepada manusia tetapi turut kepada haiwan.tumbuh-tumbuhan dan keadaan di sekeliling kita.Misalnya garam..garam pun berpasang-pasangan jugak eh..jeng.jeng…
Garam ataupun nama saintifiknya natrium chloride (NaCI) adalah penyatuan antara unsur natrium dan chloride.Asalnya kedua-dua unsur ini tidak boleh berdiri sendiri.Mereka boleh bersatu kerana air sebagai perantara.Ketika masih bersendirian,chloride termasuk dalam unsur berbahaya bagi tubuh.Biasanya terbentuk asam (HCL).Demikian pula natrium carbonate walau tidak sebahaya HCL.Namun ketika natrium dan chloride dipertemukan dengan air,masing-masing melepaskan ikatan dengan berpasangan terdahulu kemudian mereka saling membentuk bersatu membentik Kristal.Jika sebuah ikatan kimia sampai membentuk Kristal,tingkat kesesuaiannya pasti sangat tinggi.Pada awalnya sifat kedua-dua unsur ini membahayakan atau membentuk asam menjadi hilang.Hal demikian sifat-sifat negatifnya saling menutup dan yang terlihat adalah sifat-sifat indahnya,positif.
Jadi konsep pasangan harus meniru garam.Sifat-sifat negative yang tidak menyenangkan boleh menjadi simpul dari ikatan yang mempersatukan untuk kemudian menghasilkan sebuah molekul yang indah serta memancarkan kebaikan.Kelemahan yang ada bukan untuk disesali tetapi dimanfaatkan untuk bersatu
Jadi,mengapa masih ada lagi lelaki berpasangan dengan lelaki manakala perempuan berpasangan dengan perempuan.Apakah ini menidakkan hukum alam yang sememangnya ditetapkan kepada manusia.Aku semakin hairan dengan budaya gay dan lesbian masa sekarnag.’auzubilah himinzalik..Renung-renungkan dan selamat beramal..hehehe =)
Sunday, January 16, 2011
DEODORAN TIMBULKAN TSUNAMI
Kita pasti tersenyum membaca tajuk ini.Mungkin ada yang hairan membaca tajuk ini.Aku pun tidak terkecuali turut hairan membaca tajuk ini.Macam mana deodorant boleh mengakibatkan tsunami.Ahh,imposible!Mari kita kaji..(jeng..jeng..jeng..)
Hampir semua deodorant termasuk pewangi di dalamnya menggunakan klorofluorokarbon(CFC). Peti ais, hairspray,cat,etc..menggunakan CFC.Pada umumnya,CFC akan menghasilkan dua reaksi.
Menghasilkan aerosol , iaitu cairan yang berubah menjadi sepasruh gas.Inilah yang kemudiannya dipakai sebagai deodoran ataupun pewangi. Aerosol dapat disembur lebih praktis.Semua orang menjadi senang, kerja pun menjadi lebih mudah.Aerosol pun boleh menyerap suhu.Ertinya ia boleh mengambil panas dari lingkungan lalu mengubahnya menjadi dingin sehingga sesuai jika digunakan dalam peti ais atau air conditioner.Inilah yang dinamakan reaksi penambahan entropi.
Kita likat kesan kimianya.Penggunaan CFC yang berlebihan boelh mengakibatkan terjadinya penipisan ozon dan kebocoran gas.Kita semua mengetahuinya.Satu atom CFC dapat menghancurkan 10.000 molekul ozon.Kebocoran lapisan ozon mengakibatkan sinar ultra violet menerobos ruang angkasa tanpa disaring terlebih dahulu.Jadi,suhu udara menjadi panas dan berlaku pencairan ais di kutub.
Ketika terlepas ke udara,CFC akan mencari tempat yang memiliki gravity yang paling ringan, iaitu di kutub.Kesannya,lapisan ais di kutub akan cair akibat terkena radiasi matahari yang sangat kuat.Cairnya lapisan ais mengakibatkan penambahan kepada air laut.
Di bawah samudera yang terbentang luas,kerak-kerak bumi bertasbih dengan terus berjalan.Mereka mendapat tekanan dari magma yang ada di perut bumi untuk berjalan membentuk plat-plat yang stabil.Dengan adanya peningkatan air,automatic terjadi peningkatan kepada tekanan.Pergerakan plat-plat bumi menjadi lebih laju.Plat laut dan plat benua akan bertemu dengan kelajuan melebihi normal.Terjadinya tempat pertembungan yang kebih dasyat.Akibatnya terjadilah gempa bumi yang dasyat dan menimbulkan kesan tsunami.Disinilah hubungan antara deodorant dengan tsunami di link kan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
