Baru-baru ini ada seorang kawan lah sudah mendirikan rumahtangga..Alhamdulillah..muda-muda lagi dah mendirikan masjid.Kahwin pun merupakan salah satu dari sunnah nabi.Penuh dengan kerkatan.Kalau ahli-ahli agama pula berpendapat kahwin muda ini dapat mengelakkan maksiat.Biasa lah,nafsu muda.Sangat bergelora orang cakap.Tetapi bagi pandangan orang melayu pulak,kahwin muda ini tidak elok kerana hendak menanggung anak orang ini bukannya senang,Semuanya pakai duit sekarang.Disebabkan itu adalah sebilangan pasangan yang kahwin si sempadan kerana mendapat tentangan yang hebat dari keluarga.Apa eh kebaikan dan keburukan kahwin awal ini?
Kebaikan :
1)Mengelakkan maksiat.Maksiat sekarang dah berleluasa.Zini la yang kita takut sekarang.Tetapi orang muda sekarang dah tak heran..
2)Gejala sosial semakin kurang.Dah takde dah kes-kes buang bayi ni sebab apa?sebab lahir dari hubungan yang halal.
3)Menyejukkan hati...hehehe ye ke??orang cakap la..pasangan kita ini boleh menyejukkan hati.Kenapa?Tak tahu lah..kena tanya orang yang lagi berpengalaman...
4)Mematangkan diri..kenapa eh?sebab kita dah kena fikir setiap keperluan pasangan kita.Kiranya automatik mengajar kita menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan keprluan hidup pasangan masing-masing..
5)Meramaikan umat Nabi Muhammad.Oleh itu,kahwin adalah perkara yang sunat kepada umat Nabi Muhammad kerana Baginda berbanggan memilik umat yang ramai.
6)Anak nanti jadi pandai kalau kahwin time study..kenapa?ye lh..mak keja baca buku je..pandailah budak itu nanti .,hehehe,(nie pandangan orang ramai)
Kita tengok keburukan kahwin muda pula..
1)Kes penceraian meningkat.Sebab apa perkara ini berlaku?Kurangnya ilmu mengenai hal-hal kerumahtanggaan..(betul x eh ayat)
2)Darah muda..bila suka excited giler nak kahwin..Tapi bila jumpa yang lain rasa macam menyesal ..lepas tu mula lah ada simpanan dekat luar
3)Ekonomi rumahtangga tidak stabil..hal ini lah yang ditakuti oleh ibu bapa..si lelaki tiada duit untuk sara diri dan isteri.Apatah lagi nak tanggung anak kan?Ini lah sebab utama yang aku rasa sangat tepat.haha
4)Nasib anak-anak tidak terbela..nie lah orang dok cakap..buat pandai tapi nak jaga tak reti.Anak-anak dibiar terbiar.Dapat pula mak ayah yang memang tak tahu tanggungjawab ibu bapa..Lepas tu,kes dera makin menjadi-jadi..esh eshh..
Itu lah pandangan aku keburukan dan kebaikan kahwin muda.Apa-apa pun kalau sudah jodoh kahwin awal nak buat mcm mana kan..terima dan redha..rezeki tu..insya Allah..ada keberkatan dalam hubungan kalau mengamalkan cara hidup berlandaskan Islam..
No comments:
Post a Comment