Monday, January 31, 2011

bihun lada /bihun singapore


Hahaha..
Wow!impresive..hahaha
Kenapa la dengan aku nieyh..
Eksyeli,,,ini pagi aku buat bkfast..
Hahaha..
Menu pagi ini adalah bihun berlada..
Fes time mcm susah sbb b4 nie aku just tengok mak aku buat
Tup2 pagi tadi aku nak kena masak tu..
Tapi xkesah la..
Better try than notting..rite?
And td pun 2x percubaan..
At last..trial with error aku Berjaya..
Heheehe..
Jom kita tengok..
Juz simple n easy

Bihun
Carrot
Lada
Garam
Ayam/daging/sotong (anything yg boleh dcmpak)
Bawang putih

Instruction :
Campak je bawang putih n ayam sekali..
B4 tu masuk minyak dulu n panaskan kuali
Masukkan air after nmpak isi ayam makin nak masak..
Masukkan carrot..
Garam..
Lada..
Biar sampai air mendidih
And last..
Masukkan bihun..

Senang je,,hahaahha =)


Saturday, January 29, 2011

mUsKeTeErS ArOuNd mE

12.45 a.m
teratak indah
hailaaa...
otak tepu..
malas sgt nk wat asignment..
so.
nk menulis..
heee..
about musketeers..
sape eh??
meh cneyh nk perkenalkan..

firstly...my roomate yg terchenta..

name : anis juliani ahmad jamili
hometown : alor setar
birth day : 29 october
perangai die gler2 sgt..haha xlarat nk gelak..
puhlezz..jgn wat lawak selalu..urat gelak ak hampir2 nk putus daa..hahaha
tp satu je yg negative..
LAMBAT !..
mmg xboleyh nk ckp ape dh..
tp hepy la tngok..
sbb anis always hepi in front of other..
rite sis??
hope boleyh kekal smpai bila2 la our relationship nieyh
mn tow..kot2 leyh jd besan 2 org..
hahahaha
heee...


2nd..
nk ckp pasal umi la..
sbb dia la org fes yg ak kawan,
since fes day class
kononya lh..
X _x
hahaha..

name : umi klthsom ahmad
hometown : alor setar
birth day : 11 jun (tua 2 ari je dr aku) ngeh ngeh
perangai dia..childish la cket..
huhuh sori eh..terkutuk..hahaha always je hepy..
kdg2 monyok jugak.. suka sgt mngntoikan diri..xphm ak..haahaha
satu lagi..MANJA !..tu mmg xleyh nk cakap ape dh..
btw..u look sweet now..hahaha hijrah kowt umi skrg..dr gaya biase2 je..skrg..
tip top dh kowt..
hahaha 






3rd..
nk ckp pasal mizah dulu
a.k.a ustazah laa..
heee..
don marah2 eh..

name : nuru hamizah jamil
hometown : alor setar
birth day : 1 sep 
perangai??hurmmm...ape eh?like azie said b4..mizah mmg xkdkot klo nk tolong org..sbb tu ak selalu je ala2 "buli dia"hahaha bukan laa..nk mnje2 je..kita kn skndal..hahahaha hurtmm..mcm keibuan cket..so kt cneyh sapa yg nk cari calon boleh la sbb mizah da bolek masak dh..cukup ciri2.isteri solehah..ahahaha 





last kali nk cite pasal azie laa..
org yg tinggi qenjong..
tp kurus cekding..
hahaha
klo ak jd mcm tu?
hurmmm.
nth laa..
xleyh nk pk..
hahahaha

name : norazida norjimi (nk pnggil nora xbg..tp bg ak xpyh la..ayu sgt) hahahaha
hometown : river farmer a.k.a sungai petani..hehehe clop idea my lecture..huhhu
birth day : 8 nov..
hurm..
sgt la sensitif mk cik nieyh..nth laa.adik dia gler gnas,hahaha
gen sensitif adik dia ,azie sapu abes dh kot..
tu pasal la jd lagu tu.
hahahaha
xbleyh blah...



all musketeers around me are meaningful in my life
they are the medicine when im in trouble..trouble..touble..
ngeh ngeh ngeh,,,

Monday, January 24, 2011

bestfern

tadi terbukak fb orang tu..
ex best fren pada suatu masa dahulu..
dulu selalu je pegi mana sekali..
semua sekali..
sekolah sekali
ngaji sekali..
dekat sekolah dulu.
ada junior nie panggil kami kembar siam..
mana ada dia..
akan ada aku..
mana ada aku..
akan ada dia..

Tapi..
tu just sejarah..
memang diakui..
dia lah bestfren yang pertama aku pernah ada.
kawan perempuan yang aku pernah rapat..
tapi takdir memisahkan kita..
dia pegi cari kawan yang lain.
so..
kiranya..
tinggal aku sorang..
aku pun dah macam serik untuk ada bestfren lagi.
bagi aku sekarang..
biarlah berkawan rapat..
tapi untuk mengakui bestfren payah la,,
sebab aku punya sejarah..
sakit bila tengok kawan yang rapat dengan kita rapat dengan orang lain..
sakit bila kata-kata pernah dia cakapkan dekat kita..
sakit bila mengetahui dia tidak prnah ikhlas untuk berkawan dengan kita
aku time tu ibarat melukut di tepi gantang..
aku rupanya juz jadi tempat persinggahan untuk cari kawan yang baru
juz imagine..
2x pengalaman aku,,
dan aku takkan pernah ulang lagi kesalahan itu..
sebab .
aku tamau lagi benda yang sama..
biarlah berkawan dengan ramai orang..
bestfren?
no more..

ya allah..
tabahkan lh hati ku
berikan aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang
aku tidak kuat untuk menghadapinya
aku insan yang lemah
yang senantiasa memerlukan pertolongan dari Mu
Ya Allah..
Ya Rahman..
Ya Rahim..
aku amat memohon kepadaMu 
kepadaMu aku meluahkan
kepadaMu aku menangis
kepadaMu aku menyerahkan segala-galanya
Engkaulah yang aku perlukan
Ya Allah..

 = (
yang menangisiMu..  

Saturday, January 22, 2011

hepy bezday!

hepy bezday!!semoga panjang umur...
hepy bezday..semoga dimurahkan rezeki dan pnjg umur..
selamat hari jadi!!semoga pnjg umur!!

wow!!

 ape yg aku nak cakap nieyhh..??
entry kali nie juz simple n berkaitan dgn akidah kite...
kay???


 ***************
adalah salah dan berdosa sekiranya kita berkata semoga panjang umur kerana hidup mati kita sudah ditentukan oleh Allah..
Jika kita berbuat begitu,maknanya kita cuba menyangkal apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepada hambanya.
Oleh itu,marilah sama-sama kita mengungkapkan kata
Selamat Hari Lahir...
Semoga Dipendekkan umur..
kay???
renung-renungkan dan selamat beramal..
=)


my inspiration!

thanks for u my frenz..
u re my inspiration..
hehehe
tabahkan hati...
cekal kan hati..
positive ur mind..
never think -ve..
i luv uuu so mucchhhh...
bcoz u make feel better
=)
gotcha!!
but neverminds..
as u said b4..
"walaupun patah hati
still tetap kena hepy
sbb kita kena tunjuk kuat utk org lain"..
i luv this part..
hope ur life better than yesterday
and tomorrow better than today..
May GOD bless u..
my frenzz..

Monday, January 17, 2011

Kahwin muda?

Baru-baru ini ada seorang kawan lah sudah mendirikan rumahtangga..Alhamdulillah..muda-muda lagi dah mendirikan masjid.Kahwin pun merupakan salah satu dari sunnah nabi.Penuh dengan kerkatan.Kalau ahli-ahli  agama pula berpendapat kahwin muda ini dapat mengelakkan maksiat.Biasa lah,nafsu muda.Sangat bergelora orang cakap.Tetapi bagi pandangan orang melayu pulak,kahwin muda ini tidak elok kerana hendak menanggung anak orang ini bukannya senang,Semuanya pakai duit sekarang.Disebabkan itu adalah sebilangan pasangan yang kahwin si sempadan kerana mendapat tentangan yang hebat dari keluarga.Apa eh kebaikan dan keburukan kahwin awal ini?

Kebaikan :

1)Mengelakkan maksiat.Maksiat sekarang dah berleluasa.Zini la yang kita takut sekarang.Tetapi orang muda sekarang dah tak heran..

2)Gejala sosial semakin kurang.Dah takde dah kes-kes buang bayi ni sebab apa?sebab lahir dari hubungan yang halal.

3)Menyejukkan hati...hehehe ye ke??orang cakap la..pasangan kita ini boleh menyejukkan hati.Kenapa?Tak tahu lah..kena tanya orang yang lagi berpengalaman...

4)Mematangkan diri..kenapa eh?sebab kita dah kena fikir setiap keperluan pasangan kita.Kiranya automatik mengajar kita menjadi orang yang bertanggungjawab dalam menguruskan keprluan hidup pasangan masing-masing..

5)Meramaikan umat Nabi Muhammad.Oleh itu,kahwin adalah perkara yang sunat kepada umat Nabi Muhammad kerana Baginda berbanggan memilik umat yang ramai.

6)Anak nanti jadi pandai kalau kahwin time study..kenapa?ye lh..mak keja baca buku je..pandailah budak itu nanti .,hehehe,(nie pandangan orang ramai)

Kita tengok keburukan kahwin muda pula..

1)Kes penceraian meningkat.Sebab apa perkara ini berlaku?Kurangnya ilmu mengenai hal-hal kerumahtanggaan..(betul x eh ayat)

2)Darah muda..bila suka excited giler nak kahwin..Tapi bila jumpa yang lain rasa macam menyesal ..lepas tu mula lah ada simpanan dekat luar

3)Ekonomi rumahtangga tidak stabil..hal ini lah yang ditakuti oleh ibu bapa..si lelaki tiada duit untuk sara diri dan isteri.Apatah lagi nak tanggung anak kan?Ini lah sebab utama yang aku rasa sangat tepat.haha

4)Nasib anak-anak tidak terbela..nie lah orang dok cakap..buat pandai tapi nak jaga tak reti.Anak-anak dibiar terbiar.Dapat pula mak ayah yang memang tak tahu tanggungjawab ibu bapa..Lepas tu,kes dera makin menjadi-jadi..esh eshh..

Itu lah pandangan aku keburukan dan kebaikan kahwin muda.Apa-apa pun kalau sudah jodoh kahwin awal nak buat mcm mana kan..terima dan redha..rezeki tu..insya Allah..ada keberkatan dalam hubungan kalau mengamalkan cara hidup berlandaskan Islam..

MENGAPA HARUS BERPASANG-PASANGAN?

Berpasangan dapat membentuk kesempuranaan.Saling melengkapi antara satu sama lain.Saling meniadakan keburukan pasangan masing-masing.Sifat berpasangan bukan saja terjadi kepada manusia tetapi turut kepada haiwan.tumbuh-tumbuhan dan keadaan di sekeliling kita.Misalnya garam..garam pun berpasang-pasangan jugak eh..jeng.jeng…
Garam ataupun nama saintifiknya natrium chloride (NaCI) adalah penyatuan antara unsur natrium dan chloride.Asalnya kedua-dua unsur ini tidak boleh berdiri sendiri.Mereka boleh bersatu kerana air sebagai perantara.Ketika masih bersendirian,chloride termasuk dalam unsur berbahaya bagi tubuh.Biasanya terbentuk asam (HCL).Demikian pula natrium carbonate walau tidak sebahaya HCL.
Namun ketika natrium dan chloride dipertemukan dengan air,masing-masing melepaskan ikatan dengan berpasangan terdahulu kemudian mereka saling membentuk bersatu membentik Kristal.Jika sebuah ikatan kimia sampai membentuk Kristal,tingkat kesesuaiannya pasti sangat tinggi.Pada awalnya sifat kedua-dua unsur ini membahayakan atau membentuk asam menjadi hilang.Hal demikian sifat-sifat negatifnya saling menutup dan yang terlihat adalah sifat-sifat indahnya,positif.
Jadi konsep pasangan harus meniru garam.Sifat-sifat negative yang tidak menyenangkan boleh menjadi simpul dari ikatan yang mempersatukan untuk kemudian menghasilkan sebuah molekul yang indah serta memancarkan kebaikan.Kelemahan yang ada bukan untuk disesali tetapi dimanfaatkan untuk bersatu
Jadi,mengapa masih ada lagi lelaki berpasangan dengan lelaki manakala perempuan berpasangan dengan perempuan.Apakah ini menidakkan hukum alam yang sememangnya ditetapkan kepada manusia.Aku semakin hairan dengan budaya gay dan lesbian masa sekarnag.’auzubilah himinzalik..Renung-renungkan dan selamat beramal..hehehe =)

Sunday, January 16, 2011

DEODORAN TIMBULKAN TSUNAMI

Kita pasti tersenyum membaca tajuk ini.Mungkin ada yang hairan membaca tajuk ini.Aku pun tidak terkecuali turut hairan membaca tajuk ini.Macam mana deodorant boleh mengakibatkan tsunami.Ahh,imposible!Mari kita kaji..(jeng..jeng..jeng..)
Hampir semua deodorant termasuk pewangi di dalamnya menggunakan klorofluorokarbon(CFC). Peti ais, hairspray,cat,etc..menggunakan CFC.Pada umumnya,CFC akan menghasilkan dua reaksi.
Menghasilkan aerosol , iaitu cairan yang berubah menjadi sepasruh gas.Inilah yang kemudiannya dipakai sebagai deodoran ataupun pewangi. Aerosol dapat disembur lebih praktis.Semua orang menjadi senang, kerja pun menjadi lebih mudah.Aerosol pun boleh menyerap suhu.Ertinya ia boleh mengambil panas dari lingkungan lalu mengubahnya menjadi dingin sehingga sesuai jika digunakan dalam peti ais atau air conditioner.Inilah yang dinamakan reaksi penambahan entropi.
Kita likat kesan kimianya.Penggunaan CFC yang berlebihan boelh mengakibatkan terjadinya penipisan ozon dan kebocoran gas.Kita semua mengetahuinya.Satu atom CFC dapat menghancurkan 10.000 molekul ozon.Kebocoran lapisan ozon mengakibatkan sinar ultra violet menerobos ruang angkasa tanpa disaring terlebih dahulu.Jadi,suhu udara menjadi panas dan berlaku pencairan ais di kutub.
Ketika terlepas ke udara,CFC akan mencari tempat yang memiliki gravity yang paling ringan, iaitu di kutub.Kesannya,lapisan ais di kutub akan cair akibat terkena radiasi matahari yang sangat kuat.Cairnya lapisan ais mengakibatkan penambahan kepada air laut.
Di bawah samudera yang terbentang luas,kerak-kerak bumi bertasbih dengan terus berjalan.Mereka mendapat tekanan dari magma yang ada di perut bumi untuk berjalan membentuk plat-plat yang stabil.Dengan adanya peningkatan air,automatic terjadi peningkatan kepada tekanan.Pergerakan plat-plat bumi menjadi lebih laju.Plat laut dan plat benua akan bertemu dengan kelajuan melebihi normal.Terjadinya tempat pertembungan yang kebih dasyat.Akibatnya terjadilah gempa bumi yang dasyat dan menimbulkan kesan tsunami.Disinilah hubungan antara deodorant dengan tsunami di link kan.

tarikh lahir Dr.Fadzilah Kamsah

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada. Contoh: 12 April 1974, 12 + 4 + 1974 = 1990, 1 + 9 + 9 + 0 = 19,

 1 + 9 = 10, 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) Keterangan nombor lahir.. 

1. Ketulenan Hadir dengan idea baru.Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik.Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynonal Judd Nancy, Reagan, Requel Welach
2. Pendamai Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
3. Ceria Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster
4. Konsevatif Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar,tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan
5. Perintis Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm) . Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.
6. Romantik Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn
7. Intelektual Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana
8. Penyelesaian Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Mohd Anuar Jaafar Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin,Nostrodamu s.
9. Pelakon Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah.Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley
*aku number 4..hehehe suka!suka !

Lelaki-lelaki yang ditarik ke dalam neraka


Pertama:- Ayahnya

a) Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak
    perempuannya di dunia.

b) Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,
    mengaji dan sebagainya. 

c) Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.....

d) Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja 
    maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- Suaminya

a) Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. 

b) Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
    untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam-
    kan diri......walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa
    tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.



Ketiga:- Abang-abangnya

a) Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh
    kepada abang-abangnya pula. .... jikalau mereka hanya mementing keluarganya
    sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ....tunggulah
    tarikan adiknya di akhirat.



Keempat:- Anak Lelakinya

a) Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang
    haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di
    akhirat kelak....... nantikan tarikan ibunya. 

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah
di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah /
suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap

Ayuh kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik
dan tertarik.