Sunday, May 27, 2018

Ramadhan yang hm hm hm

Assalamualaikum. Hi korang!

Harini officially 12 Ramadhan and alhamdulillah Nad berjaya puasa untuk kebanyakan hari *taknak bagitau dh tinggal berpa hari puasa :P *

Kenapa Nad kata Ramadhan kalini Ramadhan yang malas?

Sebab Nad rasa malas sangaaaaaaaat nak buat apa-apa. Rasa nak tido saja. Badan pun lemau lain macam. Asal nak masak untuk berbuka, Nad suruh suami Nad picitkan belakang Nad. Ibarat salur energy thru urutan gitewwwww. Tak pun masak kejap pastu g baring. Pastu bangun, sambung masak lagi sekali. Hiks!

Dalam hati berkobar-kobar nak buat kueh raya yang macam-macam. Dah beli barang apa semua, terus malas naaauuu nak buat.

Ingat bulan puasa ni boleh la banyakkan membaca. Baca Al Quran especially dan buku. Tapi Ya Allahhh. Tak tau la apa benda yang merasuk badan yang boleh jadi malas cenggitu. Someone? Ada ke yang jadi lemau macam ni?

Ni memikir nak kemas rumah pulak sebab Nad mungkin akan raya dekat rumah dulu lepas tu baru balik kampung. Aallahuuu naik segan ranyanya. nak kemas semua. Dengan nak menjahit langsir lagi. Langsir bahagian depan dan bilik Nad dah buat dah. Tinggal bilik belakang dan bilik tengah. Nak2 mertua Nad akan raya sekali kalini dkt rumah Nad. So kena letak laaaa langsir dekat semua tempat kan.

Doakan laaa Nad jadi serajin-rajin manusia dalam tempoh Ramadhan dan hari-hari yang akan datang nanti ni okay!

Btw, Nad nak iklankan something dekat korang. Since haritu Nad ada buat review untuk buku Teme kan. So if ada yang nak grab buku Teme (both buku atau salah satu), feel free untuk singgah di ig buku Nad okay

Ig Nad biasa-biasa je. Follower pun tak ramai. Hiks!


Untuk nak memudahkan korang, Nad upload poster buku Teme 


Okay korangggg. Selamat berpuasa ya! 




27052018|12Ramadhan|Sun

Tuesday, May 15, 2018

ROAD TO RAMADHAN

Assalamualaikum and hai korang!

Sedar dan tak sedar, lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadan Karem. Maka berderu-deru la post mengenai bayaran fidyah dekat facebook. Betul tak? :P

Nad alhamdulillah. Dah setel hujung bulan empat haritu :D

Utk bulan May ni sahaja, bukan setakat kita akan menyambut Ramadan saja. Bahkan negara kita baru je jalankan general election. Nad dh mengundi kali kedua. Memang good citizen la Nad ni. Excited lain macam kalau nk mengundi

Tapi nak dijadikan cerita, sepatutnya Nad dan suami nak balik mengundi tapi tiba-tiba je husband Nad kena standby dari pukul 4 ptg sampai 12 tgh mlm malam sebelum mengundi tu. Biasalah kan dulu kan ada kes dewan mengundi blackout. so terpaksa la dia standby atas arahan bos.

Tapi bila memikirkan utk jadi good citizen kan, Nad dgn husband decided utk balik jugak selepas husband habis kerja. Apa lagi, memang berjaga malam laaa kami dua malam tu. Husband habis keje pukul 12, Nad memang make sure kan ktorg gerak before pukul 1 pagi. Sempat la jugak tapau MCD kan. Biasalaaaaaa, berjaga malam ni lapar dia lain mcm sikit :P

Gila lah rakyat Malaysia. Balik mengundi mcm balik raya. HAHAHAHA Sumpah weiii , jalan jam nak mati. Nasib ada yg cuti awal, so ada yang dh balik. Tinggal yang terpaksa kerja sehari sebelum mengundi ni je laaa kan.

Tak sure nak kata happy ke atau sedih ke kan. Sebab sejarah Malaysia automatik akan barubah dan bertukar pentadbiran.

First adalah kerajaan Barisan Nasional tumbang selepas 61 tahun memerintah. Keduanya pembankang memenangi dan akan menjadi pentadbir negara yang baru. Yang happy nya adalah Tun Dr Mahathir akan mentadbir negara kita semula! Allah , terus mengimbau zaman Nad masa kecik-kecik dulu. Masa tu sekolah rendah lagi. And lagi satu sebab Tun tu orang Kedah. Sapa tak suka orang negeri sendiri jadi pemerintah. Ehhhhh *tiada sebab politik okay. just sokong ikut pendapat masing-masing*


So alang-alang Malaysia dah dapat pentadbir yang baru, kita kena tukar jadi rakyat Malaysia yang baru lah . Jom ubah! :D

Alang-alang dh tulis post ni kan. Nad ucapakan happy fasting uolss!Semoga beroleh ganjaran yang banyaaaaaakkkk dalam bulan Ramadan Karem ni.

Happy Fasting!


Tuesday, May 1, 2018

Review buku IMPIAN JALANAN


Assalamualaikum

Harini Nad nak share sedikit review mengenai buku yang Nad sudah baca. Actaully ni buku kedua Nad baca untuk tahun 2018 ni. Allahuu. Malu rasanya nak sebut berapa jumlah buku yang Nad baru baca kan. Dah masuk bulan Mei tetapi baru beberapa buah yang baca. Sebenarnya untuk tahun 2018 ni, Nad target untuk baca 14 buah buku. Tahun lepas cuma dapat 10 buah buku sahaja padahal target nak baca sebuah untuk sebulan.. Tapi tak sempat. Huhuhuhuhu

Okay, berbalik semula kepada review yang Nad nak buat ni. 

Buku Impian Jalanan ni Nad dapatkan di PBAKL 2018 haritu. Inipun mak mertua Nad yang belikan sebab dorang pergi beli buku untuk adik ipar Nad, so Nad kirim sekali. So dapatlah yang first cetakan. hihihihihihi

Korang dah baca buku Teme yang sebelum ni ke? Pelukis Jalanan dengan Arkitek Jalanan? 

Kalau belum baca, kena baca buku ini dahulu tau! Sangat worth it untuk baca. Nak hadiahkan utk adik-adik kita pun sangat sesuai sebab buku hasil karya Teme ni banyak cerita pasal inspirasi. Tak lain dan tak bukan adalah Teme itu sendiri. 

Buku Impian Jalanan kalini diambik oleh Iskandar atau nama cute adalah Ikiy! Cute nameteeyyyy nama Ikiy tu. Hahaha dah takde nama Teme dalam buku ni sebab Teme suruh panggil dia dengan nama Ikiy. Hihihihi 

Cerita Ikiy ni bermula dari darjah satu. Seorang yang bermasaalah dalam belajar kerana menghadapi kesukaran membaca. Masih menggunakan flash card sebagai buku rujukan. Seorang yang gagap tetapi tersangat laaaaa suka melukis. Mampu melukis tanpa perlu melikat imej lukisan tersebut. Akhir sekali, boleh buat duit la senang cerita semasa di sekolah rendah dulu. 

Ikiy berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna dan mewakili sekolah ke peringkat daerah. 3 tahun percubaan mewakili sekolah akhiranya menang tempat pertama di hujungnya selepas hasil usaha yang gigih. 

Punya cita-cita yang tinggi iaitu ingin menjadi seorang arkitek cum pelukis. Bsar bukan cita-cita tersebut utk kanak-kanak yang baru bersekolah rendah. 

Usia makin manganjak. Kejayaan makin dicapai tetapi kegembiraan dihati tidak ada? Sentiasa memikirkan kenapa diri ini masih tidak bahagia. Kenapa perkara itu terjadi. 

Pendekatan yang Ikiy ambik adalah dengan tidak mencintakan harta dunia sebaliknya dikongsi bersama dengan orang yang memerlukan. Berbelanja di jalan Allah. Membuat kebaikan dan saling membantu orang yang susah. Terus rasa bahagia. 

Makin menginjak usia. Maka matang lah perasaan di dalam diri. #tilljannah kononya tapi akhirnya dikecewakan di separuh jalan. Benar. Jodoh itu rahsia Tuhan. 


Allahu, rasa puitis sangat Nad tulis HAHAHAHAHA tapi sedih gilaaaaaa. Part dia kecewa dan patah hati. Bawak diri merantau. Hmm 

Korang wajib baca okay buku teme ni . sebab tak akan menghampakan korang lansung. Mak merta Nad sendiri pun suka dengan buku Teme ni. sebab tu p beli . sanggup redah orang ramai masa weekend haritu. 

Kalau dah baca, feel free untuk komen dekat Nad okay.

Much of love!