Assalamualaikum
Harini Nad nak share sedikit review mengenai buku yang Nad sudah baca. Actaully ni buku kedua Nad baca untuk tahun 2018 ni. Allahuu. Malu rasanya nak sebut berapa jumlah buku yang Nad baru baca kan. Dah masuk bulan Mei tetapi baru beberapa buah yang baca. Sebenarnya untuk tahun 2018 ni, Nad target untuk baca 14 buah buku. Tahun lepas cuma dapat 10 buah buku sahaja padahal target nak baca sebuah untuk sebulan.. Tapi tak sempat. Huhuhuhuhu
Okay, berbalik semula kepada review yang Nad nak buat ni.
Buku Impian Jalanan ni Nad dapatkan di PBAKL 2018 haritu. Inipun mak mertua Nad yang belikan sebab dorang pergi beli buku untuk adik ipar Nad, so Nad kirim sekali. So dapatlah yang first cetakan. hihihihihihi
Korang dah baca buku Teme yang sebelum ni ke? Pelukis Jalanan dengan Arkitek Jalanan?
Kalau belum baca, kena baca buku ini dahulu tau! Sangat worth it untuk baca. Nak hadiahkan utk adik-adik kita pun sangat sesuai sebab buku hasil karya Teme ni banyak cerita pasal inspirasi. Tak lain dan tak bukan adalah Teme itu sendiri.
Buku Impian Jalanan kalini diambik oleh Iskandar atau nama cute adalah Ikiy! Cute nameteeyyyy nama Ikiy tu. Hahaha dah takde nama Teme dalam buku ni sebab Teme suruh panggil dia dengan nama Ikiy. Hihihihi
Cerita Ikiy ni bermula dari darjah satu. Seorang yang bermasaalah dalam belajar kerana menghadapi kesukaran membaca. Masih menggunakan flash card sebagai buku rujukan. Seorang yang gagap tetapi tersangat laaaaa suka melukis. Mampu melukis tanpa perlu melikat imej lukisan tersebut. Akhir sekali, boleh buat duit la senang cerita semasa di sekolah rendah dulu.
Ikiy berjaya mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna dan mewakili sekolah ke peringkat daerah. 3 tahun percubaan mewakili sekolah akhiranya menang tempat pertama di hujungnya selepas hasil usaha yang gigih.
Punya cita-cita yang tinggi iaitu ingin menjadi seorang arkitek cum pelukis. Bsar bukan cita-cita tersebut utk kanak-kanak yang baru bersekolah rendah.
Usia makin manganjak. Kejayaan makin dicapai tetapi kegembiraan dihati tidak ada? Sentiasa memikirkan kenapa diri ini masih tidak bahagia. Kenapa perkara itu terjadi.
Pendekatan yang Ikiy ambik adalah dengan tidak mencintakan harta dunia sebaliknya dikongsi bersama dengan orang yang memerlukan. Berbelanja di jalan Allah. Membuat kebaikan dan saling membantu orang yang susah. Terus rasa bahagia.
Makin menginjak usia. Maka matang lah perasaan di dalam diri. #tilljannah kononya tapi akhirnya dikecewakan di separuh jalan. Benar. Jodoh itu rahsia Tuhan.
Allahu, rasa puitis sangat Nad tulis HAHAHAHAHA tapi sedih gilaaaaaa. Part dia kecewa dan patah hati. Bawak diri merantau. Hmm
Korang wajib baca okay buku teme ni . sebab tak akan menghampakan korang lansung. Mak merta Nad sendiri pun suka dengan buku Teme ni. sebab tu p beli . sanggup redah orang ramai masa weekend haritu.
Kalau dah baca, feel free untuk komen dekat Nad okay.
Much of love!
No comments:
Post a Comment