Tuesday, May 15, 2018

ROAD TO RAMADHAN

Assalamualaikum and hai korang!

Sedar dan tak sedar, lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Ramadan Karem. Maka berderu-deru la post mengenai bayaran fidyah dekat facebook. Betul tak? :P

Nad alhamdulillah. Dah setel hujung bulan empat haritu :D

Utk bulan May ni sahaja, bukan setakat kita akan menyambut Ramadan saja. Bahkan negara kita baru je jalankan general election. Nad dh mengundi kali kedua. Memang good citizen la Nad ni. Excited lain macam kalau nk mengundi

Tapi nak dijadikan cerita, sepatutnya Nad dan suami nak balik mengundi tapi tiba-tiba je husband Nad kena standby dari pukul 4 ptg sampai 12 tgh mlm malam sebelum mengundi tu. Biasalah kan dulu kan ada kes dewan mengundi blackout. so terpaksa la dia standby atas arahan bos.

Tapi bila memikirkan utk jadi good citizen kan, Nad dgn husband decided utk balik jugak selepas husband habis kerja. Apa lagi, memang berjaga malam laaa kami dua malam tu. Husband habis keje pukul 12, Nad memang make sure kan ktorg gerak before pukul 1 pagi. Sempat la jugak tapau MCD kan. Biasalaaaaaa, berjaga malam ni lapar dia lain mcm sikit :P

Gila lah rakyat Malaysia. Balik mengundi mcm balik raya. HAHAHAHA Sumpah weiii , jalan jam nak mati. Nasib ada yg cuti awal, so ada yang dh balik. Tinggal yang terpaksa kerja sehari sebelum mengundi ni je laaa kan.

Tak sure nak kata happy ke atau sedih ke kan. Sebab sejarah Malaysia automatik akan barubah dan bertukar pentadbiran.

First adalah kerajaan Barisan Nasional tumbang selepas 61 tahun memerintah. Keduanya pembankang memenangi dan akan menjadi pentadbir negara yang baru. Yang happy nya adalah Tun Dr Mahathir akan mentadbir negara kita semula! Allah , terus mengimbau zaman Nad masa kecik-kecik dulu. Masa tu sekolah rendah lagi. And lagi satu sebab Tun tu orang Kedah. Sapa tak suka orang negeri sendiri jadi pemerintah. Ehhhhh *tiada sebab politik okay. just sokong ikut pendapat masing-masing*


So alang-alang Malaysia dah dapat pentadbir yang baru, kita kena tukar jadi rakyat Malaysia yang baru lah . Jom ubah! :D

Alang-alang dh tulis post ni kan. Nad ucapakan happy fasting uolss!Semoga beroleh ganjaran yang banyaaaaaakkkk dalam bulan Ramadan Karem ni.

Happy Fasting!


1 comment:

Sophia said...
This comment has been removed by a blog administrator.