Thursday, April 25, 2019

Acid Folic & Obimin

Assalamualaikum 

~ ~ 

Hi korang ❤

Basically Nad dan suami sekarang tengah search untuk vitamin yang perlu kami consume after kejadian miscariage Nad haritu. Baca SINI untuk kejadian miscarriage  haritu eh. 

Kitorang setakat ni keluar masuk Guardian and Watson and beberapa farmasi untuk survey harga la kan since ktorag decide untuk consume Acid Folic, DHA dan supplement tambahan sama-sama. Bukan Nad sorg je tau akan consume. Suami Nad pun akan makan sekali. So sama-sama sihat gitew! 


🔅 OBIMIN PLUZ

Sebenarnya Obimin Pluz ni Dr Mastura yang suggest dekat Nad untuk makan last year bila Nad miscarriage untuk first time tu. Tapi Nad tak makan pun sbb masa tu malas nak ceburkan diri untuk makan makanan tambahan ni. Bongkak kan time tu 😒

Harini Nad beli after jumpa dekat farmasi. Kalini Nad dan suami tak kisah untuk nak spend duit ke arah supplement since ktorang memang dah decide untuk nak TTC after three months akan datang ni. So kena prepare body semua siap-siap. Cuma yang ni Nad makan sorg-sorg lah kan sbb Obimin ni untuk ibu hamil *sebelum dan selepas hamil*

Harga dia dalam RM79.30 dan ada 30 capsules. So cukup la untuk sebulan, Dalam ni pun ada acid folic jugak. Dalam 400mcg. 

Dia mcm makanan tambahan utk selepas hamil. Ada mineral dan minyak ikan. Minyak ikan dia dalam 500mcg gitu. Kira banyak la kan. Untuk yang gugur pun boleh makan. Untuk kembali kan nutrisi yang hilang dalam badan. Yang ni based apa yang Dr. Mastura tu yang bagitau dekat Nad la kan. 

🔅FOLIC ACID

Folic acid ni Nad beli murah je korang. Ada 100 tablet harga dalam RM8 gitu. Share dengan husband akan dapat sorg 50 biji. 

Ada brand lain macam Appeton semua tu kan tapi quite mahal sbb Nad nak beli supplement lain lagi nanti. Dalam Appeton tu sendiri ada mineral lain dengan Acid Folic. Thats why kot harga dia mahal sikit. 

Acid folic yang Nad beli ni dalam 500mcg. Untuk nak pregnant atau time pregnant, memang doc sarankan untuk consume yang 500 mcg tu.. Tapi ada Nad baca untuk pregnant, kena consume acid folic dalam 400-600mcg gitu. Let say kalau korang overdose pun, benda ni akan larut dan akan keluar melalui air kencing. Maknanya kena consume hari-hari la tapi jangan pulak korang bagi overdose okay. Bagi cukup-cukup je, 

Laki korang pun boleh consume tau. Acid folic ni bukan bagi kesuburan dalam badan pun cuma dia akan hasilkan darah merah yang baru dalam badan. Macam perempuan, sangat la digalakkan sbb kita kan period every month , Kira macam renew darah kita yang sudah keluar la tu kan. 

Untuk lelaki , acid folic ni boleh membantu untuk hasilkan sperma yang kuat. Kalau ada yang sperma tak berkualiti tu, boleh la makan. Sperma yang tak berkualiti pun boleh menyebabkan keguguran. Yang ni doctor kepada kawan husband Nad yang cerita dan dia yang suggestkan memandangkan dorang pun sudah 2x miscarriage. 

Macam Nad, Nad plan untuk habiskan Obimin dulu since dah ada acid folic dalam tu, Lepas dh habis tu, boleh makan acid folic shj dengan supplement yang lain mcm Fish Oil dan multivitamins. Dalam multivitamins tu masih ada acid folic tp tak banyak.Dalam 100mcg kalau tak silap Nad tengok. Kalau total up pun masih dalam range intake yang dibenarkan. Kena study lagi bab tu. 

Sebab tu nak consume supplement ni kena hati-hati takut nanti overdose. Semua nak consume padahal dalam setiap supplement tu dah ada sikit-sikit mineral yang diperlukan dalam badan kan. Takut nanti buah pinggang kita kena kerja teruk pulak. 

Okay korang. Nanti kalau Nad beli supplement yang lain, Nad update sini ye 💕

Lots of love! 






1 comment:

Unknown said...

New obimin boleh ke makan sebelum hamil? Ke boleh, sama mcm obimin plus?