Saturday, April 13, 2019

KEGUGURAN KALI KEDUAšŸŽ‰

Assalamualaikum 

~ ~

Entry ini ditulis dalam situasi Nad sedang berpantang :D 

Ceritanya Nad mengalami keguguran untuk kali ke dua nya selepas tahu Nad pregnant 6 weeks. First tanda-tanda Nad pregnant adalah Nad mengalami astma yang kerap. Asal tido malam je, mesti asthma. So Nad dh jadi suspicious tau pada diri sendiri sbb last year before tau Nad pregnant, Nad memang akan kerap asthma especially waktu malam. Nak check pun, belum sampai due period lagi . After 5 hari lewat, baru Nad test and alhamdulillah Nad memang mengandung ^_^

Nad pegi check up dekat doctor selepas Nad mengalami pendarahan selepas travel balik dari Ipoh ; balik rumah mertua. Before ni Nad sudah pergi ke klinik tapi doktor taknak scan so Nad sendiri tak tau Nad week berapa sekarang. Doktor kata baby masih kecik and susah untuk nak nampak. Tapi sbb ada pendarahan, Nad gagah jugak pergi check dkt klinik. Waktu tu doktor cakap Nad sudah week 6 tapi yang sedihnya baby saiz week 5. Time tu dh mula risau tapi sedapkan hati maybe sebab baby ni kecik kot. Doktor bagi ubat kuat rahim (DUPHASTON) and makan untuk 3x sehari memandangkan Nad tengah bleeding and pernah history keguguran. Doktor consider Nad sebagai threatened miscariage time tu.  

Darah stop after consume ubat selama 5 hari and lagi sekali bleeding selepas 4 hari ubat habis. Nad g check lagi sekali and doktor scan baby masih week 5 and Nad supposed week 8 dah time tu. Doktor buat referrer letter untuk rujuk ke pakar. Menurut doktor yang scan Nad tu , dia assume baby dah stop pembesaran and nothing can do anymore and kemungkinan tu mungkin akan silap. Sebab tu dia tulis surat and mintak Nad refer pada pakar untuk confirmkan. 

So Nad decided untuk ke KPJ Shah Alam memandangkan Nad personally kenal doktor Mastura since dia yang treat Nad masa Nad miscarriage last time. Nad jumpa dia hari yang sama jugak and dia confirmakn yang baby Nad dah kabur and saiz tumbesaran tak seperti yang sepatutnya, 

Doktor Mastura syak Nad ada masalah ada hormon sbb hormon inbalance pun boleh mengakibatkan recurrent miscariage and kebetulan Nad pun conceived selepas Nad turun beberapa kilos.  Maybe Nad akan buat treatment if betul Nad ada masalah hormon inbalance. 

Nak dijadikan cerita, Doktor Mastura bagi masa 2 weeks untuk Nad gugur naturally before dia buat anything untuk buang janin yang tak jadi ni. 

4 March 2019 - 

Nad ada tanda-tanda turun darah yang banyak. Before ni just spotting sahaja and Nad masih solat time tu. Kebetulan Nad puasa masatu . Dalam pukul 6.30 ptg macamtu, darah banyak lebih dari selalu. Sakit perut start rasa dari tgh hari tapi Nad tak layan sbb sakit yang light-light je. 

So Nad dan suami yang buat delivery makanan sahaja untuk berbuka puasa memandangkan suami Nad tak berani nak tinggalkan Nad sorg-sorg dekat rumah and nak masak pun, memang tak larat dah . 

Elok je lepas maghrib macam tu , Nad dah rasa sakit perut tapi masih boleh tahan. Perut keep sakit dekat-dekat tengah malam.darah keep keluar tapi takde ketulan yang besar-besar. Sebiji macam period.. Suami Nad dah selamat dah tido. 

Dalam pukul 2 pagi macam tu, Nad kejut suami sebab Nad sakit sangat-sangat and kitorang decided untuk ke emergency. Pukul 3.30 pagi kitaorang sampai hospital and Nad masuk dalam emergency. Macam biasa, kena inject and masuk air sbb temperature Nad tinggi and nurse masukkan ubat tahan sakit, Terus hilang rasa sakit and rasa tak keruan time tu. Baring salah, duduk salah and semua dalam keaadan salah. Siap pujuk suami ajak balik sebab Nad dah tak rasa sakit *padahal effect ubat* :P 

Nad officially masuk ward dalam pukul 5 pagi macam tu

5 March 2019

Pagi tu, Doktor Mastura datang check Nad memandangkan Nad mintak doktor Mastura kan. Ketulan masih tak keluar and darah pun tak banyak yang keluar. So Doktor scan dekat bawah and baby dah ada dkt pintu rahim . Nad mintak doktor masukkan ubat dekat bahagian bawah dulu  and tengok sama ada akan keluar atau tak . Sampai ke petang Nad tunggu and doktor pun dah round ward untuk kali kedua pun masih dalam condition yang sama. Doktor cakap bagi masa dulu. 

6 March 2019

Pagi tu doktor masuk dengan 2 orang nurse and bawak segala kelengkapan. scapel, muncung itik and semua mak nenek dia. Terus doktor check and  dah jadi infection pun sebab terlampau lama baby tu duduk dekat bahagian pangkal rahim. Sakit gila time tu sebab kena jolok dengan scapel and doktor dapat keluarkan separuh dari darah beku yang block pintu rahim.  Doktor mintak untuk jolok lagi dalam tapi Nad dh tak boleh dah sebab sakit sangat-sangat. So doktor kata dia akan bagi ubat kecut rahim dan ubat kemam. Time ni penderitaan bermula. Sakit sangat-sangat lepas kena inject ubat kecut rahim. Sakit yang ya amat waktu tu. Tak boleh nak describe sakit dia *mungkin macam tu kot sakit beranak . HAHA*  Mengalir air mata and suami keep say sorry sbb Nad kena lalui semua ni. Lama jugak Nad sakit even nurse dah inject ubat tahan sakit pun. Lepas tu doktor bagi ubat kemam. 4 biji kot kena kemam untuk keluarkan sebahagian janin dan darah yang blocking dekat pintu rahim.

Sampai ke tengah malam Nad tunggu untuk half janin and darah ketul keluar. Takde okayy! Risau sangat-sangat memikirkan esok kalau tak keluar , doktor akan seluk lagi sekali. Ngeri ya amat!

Untuk haritu, memang Nad tak duduk sangat atas katil. Banyak berjalan. Jalan pun hentak kaki sikit-sikit. Siap pakej jalan itik lagi sambil berdoa. Please keluar :(


7 March 2019

Tepat pukul 10 pagi doktor sampai dengan alat scan dia. alat- alat doktor. scapel muncung itik bla bla bla. Doktor scan untuk check dinding rahim masih tebal ke mcm mana. If tebal, Nad mungkin kena buat D&C memandangkan dah jadi infection. Kena keluarkan by hook or by crook.

Alhamdulillah dinding rahim Nad nipis sangat and doktor kata tak berbaloi untuk buat D&C. Setakat seminit sbb terlalu sedikit. So doktor kata kita buat kena cari konservatif. Agak-agak korang apa diaaaa?

Mesti lah kena pakai scapel untuk seluk dalam . Senak ya amat sbb doktor nak go deeper gitu kan. Nad memang dh pegang tepi katil ready macam orang nak push Nurse duduk sebelah ajar suruh bernafas untuk kurang kan rasa sakit. Tapi sakit kalini kurang sikit sbb doktor pakai scapel yang kecik. muncung itik pun saiz kecik sikit compare to hari semalam tu kan. Alhamdulillah things are going well.

Nad boleh discharge hari tu jugak .Yeahh!

-------------

Rupanya it is common untuk miscarriage sekiranya pregnant and miscarriage untuk pertama kedua ketiga tu sangat laaa perkara common yang akan terjadi. Macam Nad keberangkalian untuk pregnant di masa akan datang adalah 80% memandangkan sudah 2x gugur. Setiap keguguran yang berlaku akan mengurangkan 10% untuk mengandung di masa hadapan. Scary kan statement tu? Tapi itulah yang Doktor cakap. Hm hm

Mengenangkan kesakitan yang di tanggung ketika miscarriage tu . Allah je lah yang tahu. Berpeluh kaki tangan sejuk. Semua  ada laaa.

Untuk masa sekarang ni, doktor nasihatkan untuk jarakan atau plan untuk pregnant semula selepas 3x period. Dalam masa yang sama consume acid folid dan DHA (minyak ikan). Harap-harap next pregnancy nanti selamat semuanya and berjaya :)

Semoga apa yang disampaikan oleh Nad korang boleh ambik sebagai input dan doa kan Nad dan suami dapat menjadi parent secepat yang mungkin. Ameen ameen ameen


p/s : Mengenai solat, korang masih perlu solat sekiranya janin tak keluar lagi tau even darah sudah ada. Make sure setiap kali nak solat, bersihkan diri dan salin pad yang baru. Means 5x sehari korang perlu salin if nak solat. Quite penat dan renyah sebab kena banyak kali kena salin tapi dah tuntuan agama kan.



Lots of love :*) 

   

No comments: