Thursday, April 25, 2019

Goodreads acc

Assalamualaikum 
~ ~


Hai korang ❤

Bagi yang ada account Goodreads tu, meh follow Nad rapat-rapat. Just taip "Nadia" and then you will find meeeee 😁


Setakat rekod ni, Nad dah baca buku sebanyak 13 buah buku and menariknya korang boleh rekod setiap buku yang korang baca dalam Goodreads ni. 

Korang boleh buat challenge dalam ni. Challenge dia of course la berapa banyak buku yang korang boleh baca dalam tempoh setahun. Tengok dalam gambar. Tu rekod Nad untuk setakat entry ini ditulis. Nad ada dalam 5 buah buku yang Nad on the way baca ni. Tamak gila kan. Sekali baca 5 buah buku terus! 😂

Tetiba jalan-jalan dan masuk Popular ke MPH ke SMO ke kan. Nampak satu buku ni macam best sebab cover buku dia macam WOW! sekali. Sekali beli and baca, Tak best. Pernah jadi tak? Sebabnya cover dia cantik sangat and hakikat nya korang , betul kata orang. Dont judge a book by its cover.  So sebelum menyesal daripada beli buku yang ingatkan best tapi tak best tu, Nad ada tips untuk korang. 🤷‍♂️

Tips kalau korang nak beli buku and taktau buku yang bakal korang beli tu best ke tidak. Korang boleh refer dekat Goodreads ni.. Just taip tajuk buku atau scan code bar dekat bahagian belakang buku tu kan. Nanti akan keluar tajuk buku yang korang nak. Lepas tu korang klik je dekat buku tu. Nanti akan keluar review buku yang korang pilih tu. 

Contoh macam yang Nad tunjuk dekat bawah ni eh. 

Buku Empayar 2 : Hikayat Mukjizat Daripada Iblis hasil tulisan Teme Abdullah

Korang just search tajuk buku ni and then akan keluar banyyaaaaakkkkk review mengenai buku tu. Bergantung pada yang korang pilih la. Kalau buku tu famous, ramai orang baca then banyak la review dia. 

Tapi ada kadang-kadang buku famous tapi review tak banyak. But still tetap ada bukan. Cuba korang scroll ke bawah. Ada review yang orang dah tulis kan, 



Haa so apa lagi. Dapatkan lah buku Teme ni *done meracun* kalau korang cuba nak baca. Lepas tu korang boleh update dekat Goodreads. Before tu, make sure register semua dulu. At first, agak confusing nak pakai app Goodreads ni. Hanya manikam je yang terror nak pakai. Suami Nad kadang-kadang stress juga sbb kadang-kadang update buku yang dia baca tapi tak terupadate 😂

So everything must be try and error. Lama-lama nanti korang akan terus suka Goodreads ni sbb dalam banyak-banyak apps untuk peminat buku. Yang ni laa yang paling senang and tak de iklan setakat ini .Ehh 😅 iklan banyak pun kadang-kadang stress jugak kan. Korang boleh follow writer yang korang minat jugak. Itu pun kalau ada laaa. Macam Teme Abdullah ni ada Goodreads. And dia siap promote lagi dekat fans dia. Nad la salah sorang and terus follow rapat-rapat 😁

Okay korang. Sehingga berjumpa lagi . 


----

Lots of love! 💕



No comments: