Followers

Thursday, March 1, 2018

Beli Online di Guardian

Assalamualaikum

***

Siapa yang pernah shopping online dekat Guardian? Honestly Nad tak pernah tau pun boleh shopping online sampai lah ada promosi 50% diskaun sempena Chinese New Year (CNY) aritu. Tu pun sebab mertua tak bagi keluar rumah. So terpaksa la try another method utk nak grab promotion tu :D :D

Korang boleh check it out dekat sini okay untuk pembelian https://guardian.com.my/



Korang just perlu sign up  sama ada melalui email atau facebook


Once dh register, korang entitle untuk mendapat e voucher RM18.00 . Tetapi RM18 ini utk sekali guna je tau. Macam Nad, Nad guna waktu memula beli haritu. So Nad dapat 50% diskaun plus rebate Rm18.00. Memang shopping sakan la wehh


So lepas shopping apa semua, boleh trace barang korang sudah dalam proses apa. Macam Nad shopping aritu, dia mula dengan Picking ,Processing & Delivery

So Nad punya parcel baru sampai tadi. Lama sikit since CNY aritu kan sebab Guardian email kata dorang ada lambakkan order. So parcel Nad akan lambat sikit. Courier pakai Gdex. Boleh pulak menyembang dengan abg gdex tu. Hahaha Bawah panas-panas terik kan 


Bila pegang tu, "Eh asal kecik je parcel. bukan beli banyak keeee? hahahaha


Kemas kan dorang balut. Memang selamat punya lah even korang beli barang kaca pun. Sebab Nad pun ada shopping barang kaca jugak. Hee masih selamat lagi


Ni antara barang yang Nad beli. Nampak tak dekat paper yang tulisan kena bulat kan tu? Barang tu dah tak available so pihak Guardian akan gantikan barang yang sama nilai dengan barang kita. Barang yang takde tu just span utk nak dap foundation dengan make remover 250ml. Dua tu je. So dorang gantikan dengan sunblock, make remover yang 25ml dgn patch utk jerawat. Macam tau-tau je Nad nk shopping sunblock baru sebab yang ada skrg ni dah tinggal sikit. :P Yang lain semua available . 

So korang apa lagi. Boleh la lepas ni shopping online je dekat rumah sebab nak keluar pun panas kan . Ehhh :P 




Tuesday, February 20, 2018

PINJAMAN SEMENTARA

Assalamualaikum 

***

Btw, this entry Nad tulis di rumah mertua tauuu! Dapat cuti esklusif selama sebulan . Hihihihi Seperti apa yang Nad pernah mention dalam post yang lepas kan. Langit tak selalu cerah. 

Selepas pagi tu Nad dan suami angkat barang-barang masuk lori. Both of us decide untuk nak pergi check di klinik. Ditakdirkan Nad memang pregnant pada ketika itu. Kembar pulak tu . so double happiness untuk kami berdua. 

Tapi mungkin atas faktor letih. Nad memang kurang berehat selama dalam proses pindah rumah baru ni. Siap pakej cuci rumah baru kan. Naik turun tangga apa semua. Nad keguguran. Baby tak dapat bertahan. Hanya stay dalam rahim just for 5 weeks :'( 

Suami Nad memang bagi support dekat Nad. Always mentioned postive things dekat Nad. Semua ni ada hikmah and one of hikmah adalah Nad dan suami adalah normal. Takda sakit-sakit dalaman yang nk kena dapatkan further check up kan. Cuma rezeki belum sampai. Tu je. 

Nad gugur after dua hari tau result. Nad bleeding on first day masuk rumah baru. Tak banyak cuma keluar darah spot je. Time tu risau yang ya amat dah sampai suami Nad memang nak bawak pergi hospital waktu tu. Tapi Nad decide untuk pergi klinik yang Nad pergi memula tu. Tapi doctor yang in charge tak boleh buat ultra sound. So Nad decide untuk datang check up pagi-pagi esok sebab doc yang akan buat ultra sound tu available waktu pagi 

Esok hari tu, pagi-pagi Nad dh keluar. Masa tu bleeding dah stop and jumpa doctor. Doctor scan apa semua baby masih ada lagi pada waktu ketika itu. Alhamdulillah sangat-sangat. Both of us balik rumah dengan happy. Time tu memang Nad tak bergerak pergi mana-mana lansung. Nad just tengok tv dan baring je. bangun just untuk pergi ke toilet. 

Tapi start after maghrib macam tu Nad dah mula rasa tanda-tanda. Nad rasa sakit belakang. Sakit belakang macam nak datang period tu. Darah start keluar macam period start petang-.Tak banyak and sikit-sikit je. Tapi sentiasa ada. Nad call mak tanya benda ni normal ke untuk orang pregnant sebab pagi tadi baru je pagi check kan. 

Suami Nad panggil makan malam. Nad makan malam and lepas tu terus masuk bilik. Nak rest sebab rasa sakit belakang tu makin kuat. Waktu tu rasa sakit sangat dalam perut. Panggil suami untuk picitkan kan kaki sebab Nad rasa sakit sangat. Sakit yang lagi sakit dari period pain. 

Suami Nad memang waktu tu taktau nak buat pape2 dah. Nad mintak dia bawak air suam dekat Nad. Nad minum and selepas tu rasa sakit tu lagi kuat. Nad memang tak tau nak buat ape dah time tu. Just mampu genggam tangan suami je. Sumpah sakit gilaaaaa

Suami Nad terus decide nak bawak pegi hospital. So Nad bangun perlahan-lahan . Nak masuk toilet. Buang apa yang patut sebelum nak g hospital kan. Kang terkencing pulak kan . Waktu nak terkencing tu, terus terkeluar benda yang besar tapak tangan . And benda tu memang bukan darah period, Orang perempuan lebih tau laa kan darah periodn tu macam mana. Terus Nad panggil suami waktu tu and waktu tu sakit yang Nad rasa sebelum ni kan terus lega. Terus hilang. 

Suami Nad terus call mama dia and mama dia suruh bawak g hospital and bawak benda yang terkeluar tu sekali. So Nad terus check in di KPJ Shah Alam :D Nad stay untuk 3 malam taauuuu. Kes benda tu keluar tu habis, 

Nad kan pregnant kembar. Kantung satu dah keluar. Lagi satu kantung masih dalam rahim . Tambah lagi 2 malam . Macam-macam ubat doctor bagi untuk baby tu keluar. First sekali Nad dapat ubat kecut rahim. Dia inject dekat peha Sakit gilaaaaaaa. Nad dah la trauma dengan jarum-jarum ni. Lepas nurse inject tu, terus Nad rasa sakit-sakit. Ingatkan kantung lagi tu nak keluar. Dia memang taknak keluar, 

Esok tu doctor bagi ubat lain pulak. Doc kata ubat kali ni sakit sikit. So Nad request ubat tahan sakit siap2 hihihihi Ubat kali ni ada 2 pilihan . Sama ada nak makan atau pun nak masuk dari bawah. So Nad ambik masuk dari bawah sebab nurse kata kata kalau masuk dari bawah cepat sikit effect dia. Kalau makan, Nad nk kena kulum. Memang idok lerr Nad nak kulum kaaan . Tapi baby masih xnak keluar so. So doc kata itsokay. Biar dia keluar sendiri sebab doc kata dia takut nak buang (cuci rahim) pakai alat dia sebab takut effec Nad punya rahim sebab rahim Nad kecik lagi. . Biar dia keluar naturally. So Nad pun boleh keluar hosptal. 

Tapi terharu sangat taauuu. Waktu Nad masuk hospital malam tu. Mak dengan yah Nad terus datang dari Kedah. Esok pagi tu dorang ambik bus datang. Lepas tu mak mertua dengan ayah mertua Nad pulak datang and dorang memang stay dekat Shah Alam laa kan . sampai Nad keluar hospital. 

Masa berpantang, memang mak Nad jaga Nad dulu di Shah Alam. Lepas tu mak balik. suami Nad anta stay dengan mama dia di Ipoh . And now Nad dah 18 berpantang. Tengah countdown nk habis pantang ni. hihihihi

p/s: Nanti Nad share pasal berpantang gugur dengan korang kay. Ilmu ni Nad cedok sikit- sikit dari mak , mama & tukang urut . Untuk knowledge manusia sejagat gituuuu! 

Bye!

Thursday, February 8, 2018

HADIAH DARI TUHAN

Assalamualaikum 

***

Hi korang! 

Niat di hati nak bercerita pasal rumah baru kami laki bini tapi ada satu yang lagi mustahak yang Nad nak simpan dekat sini :D

Sedang kami laki bini sibuk dalam proses pindah rumah baru. Alhamdulillah Allah kurniakan kami satu berita yang kami tunggu-tunggu sepanjang proses perkahwinan kami :V

27 Januari 2018

Alkisahnya bermula sebab period Nad tak datang seperti biasa. Selalu kan heavy je kan tapi kali ni just light-light je. Benda ni since bulan December 2017 haritu lagi. So decide utk nak buat UPT test utk next period pulak if jadi lagi sekali. Ditakdirkan Januari 2018 pun sama so Nad terus buat UPT test. Dalam hati bukan lah berdoa supaya positive dan bukannya negative. If negative, Nad dah inform husband utk pegi check dekat doctor. Takut jugak kan kalau ada sakit dalaman yang kita tak tau. Maklumlah, sekarang ni terlampau banyak sangat penyakit org perempuan skrg. Takut pulak kan 

Nasib dekat rumah ada satu pregnancy test yang belum pakai lagi, Jenama CLEARBLUE. Bangun pagi-pagi, terus buat sebab orang kata test waktu pagi. Memang positive weeehhhh HAHA serius Nad memang blur time tu. Husband pun blur. Result positive. Tapi still boleh argue kan sbb UPT yang Nad tu ada dh lama punya. Almost one year lebih. Sebab kan takut tu expired punya. so husband ajak g pharmacy beli. Eh dia pulak yang excited kan. 

Petang tu Nad terus test sebab husband tak tahan daulat sangat time tu :D taknak tunggu lama-lama utk nak tau result. so Nad terus buat lah 

Ni result dia kay 

Yang atas tu Nad buat waktu petang, still nampak tapi blur sikit kan. My husband waktu tu macam baru lepas boh gol sebijik! happy dia but Nad still blur. HAHA maap la sebab tak terfikir utk result positive. Pagi esok tu pun buat lagi sekali and result dia terang dan nyata. So Nad dh boleh terima kenyataan tapi still google if Positive, ada tak keberangkalian utk tidak pregnant disebabkan oleh penyakit lain . Semua blog mentioned takde lansung. 100% pregnant! 

Both of us keep rahsia kan dulu dari family sampai ktorang buat confirmation dekat klinik. Decide nak pergi lepas pindah barang semua,Time-time nk pindah rumah, memang husband Nad larang Nad buat keje. Memang Nad tido, rehat, tak gerak banyak. tak angkat barang berat-berat 

29 Januari 2018

After dah setel pindah barang pagi tu, petang husband terus bawak pegi check dkt doctor. Memang syukur sangat-sangat sebab doctor nampak kantung baby






And the best part is Nad ada kantung twin! hihihi

Doctor tu sebelum inform ada twin, dia tanya Nad ,"Awak ada ke sedara yang ada twin?" and Nad jawab ada lah sebab nenek sebelah ayah Nad ada lahirkan twin. Makcik Nad pun ada twin. 

and doctor kata "yes. Awak ada twin ni. Nampak tak? sy tandakan dekat sini"

Nad time memang speechless sangat-sangat. suami pun sama :D kitorang memang tak sangka untuk nak ada twin. Pregnant tu dah satu hal, dapat twin lagi kan. Rasa time tu Allah memang bagi hadiah yang berganda sangat-sangat. 

Balik rumah , memang ktroang buat sujud syukur gila-gila la sebab memang tak tau nak cakap macam mana. syukur sangat-sangat :D and terus ktroang inform both family ktorang . 

Parents ktorang memang terkejut lah sbb ada twin. Tak sangka Nad ada gene kembar. HAHA!


Cukup sampai sini je dulu Nad cerita. Just nak cakap, langit tak selalu nya cerah. Nnt next entry Nad story-mory okay :P 

Tuesday, January 16, 2018

Tahun 2018!

Holla! 

Sedar tak sedar sudah masuk tahun 2018 dah kan? 

Berkuatkuasa dari tarikh harini ini, sudah 16 hari kita telah berlayar dalam tahun 2018 ini. So apa plan korang sempena tahun baru ini? Azam yang baru ke atau masih renew azam yang lama sebelum ni? Kalau korang ketegori renew azam yang lama, geng lah kita. haha yeahh! Ada geng 

Sedar tak sedar jugak lah Nad sudah dua tahun berkahwin. Masuk 12 March genap la perkahwinan kami. Walaupun masih belum dikurniakan baby, tp Alhamdulillah sayang tu makin bertambah-tambah. heeeeeee :P 

Btw so many things Nad rasa akan terjadi untuk tahun 2018 ni. Salah satu yang sangat pasti adalah Nad dengan suami akan berpindah ke rumah baru. Alhamdulillah. Allah tak bagi rezeki anak, tp Dia bagi rezeki untuk kami miliki asset rumah dulu. Itu lah hikmah yang Nad selalu pikir kan. Tak mau stress dengan kepala pasal anak. Ramai gila kot yang tanya pasal anak tapi i take the positive part. Negative part tu buang jejauh :V

Ok lah korang. Actually Nad tulis post ini buat syarat je lah sebagai permulaan tahun baru. Usahakan diri untuk menjadi rajin. Giteew!

Doakan Nad untuk rajin menulis dalam blog ni okay. My husband keep pushing on me untuk menulis dekat blog ni sebab dia kata Nad ada bakat menulis. Iyolah tu. 

Tau la jeles dengan isteri dia yang ada banyak masa lebih kan sejak-sejak tukar profesion jadi full time suri rumah ni kaaaannnnn :P 

Bye-bye korang. For those yang membaca entry ini. feel free untuk drop your comment okay! Nnt Nad jenguk korang punya page. Muaah cikeed!


Image result for 2018

Saturday, December 9, 2017

Keluarga Bahagia


KELUARGA BAHAGIA

-
-
Sedamai taman firdausi 
Limpahan kasih sayang sejati 
Seharum semerbak kasturi 
Mengharumi hidup insani 

Indahnya damainya 
Keluarga yang bahagia 
Itulah idaman impian setiap insan 
Yang dahagakan belaian 
Serta kasih dan sayang 

Ketika insan lain berbahagia 
Bersama keluarga 
Namun kita masih meniti 
Titian rapuh perhubungan 

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya 
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya 

Ayuhlah bina semula 
Keluarga diredhai Alloh 

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan 
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih 
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu 
Marilah kita bina bersama-sama 
Keluarga bahagia