Followers

Thursday, May 26, 2011

juz mampu geleng kepala T_______T

hurmm 
ekceli aku nak bgtow pasal something
seriusss hot gler

tp tu laa..
ak try bukak balik laman web tu
dh xleyh ahh
mmg wordpress tu dh kena banned or maybe dh kena hack or mybe dh kena ambik tindakan,,
huhuhu

yg ak nak share dekat cneyh.
pasal penulisan dia,,

jerung mnyerang Makkah..ak pun takut tengok pic nieyh..pandai sungguh mengeditnye,, esh esh.

Hari ini Allah swt tengah murka pada seluruh kaum Adam terutamanya umat kesayangannya, yakni umat Islam yang telah jauh sesat. Maka, Allah swt menurunkan bala yang setimpal di Masjidil Haram di kota Mekah Al-Mukaramah, megeluarkan jerung raksasa yang lapar dari perut bumi. Kota Mekah dilanda banjir dan pengunjung-pengunjung beribadat sekeliling baitullah digigit 
dan dinyonyot sepuas-puasnya oleh binatang peliharaan Allah yang istimewa ini! Allahuakbar!!

nieyh la penulisan dia..
fes ak baca
serius seram..
hehe

takut..
dia nieyh mmg xtakut azab Allah tp mengaku agama Islam..
mcm2 dia kutuk pasal Nabi Muhammad S.A.W..nikmat2 Allah.
mintk kita di jauhkan..

auzubillahiminzallik..

Wednesday, May 25, 2011

rumah sewa

tetiba je gatal jari nak menulis,,hehe btw,,lagi sehari aku akn tingl dekat umah nieyh..pastu ari jumaat nnt ak gerak dengan ex roomate aku a.k.a housemate aku..si anis tu,,hehe hurmmm.. dah nk mula sem baru n aku pun bakal masuk part 5..seriusss aku ase macam dh mmpi,,dah besar aku nieyh yer,,ingtkan aku nieyh still budak belemuih yang dok main ngan  tanah bendang lagi masa kecik2 dulu..hehehe..ok barang semua aku dah ciapkan..dah xde pe2..juz baju je xmasok dlm beg lagi..jap lagi pun aku nak kuar cari meja kecik utk aku study nnt.. =).. ok,,


panas kan sekarang?

pastu kejap pans,,

kejap ujan,,

-


-

-


-

aku dah mula sakit kepala..

ase berdenyut2 je..

jgn dia wat hal sudah.. 

=(

nikah khitbah

tow x ape tu nikah khitbah?? hehehe well..umo dh nak masuk 20..suka cari cite cenggini..hehehe .. nikah khitbah mcm nikah gantung .kalau di Malaysia panggil cenggitu laa..tp kalau di Arab panggil khitbah.,.

nikah boleh di apply bg sesiapa yg ingin berkahwin tetapi ngak punya duit or terasa dirinya tidak mampu untuk menjaga anal orang kan..tp nk kahwin jugak2.. hehehe mybe ade yg cakap "sy belum bekerja lagi,".." sy masih belajar.".."mana nk cari duit buat belanja kahwin,".." ni bukan main-main,nak bagi anak org makan apa,".."mak ayah x bagi,"."nak tinggal dekat mana,".."sape yang nak bayar rumah sewa," n macam2 lagi alasan.. =)..

dekat Arab xde main tunang2 nieyh..kalau nk berkenalan org Arab akan pkai nikah khitbah,,dari ctu dia akan berkenalan,,berbeza dengna budaya Melayu..org tua2 cakap.. " alaa..bio je la budak2 tu tunang dulul,bagi kenal diri masing,: or " ape kata kita couple dulu,kenal ati budi dulu,",,huhu dari ctu macam2 trejadi...ade yg terlanjur laa..ape laa..kn dh jadi haram dekat ctu,,pegang2 sana cneyh.. =( xbgus...

ngee,,conclusionnya,,nikah la khitbah..majlis x buat lagi pun xpe..pengantin laki ngn perempuan dok umah asing2..kalau nk jumpa,,wat la date..dh boleh pegang2 dh masa jenjalan tu,,xde dosa2 dh..,kn dh khwen,,xde masalah laa.. :) hehhe

kalau aku boleh wt cenggini,,agak2 aku nk kena ligan ayah ak dak??hehe ape2 je lah.,,nk tow lebih lnjut,,cer lawat dekat cneyh yer,,





rezeki Allah.. :)



could I say like dis
"alhamdulillah "

or like dis
" syukran"

or myb like dis
"syukria"

hurmm
wtever la kan..
tp 
rezeki Allah nk bg..
terima kasih Ya Allah

kerna ak masih terkejut pasal ni..
ak xpnh n xpnh..
=D
mak ak pun sampai cium peluk aku,,
tq!

Tuesday, May 24, 2011

pelajar mati dibunuh guru

Salam'alaik..

Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian )

Boleh kita baca bagaimana `jahat'nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti,
"Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung" – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa )

"Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman" – JPM Malaysia -
Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut.

Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah.

CERITA SEBENAR

Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh `membunuh')menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian.

" adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan.

Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU.

Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat".
Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad."

Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. " dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia" cerita abang zamri.

Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang.

Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen.

Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya.

Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah `menghukum mati' peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup.

aku juz copy paste sibijik2 tanpa ada tokok tambah.. :) dari remaja islam.. 

adik ak dah T___T

kelmarin tanggal 23 May 2011..ak dengan family aku beserta pak teh aku beserta mak tok ak gerak ke Changloon coz adik aku dgn cousin aku a.k.a anak pak teh aku dapat matrik dekat sana =)

huhuhu
bangunpadi tadi 
terasa kelainan adik dah xde
=(
b4 nieyh selalu dgr dia cakap
"mak..lapar,,masak ape?"
=)
mak tok ak pun tepon td..
ase rindu dekat adik aku
coz adik aku selalu p umah mak tok ak
makan dekat sana
kat umah pun
dia yg p kedai
ak dah xp
dia la yg selalu ak pow..
even dia sepatutnye beli barang2 dia
tp ak mntk beli barang aku jugak
=)
dah xde org la nk gdoh dekat ak beberapa hari ini
semantara ak tnggu ari nk masuk umah sewa jumaat  nieyh

kesah cousin aku lak
adik dia yang last sekali
menangis sbb rindu
hehehe 

nieyh la pic yg ak tngkap masa dekat sana
mals la ak nk tangkp sebanrnya 
ralit main belon dengan adik ak ade lah,,
hehe

dalam keta..masa mula2 gerak tu,,hehe

selapes 2 jam menunggu,,cenggini la rupa 

hehe ak pun nk jugak laa

perasan x belon spderman dekat belakang tu,,ak main belon tu laa..haha

tempat pendaftaran student

tempat perking keta :)

sesaja ahh,,, =)

cikgu lah sebelah tu..mmber ayah aku..anak dia dpt jugak =)

peace mak tok..hehe =)

masjid besar oo..
2 je lh yg ak ambik.
hehe  tq!.. 
=)

Sunday, May 22, 2011

beri susu di balas tuba :(

perlu ke nak marah2.?
perlu ke nak maki2?
perlu nak tnggikan suara?'
perlu ke semua tu?
uhh lagi sekali kena,,
ari tu baru je kena,,

x tolong susah..
kang kasi ayat nieyh
" x reti nk tolong buat sama?!"
"uh xguna idup kalau yg tu xreti!"

kalau tolong plus mmg membantu pun
" sape swoh taruk dekat ctu?!"
" sape swoh buat macam tu?!"
padahl ape yg aku buat td tu betul

aduhh..
buat keje salah.
tido salah
pegi makan salah
x tolong salah
dok saje salah
kuar salah
dok umah salah


ade je das2 peluru nk kena
arghhh..!! 
geram.geram

teramat geram
sepatutnya ucap terima kasih..
nie x.
lansung x kuar dari mulut tu
payah sangat ke?
kalau nk marah org..
laju pulak mulut tu




Saturday, May 21, 2011

7 hari mencintaiku


nie novel terbaru Siti Rosmizah,,hehe aku baru beli tadi,,agak cewi di sini yer,,well.well.well.hahaha novel ni juz available dekat popular je eh..ase nye larh sbb ak cari dekat satu lagi bookstore xde la pulak,,dekat MPH ak ta sure coz x pegi lagi.. hehehe tp pe2 pun,,masa nak beli tadi mmg pk 2 ngn 3x gak ahh..mahal siottt,,harga dia around rm30++..hehe rm 32 laa..susah2 je kan aku sebut macam tu,,

aku pun macam nk ambik ngn x nak je,,tgh kering kan skrg tp kalau xambik kang abis lak..rugi.rugi..esh esh.. aku pun dgn muka kesian,,hehe mintk adik aku sponsor jap larh,,hehe dia pun ok je,,hehe

cite dia tatau macam mana lagi coz aku x baca lagi laa tp ape yg aku boleh cakap..novel nie lagi tebal dari novel2 beliau sebelum nieyh,,kalau x..xmahal la kan,,yer dak..? hehe

pluss.. adik aku beli kat aku bende nieyh,, hehhe


aku memang nak beli tapi xbukak pintu hati lagi,,hehe tp alhamdulillah laa,,adik aku beli dekat aku,,tq! hehehe ade macam2 jenis tadi,aku pun pening nak pilih tadi..ade yg mathurat sughra,,ade yg kubro,,ade yg mathurat utk lelaki,,ade mthurat untuk perempuan,,tp ambik ni laa,sughra..hehe adik aku yg suggest..adik aku beli dekat mak aku jugak.. =)

Friday, May 20, 2011

well.. bila dah besar cenggini soal hati mesti tak terlepas kan..biase larh..remaja.. hehehe even org yg umo 30an pun ada masalah pasal macam nie,,  hurmmm ape-ape je lh,.. muda lagi kan.enjoy dulu..keh keh kt cneyh aku nk cte pasal err,, fasa dlm mmbina hubungan,, hehehe nk ade relation pun kena ade fasa kan..


1 ) meeting
   
well setiap sesuatu tu msti lah dgn pertemuan kn,, hehe xkira la dkt mana jumpa pun even depan toilet ker??terselisih ke..ape ke..hehe kdg2 terjadi la cinta pandang pertama..love at fes sight.hehe

2 ) the chase

fasa nieyh err mula ape org kta ..hurmm flirt..ngorat..yes..hahaha time nieyh la terjadi,, haha time nieyh la dok usha fb dia..pic dia.cari sape yg kenal dia,,time nieyh la kita tnya,,u suka wrne ape,,u suka makan epe,,ape u buat u buat tiap2 ptg,,ape2 jelh kan ..hehehe

3 ) honeymoon

bila dh berjaya misi ngorat tu,,honeymoon la kan..xde gdoh2 g time nieyh..sweet je rase..time tu ibarat dunia aku yang punya..haha ncet masa tu confem xlepas dari tngn..asyik tit tit tit je,,pastu gayut tiap2 malam..haha

4 ) comfortable

dekat cneyh baru kita tow,,oohh oanas baran gak pk cil nieyh,,oo gelojoh gak mak cik nieyh makan,,macam2 yg akan terserlah,,dulu boleh la cover2 g..kali neyh teserlah cket,,hehe

5 ) tolerance

dekat cneyh la gdoh2 dah start..cket2 je..dulu berkepit 24 jam xpe,,skrg xdah,,mula nk ngungkit kan,,ajak makan sekali pun dh kurg,,nk hangout dgn kawan kononye,,jadi la gdoh2..hukhuk

6 ) downhill

err ak tatau nk describe ahh pasal nieyh.. ak copy paste larh eh,, hehe

                  Dah mula masuk peringkat tarik2 muka, hentak2 kaki, muncung panjang sedepa, kaki rasa nak naik ke muka. Ni lah masanya bila rasa semua benda serba tak kena. Pantang si dia lambat respon kat Skype, kat FB, kat msg, mulalah syak bukan2. Bila bermesej2 pun,

"Dah makan?"
"Dah, u?"
"Dah jugak"
*Bunyi cengkerik*
Amboi! Sebelum dapat, mesej punyalah berjela sampai 2-3 pages. Dah dapat, nak hantar seketul mesej pun berkira. Tu lah orang kata, sebelum dapat berkejar, dah dapat ditinggal-tinggalkan. Masa ni lah mula takde mood nak spend time sesama, mulalah rasa rimas ada partner. Mulalah rasa nak campak hp jauh2... 

7 ) breaking up

huh..kus semngt masa stage nieyh..bila ati dah sehaluan..bila ati dah x suka..jadii mcam mmber ak

" sori la awak,saya rasa kita dah x sealir" 
hahaha serius lawak ahh ayat dia tp dalam ati mmber ak frust gak larh,,

ade gak break up sbb ade org lain yg tngh tnggu,,well terpulang =)


cinta adalah buta,,cinta tidak mengenal usia,paras rupa mahupun kekayaan tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain, =)

well kalau ak..ak prefer utk stage 3,,hehe 


Thursday, May 19, 2011

mata berair ='(

let the pic describe about me rite now,,

tetibe je.. =(



barney =)


* dulu layan gak ahh cte nieyh..feveret sbb lagu dia.. hahaha

i love u
u love me
we're happy family
with a great big hug
and a kiss from me to u
wont u say u love me too..

=)

realiti kehidupan

bila dah besar cenggini..kita dah kena pndai buat keputusan..ibaratkn di depan kita ada  2 jalan tp juz satu je yang kita boleh lalu..salah pilih,,rosak la setiap perjalanan yg di lalui,,same goes to our life..cilap kita buat keputusan.. rosak la kehidupan kita =)..xkira la dlm ape jua keadaan even nk khwen pun,.,hehehe buat adik2 yg tngh conpius nk pilh smbung study dekat mn skrg sbb terlalu byk tawaran yg dpt kan..wish u all gud luck,,  ( adik aku pun menghadapi masalah yang sama sampai ak dah penat nk melayan soalan dia ).. istkharah la jwb nye,,hehe

Wednesday, May 18, 2011

i'm exhausted =(

ceh..kononnye,,haha tp serius penat kot,, aku ade cte pasal nk buat simpul kasih tu kan masa entry yg lepas..pastu aku cuba laksanakan apa yang sudah dirancang ni,, hehe( gelak jahat) .. Aku start semalam tp boleh la dalam suku..suku je..pastu surrender..hehe xlarat ahh..pastu tadi bangun awal-awal..tak tdo..terus sambar buat benda alah tu,,boleh la separuh..behenti jap,,sakit belakang ah..tolong mak aku masak pastu sambung lg..kali nie mak aku tolong.. buat laaa..buat sampai pkol 2..behenti,,aku dgn mak aku dah sakit belakang,.sampai tertdo la kan,,hehehe

aku curious nak tow,,macam mn org yg buat business nieyh,,xsakit belakang kah anda?buat sampai berkilo2..aku buat xsampai sekilo..hukhuk ! dah komplen...x jadi ahh aku nak ambik order ari raya nny coz ak dah tow azab dia.. hehhehe

cenggini ah ak penat,,,haha

blog under maintainance lagi ker?

err..knp follower x kelihatan?kenapa recent comment ak x kelihatan..adakah akau terlepas apa-apa berita?


hurmm seriuss nak tow,, huuhhu =_='

Tuesday, May 17, 2011

im waiting.. =)

hehe berita hari ni..lebih byk novel akan diadaptasikan menjadi telefilem..hehe n ade beberapa novel yang mmg n serius ak minat giler..hehehehe check it out !


  1. Jauh
  2. Manisnya Cinta
  3. Kau Yang Satu
  4. Tiada Yang Kedua
  5. Kau Untukku
  6. Bayangan Rindu 
  7. Adam dan Hawa.
err xbca sbb cover dia x cantt,,hehe


dia novel..haha ak start suka mini cooper  hehe

dis is thriller novel klo x cilap,, :) serius tkot + seram


lupa la jln crita dia..hehehe

err ak xbc dis novel..hehe

err forgot already mcm mn jln cerita dia,,hehe

adam dan hawa,, :) sweet couple..
im waiting 4 all dis novel..hehehehe chow chi cow,, =)


Monday, May 16, 2011

cte juvana tu..

ehsan mr google

ak tengh tngok cte juvana nieyh..fes time nk tngok..b4 nieyh nk tengok,,,mak ak xbagi tngok..ak sebagai anak yg menurut perintah lagi baik lagi taat follow je,,hehehe ( puji diri jap )

kenapa la mak ak xbg..?bukannya sbb ape..ak kn ade adik yg baru nk membesar nieyh..so mk ak xmow la adik2 aku follow benda yg xelok nieyh pastu practice ape yg dia tngok tu dkt sape2..kn naya,,actually cte tu ade pro n contra..pro dia myb nk bagi pengajaran..contra nya..tu laa..dalam tu kan ade macam2 aksi2..tmbuk sana,,,tmbuk sini..tendang sana ,,tendang sini..so sape2 yg tngok dgn budak2 tu kan..guide laa..bgtow budak2 tu..kalau tmbuk org Allah potong tngan..klo tendang org ..Allah potong kaki..gtu laa..contoh je,,hehe
ak nieyh pun adik aku tdo awal..so ade chance la nk tngok..hehehehe

jom masak-masak T__________T

hehehe ak tersangat laaaa rajin kan.mengoffer kn diri aku nk wat err.ape nma dia..simpul kasih..huhuhu..
n now..ak akan bz wat benda tu..aku kena wat serunding dulu..pastu nk myimpul kasih pulak..n then menggoreng,,akn mmg rajin kan..rajin wat keje.. hehehhehe

bisa laa..boring tahap gaban dok umah..tersembul ayat tu dekat mak aku..mak aku cakap OK..juz dat..n 4 sure..ak tow..ak yg akan buat..hukhuk..

ngeh ngeh..xpe.xpe..ak prctice ciap2..nnt ari raya ak ambik order eh..haha

once a cikgu forever a cikgu =D

hehehe..once a cikgu forever a cikgu..haha ak dpt wish from my fren.."Hepy Teacher's Day"..thanks fren..serius sweet ayat tu,,hahaha

err..actually ak penah ngajar dekat tadika dulu..after abes SPM..ayah aku cakap..pegi la keje alang-alang cikgu dekat ctu nak pakai ckgu ngajar english ngan arab  : D..ayah cakap wat jadi pengalaman coz ak ade apply maktab time tu,, tp xdpt.. : (..ok..xkesah..hehehehe

konklusinya dekat cneyh,,ak tengok wanita hari ini td,,ase mcm nak nangis pun ade..ak kn cpt tacink pasal bnde2 cenggini..hehehe.. cte pasal scol one of the pengacara whi tu,,gelaran cikgu tu akan bawak sampai mati even kita dh pencen,, =)..ak skrg juz jadi cakgu utk adik2 aku..as i am cikgu pencen now..hehehe


hari-hari nasi lemak

salam to all,,hyee,,hehehe xpnh2 wt cmnieyh,,tetibe je kan..hehe


tadi..pagi td..bangun pagi terus bekfest..nasi lemak ahh..idaman aku..haha (  tu je yg ade atas meja) .sambil-
sambil makan tu,baru ak tingat..ari-ari aku makan nasi lemak..ermm 2 mggu ak ade kt umah..means dh 14 ari 
berturut-turut ak makan nasi lemak tolak jumaat sbtu..hukhuk..


hurmmm..ptot la keje tdo je skrg kan..hehe mmbina bdn,,haha makan nasi lemak xbgus sebanrnya kalau hati-hari tp dh mak aku beli..kang xde sape lak nk makan kan,,rugi yop..


credit to mr google :)

aku penah cium jalan ='(

alkesah nya bermula..biase laa..duduk dekat ostel kan,, normal ahh tdo lewat..bgn pun lewat la kan..hehe
hari tu ari rabu kot..if i not mstaken laa..baru2 tu ade polisi baru..student xleyh smyg dalam dorm g dah n wajib jemaah..huhu.akan ada spotcheck..kena tick nama lepas abis smyg subuh tu..ok..nk dijadikan cerita..ak ln mmber ak lewat bgn..xsempat nk berjemaah .. so..ustaz tu kumpul ramai2 sape yg xsempat tadi..panggil kami semua smyg depan surau tu ramai2..atas jalan..sape yang xde sejadah.mmg cium tat jalan tu laa..ak nasib la ada bwk sejadah..cium gak ah sejadah even ade terasa batu2 dekat dahi kan..hehehhe

tapi..pe2 pun..u re de best ustaz.sporting..paham keadaa student..

wishing to all my teachers at SMKAK...selamat hari guru..semoga cikgu2 sekalian mendapat lindunagn rahmah darinya..x lupa jugak kepada cikdu tadika aku..tadika pasti..ustzah err xingt nama..tadika kemas..cikgu siti..cikgu2 sekolh rendah n zaman university nieyh..even kite pnggil lecturer tp tetp sebagai pendidik.. =)

Sunday, May 15, 2011

selamat hari guru

juz a short entry
wishing all my teachers 

hepy teacher's day

hukhuk!!


10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita. ngeh ngeh,,jom usha eh..

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.




sumber dari : SINI =)

halimah juling ^_^

huhu entry yg sudah lama tapi tak dilepaskan... hehehe nieyh baru nak release..cite pasal halimah juling.. T___T

* dulu heboh pasal cte halimah jongang..mmg byk kritikan n byk sambutan..cite tu penah jadi kontroversi dalam melodi kowt.. kes watka utama dalam cite ti buat hal.. ciap main kes saman menyaman..hurrmmm.. pproducer dia garang jugak yer,,

ok..berbalik kepada cte halimah juling..tow sape pelakon utama dia?? hukhuk cer teka..hahaha Linda Hashim laa..

wingg,,bakal halimah juling
aku macam curious je macam mana Linda Hashim nak bawak watak sebagai seorang yang juling.. err..even aku pun xpndai nak buat kan.. heheh nk jadi pelakon nieyh mmg ade mcm2 bakat eh.. haha

ok..yang menjadi persoalan dekat cneyh..kenapa tajuk dia agak sensitif..kesian dekat org yang mengalami nasib yang macam tu..halimah jongang tu xpyh cte la..siap ade lagu g..huhu mmg kesian dekat org yang mengalami nasib macam tu..aku still ingt words producer tu.." dlm Malaysia ni ade masyarakat mcm tu..jadi kita nk cerita kepada org ramai ape yg dialami oleh golongn tersebut..kritikan..bla bla" (ayat diubh yer coz aku xbpe nk hafal dialog dia..huhuhu)

wtever la kan..tp ape yg dia buat tu membuat kan org lagi nk mengata pada golongn yg terbabit..malu beb! aku share cket ape yg jadi disebabkan rentetan cte itu..one of the blogger jugak cte nieyh..


Semalam seorang teman memberitahu kisah sedih yang berlaku di kawasan rumahnya. Di situ ada sebuah sekolah rendah, jadi setiap kali menjelang petang, riuhlah kawasan itu dengan gelak ketawa dan senda gurau kanak-kanak yang mahu pulang dari bersekolah.
Kebetulan di sekolah itu ada seorang murid perempuan Tahun Tiga yang mempunyai gigi yang agak jongang. Sejak itu, setiap kali pulang dari kelas, pelajar perempuan ini akan diejek beramai-ramai.
“Halimah Jongang…ha ha ha halimah jongangggggggggg,” kata mereka sambil menyanyikan lagu tema drama berkenaan.
Dan setiap kali itu jugalah pelajar perempuan ini akan tunduk malu sambil berjalan dengan tanpa melihat kiri dan kanan.
see..memang kasi effect la cte nieyh..tatau la pulak nnt macam mn bila versi Halimah Juling tu ada..huhu nnt bagi ada pulak Halimah Rongak..Halimah Bisu..bla bla..dh nk buat sgt kn..buat la,, huhu

Thursday, May 12, 2011

20 perkara mengenai lelaki T_____T

hehehe...td about gurl rite..here we discuss sbout man lak..haha





1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita…

6. Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…

14. Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)

16. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

17. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

18. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…

19. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

20. Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.


sumber : SINI

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bgtau Lelaki

credit to cik google :)



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.





sumber dari :SINI