Wednesday, January 29, 2020

FIRST ENTRY in 2020

Assalamualaikum 

Hai korang! After quite a long time Nad berdiam diri dari menulis dekat sini. Padahal tangan ni dah gigil-gigil nak menaip dekat sini. 

Rasa macam zombie dah. Nak otak kan. Nad pulak.  Nak menulis. Nak menulis. Nak menulisssss.
Husband Nad suruh Nad tulis je input-input yang Nad baca tu and letak dalam twitter. Nad be like "maleh aku". Hahaha bukan malas sebab apa. Kawan-kawan yang twitter tu ada dekat Instagram, ada dekat Facebook jugak, Facebook Nad jarang letak benda-benda macam ni. Facebook ni solely untuk Nad tahu perkembangan semasa dan perkembagan rakan-rakan Nad yang lain sebab kebanyakkan dorang akan ada Facebook. 

So Nad banyak upload apa yang Nad baca ni dekat Instgram. Korang boleh bayang tak, dah la letak dekat Instagram lepas tu dekat Twitter pun nak letak benda yang sama. Heh! Nad takut orang rimas. Tapi Nad tahan je tangan ni dari menulis dekat Twitter. hehehehehe

So Nad pikir, why not Nad aktif balik dekat blog kan. Nad tulis review buku-buku yang Nad baca. Apa yang Nad tengah rasa sekarang ni bila baca buku-buku tertentu kan. Sesungguhnya Twitter tu lah paling senang untuk kita tulis apa yang kita rasakan. tp demi taknak orang annoying, Nad tulis dekat sini je lah. 

Orang yang malang sikit, dia jumpa la post Nad ni . tengok la Nad tulis apa dalam ni kan 😆

Nad plan blog Nad ni Nad nak buat review buku-buku yang Nad dah baca tapi maklumlah. Orang tua, pergerakannya lambat sedikit. hihihihihihi jadi buku-buku yang dibaca tu dah tinggi dah tapi dalam blog ni masih tinggal habuk . Ekekekekeke



****

Okay. So entry untuk yang pertama kali dalam tahun baru 2020 ni. Nad cuma nak review balik mengenai pembacaan Nad di tahun 2019. 

Alhamdulillah. Nad berjaya untuk habiskan 30 buku dalam masa setahun. Sumpah! Nad tak pernah baca banyak buku yang macam ni. Seumur hidup Nad, dalam beberapa buah buku je Nad baca tapi kalini memang banyak gila. Duit yang keluar pun banyak jugak tau. Nasib la kebanyakkan nya beli masa tengah offer. Jadi takda la berasa sangat duit keluar macam air tu kan bila beli buku . Heeeeeee

****

So this year Nad plan nak baca buku lebih sikit. Sempena nak menyahut kempen membaca untuk tahun ini kan, Tu pun dah pening pikir mana nak cekau duit buat beli buku nanti. HAHAHAHAHAA

Harap-harap husband Nad dimurahkan rezeki, boleh beli buku banyak-banyak untuk Nad ye. Okay, berbalik kepada target this year kan, Nad decide untuk baca 40 buah buku. It is huge target tapi Nad nak cuba. If berjaya, Nad maybe akan kekalkan 40 buah buku sampai bila-bila la kot. Nad bukannya sampai level habiskan ribu-ribu untuk buku . Jeles tengok orang borong buku especially masa dekat BBW, Sekali borong, 80 buah buku terus, Untunglaaa deme kan, Nad ni 8 buah buku pun dah berkira. Hehe

Eh korang yang baca post ni, share la berapa buah buku yang korang plan nak baca tahun ni? 



No comments: