Followers

Sunday, July 31, 2011

ahlan wasahlan ya Ramadhan =)

. : assalamualaikum : .

berkobar-kobar rasenye bila Ramadhan datang.. ye erk?? hihi ke ade yg pk mcm nieyh " adooii,,,dh xleyh nk makan la camni,, malam nieyh kena makan pueh ciap-ciap., ",, ngee,, ade ke orang cenggini?.. = _='

 ase macam ade kot,,aku lah tu,,tapi tu dulu,,zaman tak matang lagi,, hikhik!.. but kali nieyh ase macam ak nak celebrate sungguh-sungguh.. bcoz i set in my mind.. dis is my last Ramadhan,,aminn..insya Allah..

xleyh nak lama.. aku nak ciap-ciap.. nk pegi tarawih.. jom! hehe tadarus sekali if u can,,but hopefully..can laa.. hihihi..=) tc yeah !

Saturday, July 30, 2011

Norman Hakim & Memey Menangis Bebas Tuduhan Khalwat.

.: assalamualaikum :.

aku ta sure sama ada berita nieyh masuk paper ke tak tapi aku yakin tersangat la yakin mesti masuk paper punya.. kan?kan? aku tatau sangat coz aku nieyh bukan penggemar beli paper.. hihihi..

imbasan dari berita yang aku baca..
"Norman Hakim & Memey menangis sebaik sahaja Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur melepas & membebaskan mereka daripada tuduhan berkhalwat, 3 tahun lalu. Keputusan telah dibuat oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Salehan Yatim yang berpuas hati apabila pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan prima facie terhadap pertuduhan."

 ngee.. dorg bakal kahwen lak tu bulan September nnt.28 September..ala2 wedding of the year if im not mistaken...harap-harap berkekalan larh kn.. coz their relationship begin with tragiss punya cerita.. dengar cite memey akan pakai set persalinan yang dipinjamkan yg value dia total overall 7.2 juta ..ngeee.. muntah kuar darah pun aku payah nak cye.. tp nieyh larh hakikat kan.. hehehe

as usuall..tingkatkan pretasi kurangkan kontriversi.. jgn vice versa sudah ler yer..

aku tak terlambat g kot .. :(

.: assalamualaikum :.

huh! due to the low connectivity of accessing de internet, i can't update my blog.. hikhik!  ( btol nth..redah je)..  tak terlambat g kot if aku nak wishing "BRAVO MALAYSIA!"..untuk sesi kelayakan bola untuk piala dunia 2014 nnt,, aku tengok kot .. panas dooww.. xpe.xpe..
even kalah.. kalah bermaruah,, xmacam singapore.. macam  po***n.. jatuh sikit je,,nak main angkot2 stretcher.. huh! juz tu je nak tuleh.. hihi.. daa..

ikhlas.. anak MALAYSIA.. =)

Saturday, July 23, 2011

no entry

.: assalamualaikum :.

hari ni hari terakhir aku boleh update blog.. =(..esok or petang ni dh mula pegang gelaran " bededikasi punya student " puji diri cket.. kehkehkeh student.. kepala esok tu mesti berasap..mata dah mula juling bila memikirkan benda-benda yang akan jadi.. pergi ke kelas macam biasa,, huh ! juz like a roller coster.boring dowh.. hurmmm.. tp always =D ..should be yes..

fair n square ke?

.: assalamualaikum :.

hari ni air mata jatuh lagi..huwwaargghh..! tak tahan ..tak tahu lah kenapa.. takde fair n square.. tak aci..memang luar alam..hari ni mak busy dekat dapor.. busy memasak..untuk ape?? tanya laa..

mesti lah masak untuk adik-adik aku..hari ini satu family nak g melawat adik-adik aku dekat jitra dengan changloon..adik-adik aku tu dua-duanya duduk ostel..minggu lepas aku g melawat adik aku yang belajar dekat mrsm tu,,tp kenapa aku cakap berlaku ketidakadilan di sini..

masa aku duduk ostel,mak aku xpernah pun prepare dekat aku macam tu,, seriuss aku terasa,, minngu lepas mak masak bihun singapore semata-mata nak bawak pegi dekat adik aku padahal aku yang teringin sangat-sangat nak makan..minggu nieyh..hari ni ,,mak masak tomyam..nak bawak pegi dekat adik aku tu,,ayah siap beli durian sebab adik aku teringin nak makan durian,.. huurrmm.. serius gler cdeyh.. kenapa aku xde mcm tu pun.,selama aku duduk dekat ostel..even aku duduk dekat kolej uitm tu kan,,mak xpnh wat macam tu..mak juz buat kalau aku yang mintak buat,, tp dekat adik-adik aku,,xpyh mintak..mak aku mesti sedia dekat adik aku tu,,aku dulu ayah je yang datang,,bagi duit..lepas tu balik..memang cdeyh time tu..parents orang lain semua datang,,duduk bersembang,,aku?sampai paksa mak aku datang jugak-jugak,,

ari tu aku pernah terlepas cakap dekat mak sebab mak memang kalut time tu nak prepare untuk adik aku..
"kakak xpnh dapat macam nieyh masa duduk dekat ostel dulu,"n mak aku juz diam.. aku memang terasa laa..
hailaa.. hailaa..tak tahan dah air mata nak jatuh nieyh..

i wish like dat in future..if,.. =( 

Friday, July 22, 2011

sekadar perkongsian ilmu :D

Pokok Gharqad merupakan pokok "yahudi" iaitu sejenis pokok yang tidak akan memberitahu pejuang Muslim apabila ada orang Israel menyorok di belakang pokok tersebut semasa berlakunya tanda-tanda akhir hari Akhirat. Telah diceritakan di dalam Al-Quran dan hadis sahih bagaimana umat Islam ditindas di akhir zaman dan peperangan di antara orang Islam dan Yahudi laknatullah. Pada ketika itu, umat Islam terlalu lemah untuk berperang dan ditindas habis-habisan oleh Yahudi laknatullah.


Dan selepas sekian lama umat Islam ditindas, akhirnya umat Islam akan bangun dan kekuatannya adalah 2 kali ganda semasa zaman pemerintahan Islam di bawah Khulafa Al-Rasyidin. Pada ketika ini, umat Islam akan menentang Yahudi laknatullah secara besar-besaran. Orang-orang Yahudi ini akan berselindung di sebalik pokok-pokok dan batuan kerana takut akan dibunuh oleh umat Islam. Namun begitu, dengan kuasa Allah s.w.t, pokok-pokok dan batuan akan segera memberitahu umat Islam bahawa terdapat Yahudi laknatullah yang sedang menyorok disebaliknya.


baca lagi.. SINI

aku juz nk menunjukkan gambar dia..seperti omongan org..pokok tersebut seolah-olah seperti pokok krismas..tetapi ternyata tidak.. dan pokok ini hanya di tanam di israel sahaja..








* sumber dari cik google*

=)

bola vs perempuan

. : assalamualaikum : .

hukhuk.. terbatuk aku bila membaca tajuk entry aku tu,, tow tak kenapa..?? semalam aku kena memang kena kow-kow gler.. konon nak menunjuk yang aku nieyh tow semua la kan pasal bola.akhirnya terserlah kekhilafan err ketaktahuan aku pasal bola nieyh,, see??so mmg aku kena soal teruk gler..member aku tu,.dia sampai gelak golek-golek jatuh dari kusyen,,bangun gelak lagi sampai jatuh lagi dari kusyen tu.. ok,,aku tamau cte bende yang memalukan aku dekat sini..

selalu nya kalau nak dikaitkan bola nieyh mesti la dengan lelaki kan,,susah lah nak jumpa perempuan yang minat bola giler-giler nieyh..susah sangat-sangat..aku pun tak paham asal payah sangat pempuan nk minat gler-giler dekat bola sepak neiyh,,, cukup lah setakat tow nama-nama kelab.. jangan komplen ape-ape,, kan?

aku tak paham ape yang fanatik sangat lelaki dengan bola..dowh?huh.. aku rela tido dari berjaga malam semata-mata nak tengok bola..





hikhik..semua yang ncem aku minat.. hahaha! nth la dorag2 nieyh dari kelab mn... 

Thursday, July 21, 2011

zaman budak-budak

. : assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh : .

alhamndulillah segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam .. ( gaya macam alim tak? )..  hihihi..
okay! berbalik kepada tajuk aku.. ekceli..tadi dari pagi tadi aku tengok adik aku yang umo 5 tahun tu ( lelaki yer) main dengan anak pada pengasuh tu..( perempuan kay) hihihihhi..

agak-agak ampa la kn..ape yang bebudak tu main ?? hahaha seriusss aku nak ketawa berdekah-dekah..kalau boleh golek..aku memang nak golek-golek dari ruang tamu sampai dapo.. hahaha . budak- budak tu main kahwen-kahwen kot.. hahaha aku memang xleyh nak tahan gelak dah.tapi x sanggup nak gelak depan budak-budak tu.. 

tapi normal la kan mende tu..masa kecik-kecik zaman aku dulu tu ade gak budak pempuan main kahwen-kahwen tapi ase nye aku tak pernah main kot .. hihi bajet control.. hihihi mana ade laa..aku dulu main brutal-brutal,,xlayan ahh mainan cenggini .. hakhak!

masa kecik-kecik dulu layan main batu tujuh laa..aci redah bendang ( pengalaman dowh main dekat ctu.. sadis kalau dengar cte aku), main masak-masak (nieyh paling famous kowt ) hihi main kad tepuk larh, main galah panjang, main polis tantri want to jaga,polis mati pencuri jaga, main tuju kasut.. mmg penat ahh kalau nak tulis semua tu.. 

so..aku memang rindu lah dengan zaman bebudak aku dulu-dulu.. if boleh putar balik..aku nak stay dekat zaman tu je.. hehehe can?can?  

Tuesday, July 19, 2011

bukan nak buat kecoh

aku dekat sini bukan nak buat kecoh tapi seriuss aku nak kecoh..serabut dowh.. adoiiyaaii..macam-macam yang aku pk,,macam-macam yang aku serabut kan.. tengok lah..macam mana aku tak serabut kalau bnde yg akan jadi n bende yg nak kena submit ala-ala sebelah idung je sekarang due date dier..


-

-

-

investment presentation dis coming Sunday ( xwt pe2 lagi )

test organization behavior 27 july (next wednesday).need to cover dari chapter 1-5

test economy 3 august ( wednesday larh )

test human resources management ( on friday larh..)

submit report organization behavior (22 august) kepala tengah serabut cari artikel

n laaasttt sekali buat setakat nieyh..

interview utk HR still x buat lagi.. alasan question x abeh buat lagi...

-

-

-

-

lingkup aku pasni,,wat keje last minute,,mow tow ahh gaya cenggini, * T_______T


10 Petanda Dia Adalah Jodoh Kita

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.



1.Bersahaja



Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.



2.Senang bersama



Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.



3.Terima kita seadanya



Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4.Sentiasa jujur



Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5.Percaya Mempercayai



Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6.Senang Bekerjasama



Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7.Memahami diri kita



Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8.Tampilkan kelemahan



Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.



9.Kata hati



Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.



10.Solat Istikharah dan Tawakkal



Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



sumber dari : sini

*nota kaki..* punya lah lama aku simpan bende alah nieyh. esh esh

Sunday, July 17, 2011

member aku nk bertunang

refer to the above statement.. mmber aku nak bertunang .. serius  aku jeles kot.. huh?! #$@#%.. ( gaya emo) hurmmm nk jugak kowt,, ngeee... (T____T)

hahaha aku sedang bergelak.. aku tercghita bende nieyh dekat mak aku..n mak aku tanya aku nak jugak ke,,esyyhh..macam bagi lampu ijau ja nieyh,,kang ade gak jejaka yang aku tangkap kasi tunang sama aku.. hahaha

esh esh ..teruk sungguh sampai nak ambik tangkap je,, hihihi well..xlarh jugak,,ade gak ahh ciri-ciri yang yang aku nak guna pakai kan dalam memilih ini * ayat skema


plus ade gak lecturer aku kahwin baru-baru ni..congrts sir.. hihi.. <3

Saturday, July 16, 2011

bebannya cuti kali ni

well..uitm ..sekarang cuti untuk midsem tp sekarang sibuk dengan nak study larh,,cari bahan nk wat esaimen larh., xleyh tahan sekali yang nak cari bahan tu larh,,ade pulak syarat ,, nak kena cari dekat emerald,, tow x rupa dia macam mn..

Logo: Emerald - research you can use

semua maklumat nak kena cari dekat citu..mow pecah gak pale aku..ari tu aku cari almost twenty artikels yg semuanya 14 - 24 pages,, 1 je yang madam approve,,yang lain madam aku cakap xleyh pakai,,adoiyaaii,,dah macam nk wat thesis lak,, aku tatau nnt aku nak wat master macam mana *berangan,,haha  ntah2 aku akan masuk ketegori gler,,mengadap buku 24 jam,,mow muntah ijau aku lepas ni coz alergic ngan buku lepas abis wat esainmen nieyh,, haha

tp,,pe2 pun,,cuti kali nieyh,,aku nk rehat n tdo pueh2,, haha mcm mn nieyh,,keje banyak tp nak kado tdo,,well,ade rahsianyaa,,, geh geh geh,,

susahnya hidup

Ya Allah..

terlalu berat yang aku lalui

terlalu banyak yang aku hadapi

apakah ini cuma dugaan-Mu

kerna aku insan biasa

kadang-kadang punya iman senipis bawang

kuatkanlah aku

aminnn...



Saturday, July 2, 2011

tulisan aku seketol-seketol

dis sem..tulisan aku menjadi satu kepelikkan kepada sorg lecturer ak nieyh.. lecturer HR aku,,,
hukhuk..!

nk dijadikan cerita..sebagai student yg mithali..aku n mmber2 aku always duduk dekat depan sekali...tmpt tu dari part 1.. tatau la knp sape pun tamau duduk tmpt keramat tu..wktu tu kn,,lecturer aku swoh tulis something,, kami semua 1 kelas mmg tekun gler menulis,, n then,,lecturer aku tngok plek dekat aku,,dgn mata ala-ala terbeliak cket.. huhuhu.. dia pun tanya,, aku kalau menulis lambat x??  mberaku tlg jawab dkt aku tnpa ak sempat berkata ape2..

"dia tulis mmg lambat madam"

hihihi aku juz senyum ala-ala kambing  kn.. madam tu ckp,,mmg ptot pun..tulis seketol-seketol.. errr..sori lh madam...sy nieyh mmg diajar dr scoll rendah g.. tulis bulat-bulat n satu2.. kalau x,,tngan kena ketuk,,dh terbiasa laa,,xleyh nk ubah,, hihihihi

satu fakta tow..bukan aku yg cakap..sape yg tulis mmg tekan n satu2,,org itu amatlah bersungguh-sungguh dlm mmbuat satu kerja,, like me ! hhaha

Friday, July 1, 2011

stereotype !

stereotype again! again and again!

tetibe je kan mood hangin,, hehe ade tak sape-sape yang pernah mengalami situasi macam aku..??

aku sedang bersantai-santai kononnya menikmati permandangan larh..ayah ade dekat sebelah drive keta..tetibe je ade satu keta nieyh bawak serius slow motion..then ayah aku follow dekat belakang keta tu..then ayah aku cakap..

"bawak kete macamkura-kura"

aku juz dengar je,,n then ayah aku dapat peluang untuk potong kete tu,,ayah aku toleh ke kiri,,n he said..

"oohh..perempuan..ptott lah.."

aku juz diam kot,,tp dalam ati,,stereotype lagi..! klo bawak kete slow2,mesti perempuan..mcm lah lelaki xde kan??kn??