Followers

Saturday, November 15, 2014

Vacation

Assalamualaikum :)

Dulu masa zaman belajar, mesti weekend rasa nak keluar kan. Hilangkan stress lah katakan . Pastu pakat-pakat cuci mata tengok barang lah..tengok orang lah ekekeke

Bila dah masuk kerja nie, rasa macam Yes!Perlukan vacation. :) Sebab letih kerja dengan belajar nie lain laaaa awak

Belajar nie best sebenarnya. Advise aku untuk korang. Sila ENJOY zaman belajar anda sebab anda akan merinduinya . Sumpah walahi

Zaman kerja nie kan memerlukan korang untuk stay focus untuk nak membuat kerja. Kenkadang datang lenguh dia. Mak aaii.. rasa macam nak marathon satu ofis sebab kerja asyik duduk ngadap komputer. Ngadap dokumenn. Penat laaaa buat kerja tu dan dia akan jadi rutin kita sebab dah tu je kerja kita kan.

So vacation is a good therapy bagi aku. Kenapa?

Sebab korang akan rasa tak nak balik and korang nak habiskan masa korang dekat situ and korang memang yakin hundred percent akan lupa dengan tempat kerja korang!

Aku boleh nak stay dekat rumah tapi dekat rumah takde benda yang nak buat..so aku jadi laaaa stress sebenarnya. So mood akan swing dengan tetiba. Unless lah kalau balik kampung kan .. yang tu aku mmg xkisah untuk stay kt rumah and kalau boleh aku mmg xnak keluar daru rumah.. nak melekat je dengan mak 24 jam kalau boleh.

So mana korang akan pergi untuk vacation korang. Dekat yet lagi murah, HAHAHA Almaklumlah benda vacation nie kena plan pegi hujung bulan sebab tengah bulan nie poket dh kempis kan .. selim melim je rasa duit kat dalam atm tu :)


Convocation

Assalamualaikum and hye :)

Scroll facebook, insta penuh dengan gambar konvo lah, pre konvo lah :)

Konvo aku kali ini maybe macam agak suram sebab aku takde perasaan untuk konvo. Kalau tak before nie semasa konvo aku time diploma dulu, aku dah cari kain untuk buat baju. Tapi kali ini satu habuk apa pun aku tak prepare. Aku tak rasa untuk konvo kali ini.

Sampai lah mak aku inform yang parent aku akan attend. Aku sampai call mak aku tanya mak akan attend ke tak tapi dalam hati lebih kepada jangan lah mak cakap akan pergi.

Aku bukan dalam mood untuk berkonvo. Entah lah

Kalau dulu aku akan prepare baju, tudung, kasut. Time-time macam nie dah pusing mall cari kasut. Kain aku dah prepare at least sebulan awal untuk nak bagi tailor jahit. and dah ada tema untuk pakai nanti.

sekarang aku just ada seminggu and esok tarikh aku ambik jubah. Aku tak terasa untuk ambik pun sebenarnya. Kali ni setiap berita aku lansung tak alert. Ada dokumen yang aku belum print.

Terlalu banyak benda yang aku tak prepare sebenarnya :(

i have no feeling to celebrate this

i miss my previous convocation :(


sebenarnya aku rindukan selempang pink yang aku pakai sebelum nie. benda tu yang memberi kelainan sebenarnya

tak guna aku bersiap semua bagai kalau aku just biasa-biasa saja masa atas stage tu. bila mana time tu mc just sebut nama saja.

im still remember that feeling,

benda yang boleh dibanggakan adalah grad kelas pertama tapi bukan anugerah naib canselor. masa diploma takde class and semata-mata anugerah saja.

Benda yang lepas jangan di kenang



Thursday, October 23, 2014

Diet Hantu

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh :)

First thing, esok kita akan menyambut tahun baru dalam Islam. Insya Allah .

So kenkorang semuaaaaa, jangan lupa pulak membaca doa akhir tahun and awal tahun. Okeeeyyyhhh Pastu mintak laaaa apa-apa supaya dosa-dosa yang lalu di lupuskan dengan korang punya amal kebaikan. Ameen

Untuk pengetahuan korang lah kan aku da start diet tau daaakk. Sebab? Sebab aku bakal grad withing less than one month. Huaaaaa gila stress tau daaakk tapi dok kuat makan lagi., Essshhh hantu betul laaa badan aku nie kan..

Aku nie kalau nak tau gigih gila online sesambil godek-godek resepi yang sesuai dengan diet aku nie. Siap ada food diaries laaaggiii tp HAHAHAHHA hampeeehhdduu yabeda bedu,

Stresss gila. kenapa makin memboyot lemak-lemak yang ada neh. Tolong lah pergi dari sini dengan secepat yang mungkin.  Aku sudah tidak perlu kan engkau after engkau telah berada dalam badan aku for many years darling.

Hampa T_________________________________T

Tuesday, October 21, 2014

Impian dalam mimpi

Assalamualaikum and a very good afternoon oulss :)

Macam biasa aku kini berada di dalam pejabat. Acecece ayat aku habis skema kan walhalnya aku tengah kejar masa sebab mana nak hupdate blog lagi, nak menaip lagi, nak pikir idea yang belum mencurah-curah lagi untuk aku coretkan di sini , mana nak kejar masa lagi nak siapkan kerja, Semuanya kena siapkan dalam tempoh nie. Poyoooo kan

Just nak share sikit laaa.

Actuallyyyy



Actualllyyyy kaaann




Actually kan aku sebenarnyaaaaaa...



Aku sebenarmya minat


haa?


Minat dekat sape tu?

minat untuk berniaga laaa... tak kira la online ke.. face to face dengan buyer ke.. tapi aku tak suka jadi promoter. Acane tu kan? Hurmmmmm tapi aku minat untuk hasilkan sesuatu dan aku ingin kongsikan dengan dorang. Kiranya aku dapat duit dorang dapat barang. So sekarang aku tengah kira-kira untuk buat bisnes ape.. hurmmm

Apa pendapat korang eh?

Saturday, October 11, 2014

Kifarah





Allah bagi sakit itu untuk hilangkan dosa kita
Maka bersabarlah dengan ujian yang diberi-Nya
Semoga kita sentiasa ingat akan Dia
Selalu mengadu pada Dia
Kerna Dia pemberi penawar bagi kesakitan kita

Sakit itu penghapus dosa
Maka
Alhamdulillah

Sunday, September 28, 2014

Bagan Lalang

Assalamualaikum :) 

Macam mana dengan weekend korang untuk minggu nie? Aku minggu nie sempat berpicnic dekat pantai bagan lalang tapi yang sedihnya takde gambar yang sempat di ambik sebab aku nak pergi main air. Sp fon dah simpan sesiap dekat dalam kereta. Weeeeee 

Journey start pukul 12 tengah hari selepas berhempas pulan kat dapo sensorang siapkan nasi ayam untuk picnic nnt kt pantai. Kira hebat lah kan aku neh mampu siapkan makanan dalam pukul 9.30 sampai 12.00. krriikkk krrikkkk *aku tipu chenta hati yang aku start masak dari pukul 8.30 pagi padahal aku start masak pukul 9.30 sebab tak nak dia rasa bersalah yang aku berhempas pulas kat dapo sensorang*  Semunya aku baru mula buat dari siang ayam sampai laaaaa memasak nasi. tapi kira okeh laaa jugak sebab boleh makan even ada yang aku tak puas hati sikit masa masak tu. 

kitorang sampai kat sana pukul 2 ptg after berpenat lelah mencari pinggan. Aku lupa bawak pinggan ohhoiii. HAHAHA tu rasanya benda yang xleh di terima akal sebab lupa bawak pinggan. Habeh tu nak makan macam mana kan kalau tak da pinggan kan.

Cuaca semalam kira be good la dengan kitorang. Ada la hujan sesikit lepas tu dia stop sampai laaaa petang, Kitorang sempat lagi test skill main layang-layang dekat tengah pantai . Wohaaaa and end up, layang-layang ktorang tak naik pun sebab kitorang tak pandai main pun sebenarnya.

Aku fisrt time main layang-layang and chenta hati pulak tangan kayu *dia yang ngaku sebab dia tak penah pandai main dalam apa jua sukan*  HAHAHA. Okeh! lagi satu maybe faktor angin kottt.. Sebab angin takde lah layang-layang ktorang tak dapat naik dengan jayanya. Hummppphh!

Aktiviti yang selalu buat kalau dekat pantai tu haruslah main aci ligan dengan ketam kan. end up ketam tu akan mati sebab aku main dengan dia terlampau ganas, Kebetulan air tengah tak banyak masa tu so kitaorang dapat berjalan sampai ke tengah pantai laaa.

Tempat situ kira nice bagi aku sebab aku pentingkan toilet dia sebenarnya. toilet dia agak cantik dan kemas dan sangat laaaa okeh compare dengan pantai yang aku penah pegi before nie. :)


Monday, September 22, 2014

Movie Club

Assalamualaikum

Sekarang ni aku curi-curi update blog dalam ofis. Ekekekeke Tapi takpe kan. Sekarang time rehat kot so aku ambik la masa aku yang sikit ni untuk update blog :D

Just nak inform korang pasal benda baru yang ada dekat TGV Cinema. Untuk perhatian korang lah kan, aku dengan chenta hati aku memang pengguna tegar TGV Cinema. Entah la kenapa. Ada jugak kitaorang pergi cinema yang lain tapi cinema nie jugak la yang melekat dekat dalam hati. Krrrikk krrikk krrikk.

Jangan korang tak tahu, TGV Cinema ada buat promotion untuk jadi dorang punya member club. Benda yang ditawarkan oleh dorang sangat la super marvelosss mamamiyaaa gitu. Pueh hati la jugak sebenarnya.

So korang sementara stok masih ada sekarang, cepat-cepat la daftar sebagai member and just perlu bayar sebanyak RM28 sahaja, tapi nie dalam limited period. WHY? Sebab aku sempat pergi tanya dekat kaunter yang nanti harga member club nie akan naik jadi RM68. Kiranya sekarang nie harga promotion lah kiranya. Berbaloi tak? Hehehehe



Nak register card nie senang sahaja. Nanti orang kaunter akan tolong buatkan untuk korang TETAPI ada lagi registration dia. Korang kena register thru online pulak lepas tu. Sebab apa? Sebab korang nak kena activate kad untuk memudahkan korang untuk mereedem kad korang sebagai user kad yang baru. Best kan? Hehehehe

Kitaorang baru saja redeem kat movie club tu semalam. Hehehehe dapat seats pun nice and cantik dia punya view even free kan. So kira berbaloi lah kan. Pastu kitaorang boleh redeem popcorn innregular size sebagai user yang baru. Murah tak? Kiranya semalam aku pergi tengok wayang dengan free of charge tanpa keluarkan sesen pun dari poket. Hikhikhikhik! Berbaloi-baloi kaaan,,

And korang kena ingat, setiap permbelian akan dikira mata point korang and kad ni perlu direnew for every year with RM20 ONLY. Lepas renew tu, korang akan dapat lagi tiket free untuk dua orang dan regular popcorn for FREE!!

Nampak tak permainan dia. FREE! :D

So dont miss this opportunity. Grab it fast :D

Saturday, September 20, 2014

H.A.N.T.A.R.A.N

Assalamualaikum :)

Rasanya aku masih tidak terlambat untuk wish selamat pengantin baru buat rakan-rakan aku sudah selamat pun bergelar suami/isteri kepada pasangan mereka. Sejuta kemaafan aku hulurkan kerana tidak pergi ke majlis kalian kerana jarak yang sangat jauh dari lokasi majlis. Namun, di sini aku sertakan  doa semoga kalian sentiasa berbahagia sampai Syurga.. Insya Allah.

We move to the next topic. Hehehe Actually aku cuba nak mencari topik yang santai-santai selain ringan sebab hari ini kan weekend. Weeeee! 

And then waktu scroll facebook tadi, ternampak lah satu status yang baru di upload oleh one of my frens berkenaan dengan dulang hantaran yang banyak sangat. Homaaaii.. boleh bayangkan rumah beliau just penuh dengan barang-barang hantaran instead of tetamu yang hadir. Hehehehe kaaan




Aku dari tadi memikir barang apa la yang dia bagi sebagai hantaran sebab terlalu banyak sangat.. Homaaaiii. So aku macam dah berfikir barang hantaran yang sesuai diberikan kepada pasangan untuk sesiapa yang akan melansungkan perkahwinan tidak lama lagi . 

And just reminder, melalui pembacaan aku, setiap hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan atau pun manisan :)

Dekat bawah nie aku sudah listkan in general barang-barang yang sesuai untuk dijadikan hantaran. 

1. Cincin
2. Tepak Sirih
3. Wang hantaran @ mas kahwin 
4. Beg tangan/ Dompet
5. Sejadah
6. Kasut
7. Set wangian
8. Set penjagaan diri
9. Tali Pinggang
10. Baju Kemeja/T-shirt
11. Kain Pelikat
12. Jam Tangan
13. Set peralatan solek
14. Tuala
15. Buah-buahan
16. Kek/Cupcake
17. Muffin/ Puding
18. Baju Kurung
19. Kain Telekung
20. Al-Quran
21. Set Barang Kemas

Tetiba banyak pulak kan yang aku boleh list. Hehehehe boleh la nanti buat rujukan untuk buat barang hantaran buat si chenta hati kan. 

Tetapi kalau pasangan korang ada yang minat kepada sesuatu benda. Tak salah kalau korang nak buat jadi hantaran. Contoh dia macam jadikan i phone 6 sebagai hantaran sebab pasangan korang terlalu obses dengan gadget. Weeeeee! Hahaha  Or maybe korang boleh bagi kunci rumah ke.. kunci kereta ke sebagai hantaran as long korang berkemampuan and mampu untuk memberi hadiah tersebut kepada pasangan korang. 

And aku harap korang-korang yang bakal berkahwin nanti, semoga berbahagia! :)



Monday, June 2, 2014

Alamak! Tonsil lagi

Assalamualaikum :)

Hari nie dapat MC dari doktor gara-gara aku demam and ada tonsil membengkak di bahagian kiri leher aku. Bulan 5 (Mei) ni saja, aku dah demam 3x. Mau xcuak dooo nak pegi check kat doctor. Kang tak pasal-pasal kena tahan ward. Sobs sobs sobs.

But semalam doc cakap tonsil aku ada putih-putih sikit and tengah membengkak di bahagian kiri. No wonder la kan aku rasa sakit gegila *hyperbola* kat bahagian bawah leher aku nie. Then aku decide nak pegi check la kan. Xnak tangguh-tangguh. Doc cakap aku jadi nie sebab jangkitan bakteria. Plus aku dah demam 2x and aku OK bila masuk yang ketiga tu, rasa macam teruk sikit dari biasa. Ye lah kan.. nak jalan kaki sejuk gegila, Rasa macam ada benda yang menyucuk2 kaki. Risau laaa kan kalau biar demam kali nie melarat. And memang yang kali ketiga demam nie, badan aku dah penat or letih nak menangkis anasir-anasir jahat yang cuba masuk ke dalam badan aku. Maka aku terkulai layu di pembaringan. *Ceehh*

Aku ada google and jumpa satu blog baik punya. krikk krikk. 

Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.


Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.

Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.

Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?

Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.

Antara gejala radang tonsil ialah :-
1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur

Gambar menunjukkan gambar tonsil yang bengkak dan kadang-kadang tumbuh keputihan seperti nanah pada tonsil.

Komplikasi Radang Tonsil

Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun.

Yang sering menjadi masalah kepada ibu-bapa ialah anak yang kerap demam akibat tonsilitis. Adakalanya setiap 2 bulan ibu dan bapa akan datang ke klinik kerana masalah ini. Ini melibatkan kos ubat dan masa.

Oleh kerana umur yang kerap terkena adalah dari golongan umur persekolahan, ada anak-anak yang terpaksa mengambil cuti panjang daripada persekolahan kerana masalah ini. Ini menyebabkan anak-anak ketinggalan di dalam mata pelajaran dan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak beberapa memuaskan. Anak yang sering sakit akan berasa rendah diri dan pertumbuhannya juga boleh terganggu.

Tonsilitis kebanyakannya tidak merbahaya. Ada kes terpencil jangkitan bakteria yang menyebabkan septicaemia atau kuman yang merebak ke dalam salur darah. Ada juga yang mengaitkan jangkitan tonsil ini dengan penyakit Acute glomerulonephritis (sejenis jangkitan buah pinggang) dan rheumatic fever (penyakit bawaan sejenis bakteria yang boleh menyebabkan masalah jantung).

"Sleep apneoa" atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur boleh disebabkan oleh pembekakan tonsil yang sangat besar sehingga mengganggu pernafasan. Biasanya ia dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Perawatan Radang Tonsil.

Pada kebiasaanya, saya cuma memberi ubat lozenges atau hisap untuk meredakan kesakitan. Thymol gargle atau Difflam gargle juga boleh diberikan untuk mengurangkan keradangan dengan cara berkumur (bagi kanak-kanak yang boleh). Saya juga pernah terjumpa dengan kawan doktor yang memberikan peptidase atau papase untuk mengurangkan bengkak tonsil tetapi bagaimana effektifnya saya pun tidak pasti.
Ada juga yang memberi ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen untuk tujuan menahan sakit.
Ubat antibiotik akan diberikan sekiranya tonsil itu disebabkan oleh jangkitan bakteria. Biasanya antibiotik yang diberi ialah dari jenis penicillin seperti amoxycillin atau ampicillin. Kadang-kadang pesakit juga diberi antibiotik dari jenis cephalosporin atau erythromycin. Pesakit jarang diberi antibiotik bertenaga nuklear seperti Zithromycin atau Augmentin kerana sesetangah doktor mengamalkan prinsip memberi antibiotik yang sederhana dahulu sebelum memberi yang kuat.*Aku dapat antibiotik yang kuat kott kes tonsil aku yang dulu. krikk krikk*
Pembedahan membuang tonsil atau tonsillectomy adalah jalan terakhir untuk mengelakkan radang tonsil daripada berulang-ulang. Ada pendapat pakar yang menyatakan bahawa membuang tonsil boleh mengurangkan sedikit sistem pertahanan badan. Oleh hal yang demikian, pembuangan tonsil perlu dilakukan secara berhati-hati.

Untuk tujuan itu, anda terpaksa berjumpa dengan pakar ENT untuk pakar membuat keputusan membuang tonsil. Pakar ENT mempunyai kaedah-kaedah dan perkara2 yang perlu diteliti sebelum pembedahan dilaksanakan dan pesakit perlu memenuhi kriteria-kriteria tertentu seperti jangkitan tonsil yang kerap seperti 3 episod jangkitan setahun selama 3 tahun berturut-turut dan beberapa kriteria lain. Pembedahan adalah singkat dan biasanya anak-anak cuma duduk selama 2-3 hari di dalam wad sebelum dibenarkan pulang selepas pembedahan sekiranya tiada demam dan tiada pendarahan.

Dah habis membaca? :) aku sekarang nie dah kurg sikit nak makan kt tempat-tempat yang aku rasa kotor even tempat tu memang feveret org ramai kan. Bukannya apa sebab aku ada benda alah nie. :( Bukannya aku berlagak kaya ke memilih tempat ke apa hakikatnya aku perlu menjaga kebersihan jugak untuk badan aku yang aku nak guna sampai hujung nyawa :( 

Okeh :) 

Sunday, June 1, 2014

Status Merapu Meraban

Assalamualaikum and Hi :)

After a week tak menulis di blog.. Teringin pulak nak menulis tapi tak tahu nak menulis apa.. Adeeyyhhhh

Before we start, sebenarnya nak cerita satu benda nie. CABARAN KURUS DENGAN DIET ATKINS MALAYSIA


Krikk krikk... diet atkins dah tau dah kot kan. diets yang mengharamkan carbohidrat and benda yang manis2 and menghalalkan protein. Korang cuba laaa. Aku buat within tiga hari turun 2 kilo.. hihihiihihi tapi tiga hari je sebab craving gegila dengan benda manis and sampai sekrang aku xmampu buat :(

Pertandingan nie akan berlansung selama sebulan. Start dari phase induction (1 phase) or nak ambik dari second induction (second phase) pun boleh. Means setiap atkins ada 4 stage. any enquiries, korang boleh refer dekat page atkins sendiri. Cara nie ala-ala herbalife. Herbalife kan mengamalkan konsep minum protein and same goes here. Cara ni tak perlu berlapar sebab kerja kita just MAKAN.MAKAN.MAKAN dengan syarat ia adalah protein semata-mata. See? tak perlu berbelanja mahal2 kan.. setiap pagi 2 biji telur dah memadai lunch makan ayam semata-mata and malam pun makan ayam.. tu cara aku laaa kan. :) senang cepat dan mudah.

Berbalik kepada pertandingan, setiap org perlu bank in RM 10 SAHAJA anda akan dapat ini, ini, dan ini.

  1. Sijil penyertaan (Akan dipost seminggu selepas pertandingan tamat)
  2. Ebook panduan mudah untuk mulakan diet Atkins (Akan di emailkan kepada peserta pada 1 June 2014 dalam bentuk .pdf)
  3. InshaAllah menu planning selama 2 minggu untuk anda (Akan di emailkan pada 1 – 3 June 2014)
  4. InshaAllah anda akan dapat workout planning selama 2 minggu (Akan di emailkan pada 1 – 3 June 2014)
  5. 5 Video workout mengikut kategori Obesiti dan Overweight (Akan di emailkan pada 4 – 6 June 2014)
  6. Anda diberi peluang untuk bertanya soalan kepada penganjur mengurusi email (contact@profhariz.com) secara peribadi.
  7. InshaAllah setiap peserta akan difollow up oleh penganjur selama seminggu sekali menerusi email.
Sumpah aku teruja gegila. Tapi aku tak join tapi itew punya boypren join benda nie.. Nanti itew nak mintak dekat dia.. Ekekekekeke

Pemenang akan dikira melalui siapa yg dapat loss berat yang paling banyak. Hikss! I wish he will be the winner. Mulai hari ini aku macam kena jadi PA dia kan.. nie boleh nie tak boleh..sama-sama bagi support sebab buat diet nie memang craving gila nak makan benda yang manis-manisssss 

Good luck untuk sesiapa yang masuk. Cabaran bermula hari ni :D For those yang nak masuk benda nie,, Sorrryyy la sebab dia punya contest dah tutup on 29th May yg lepas. Gambatte okeehh :D 

Tuesday, May 20, 2014

Breakfast

Assalamualaikum

Hai ,

Tengok tajuk mesti dah tau kaann.. hehehe acene tau aku nak upload gambar bebanyak pasal breakfast nie? HAHAHA poyo tak?poyo tak?

Nak tanya sikit lah kan kenkorang semua. Pepagi makan tak?? Good sape yang ambik breakfast nie.. Sape yang tak ambik breakfast, meh sini nak bagi cubitan sikit. Amboiihh.. Nak kena lah nie kan .. krikk krriikk *gaya kakak tiri cinderella* -pinjam nama okeh- hahaha

Tau tak kalau kita tak ambik sarapan pagi, kita boleh jadi GEMUK. Nak GEMUK tak? Tak nak kaann,, 
Okeh..korang nak fakta. 

Mengikut satu kajian sesiapa yg tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding org yg tdk pernah skip sarapan pagi..KENAPA?......sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula dlm darah...Kadar metabolisma juga akan meningkat bg membantu proses pembakaran lemak...TAPI!!! apakah makanan yg sesuai untuk sarapan?nasi lemak?,roti canai?,teh tarik?..semua mknn ini mengandungi paras gula dan kalori yg tinggi..yg akan menyebabkan kegemukan..SO!!!! apakah yg sesuai dan terbaik?
Nampak tak yang aku garis tu .. jangan ada sesapa yang salahkan aku kalau dia GEMUK tapi dia breakfast okeh.. tengok laaaa.. pepagi dah belanja badan dengan roti canai plus teh tarik *Heeee sentap aku dengan ayat nie*

Second, sarapan pagi dapat turunkan kolestrol.Percaya ke tak nie?

Dengan menyantap makanan yang baik, akan membuat tubuh akan merasa kenyang dan akan membangkitkan semangat untuk melakukan aktivitas. Anda tidak akan merasa lesu atau disibukkan oleh perut yang kelaparan. Sarapan yang sehat dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.
Third, sarapan boleh meningkat kan kemampuan otak. Tak caya? cuba korang jangan makan pagi. Gila lesu plus tak bermayakan. Tambah2 dah keje and lunch hour pukul 1. Gila lembik kat meja macam zombie cari makanan. Grrr.

Lecturer aku pulak dia marah kalau ada sesape tak breakfast. dia dengan selalunya akan mengulang dekat dalam kelas

Eh, you all tak tahu ke kajian terbaru. Sape yang xmakan breakfast, dia ada possibilities untuk dapat barah otak 
Krikk krikk so korang berani tak nak skip breakfast esok nie. Dont okehh..Aku before pegi keje ngap dulu sekeping biskut sampai tempat keje terus cair bihun goreng..dah xnak makan makan roti canai daa sebab sentap dengan eviden kat atas tuuu

Selamat beramal okeehh laling sekalian :D

meh nak belanja gambar sarapan pagi ang semoga korang lagi terliur. HAHAHAHA







dah laa., letih jari aku letak gamba bebanyak. Ingat okeh..

BREAKFAST LIKE A KING, LUNCH LIKE ORDINARY PEOPLE AND DINNER LIKE A POOR  





Monday, May 19, 2014

Gambar famili

Assalamualaikum 

Hi. 

Dalam banyak-banyak gambar, satu je gambar yang belum aku ada. Gambar famili

Dah lama da aku pasang angan nak ada gambar famili bila aku teringat aku tak xda lansung simpanan gambar famili yang lengkap. 

Boleh jugak jadi kenangan kami adik beradik kan :)


sebab aku pikir setiap orang tak akan kekal. Mana tahu aku bakal pergi dulu. At least akan ada kenangan satu famili rite? 

Jadi raya nie macam nak kena ada buat laaaa :D 

Sunday, May 18, 2014

Ackward

Assalamualaikum 

Hi.


Korang pernah rasa tak? Korang ada ramai kawan, korang ada orang di sekeliling. And bila it comes into your life. Hidup korang ada roomate. 

Okeh. Mesti korang membanyang kan yang korang akan bangun pagi pastu terus bergosip dengan partner korang kan.  Gelak sana gelak sini . Rite?

Same goes to me. Sebab musabab yang aku tak suka ada roomate adalah ada setengah orang tak boleh nk get into dengan kita. Entah laa.. aku dari zaman sekolah memang berkawan dengan orag jahat laaa.. Means always akan bersembang. Pastu masuk diploma aku ada roomate. She is very nice. kite orang mesej tanya khabar sebab dia sakit waktu masuk orentasi.. Talkwative person. We share same interest. And then dia terpaksa pergi and bilik aku kosong. Tinggal aku sensorang. Tetiba ada sorang budak ..Memang gila punya orang . Wayar pun ada. jadi roomate dari semester 1 sampai laaaa semester 6. Lama kan? And the truth thing, susah nak mencari roomate yg mcm tu sebab aku nie jenis orang kena approach dulu. then aku akan response. :D

And sekarang life aku yang beroomate 

Bangun pagi (no talk)




-




-






-
Lunch sensorang (memasing buat hal sendiri)





_







-








-







-







-
malam




-




-





-






-





-
tido

this is my life. my routine. and aku sangat berharap kehidupan ini cepat untuk. Kiteorang kenal and tetiba dapat untuk tinggal stay sekali. Semua terus hancur padahal dulu kalau berkawan boleh semabng2 gelak2 semua. Huauauaua *tak lawak kan* setiap hari hidup dalam awkward. naaaa :D life must be go on rite bebeh

Hidup aku sekarang hanya lah based on this 


untuk aku dapatkan sedikit pelangi, aku perlukan KESABARAN. 
Selamat menempuh hari awkward jika anda seperti saya :D

Saturday, May 17, 2014

Aku anak sulung


Hi . 

Sape anak sulung cepat angkat tangan? HAHAHA *bajet orang baca blog aku*

Since aku nie anak sulung kepada adik-adik aku,. kira berwibawal berwibawa lah jugak aku nie kan. Sape laa adik bertuah yang dapat aku sebagai kakak nie kan. Muahahaha 

Nak bagitau satu rahsia sikit. Sebenarnya aku jeles dengan orang yang ada kakak and kakabang nie, Hurrmmm T___________________T *panjang cenggini muncung dia* yelaaa..dorang ada tempat menumpang kasih boleh mintak itu ini macam mana adik aku buat dekat aku sekarang. Adehh 

Nie based on firasat aku laaa kan. Based on aku laa kan anak sulung tu macam mana kan. :D

1) Rapat dengan mak @ ayah @ kedua-duanya
Aku lebih rapat dengan mak. Habis segala masalah pakwe-pakwe, kengkawan semua cerita dekat mak. Member aku yang lenglain ada rapat dengan ayah and ada yang rapat dua-dua sekali. 

2) Senang bawak diri
Anak sulung senang nak bawak diri. Campak lah dia kemana-mana, nescaya hidup lah dia seperti sedia kala . hahaha ayat aku cliché gila kaann. HAHAHA boleh sembang dengan sape-sape je.. orang tua yang memang tua,, xkira lah adik beradik ke hape ke kan sebab dia kan anak sulung. Muahahaha Aku nie boleh je nak sembang dengan mak cik-mak cik. bergosip2 dengan mak cik2.. Pak cik yang aku jumpa bawah pokok pun aku boleh sembang cenggitu je. Nampak tak penangan anak sulung. Nampak takkk? HAHA

3. Mudah memaafkan
Memang tak dapat disangkal lagi. Hati seorang anak sulung nie mudah memaafkan orang lain. Kenapa? entah laahh.. aku jarang nak berdendam dengan orang sebenanrnya kerana aku punyai hati yang sangat lembut. HAHAHA  maybe sebab dia ada adik-adik.. banyak menjaga adik nya.and selalu kena mengalah dengan adik then itu yang membuatkan dia seorang mudah memaafkan :D 

4. Bertanggungjawab
Selalu kalau mak ayah xde kt rumah, aku laaa yang akan kemas rumah, sapu sampah, memasak kalau mak balik lewat, basuh baju, lipat baju, mop lantai, kemas dapo and sesemua tugas yang mak buat aku akan buatkan. Waktu mak ada xde pulak aku nak buat semua tu kaaan.. HAHA. Aku bukannya ape, tak nak tunjuk skill yang memang ada dalam diri ini sejak lahir lagi.. Gittuuu HAHAHA adik-adik aku? hurrmmm sorang tengok tv, sorang tido. sorang buat ni.. buat tu, bila tengah hari tanya makanan xde ke nak makan.. Hampeh punya adik. Hummpphhh 

5. Penyabar 
See! See! this point is very very important. HAHA Sabar dooo. Sabar gila nak melayan kerenah adik-adik dari kecik sampai laaa besar. Kenkadang sedikit annoying. Kenkadang kena dengan cerita dorang and then buat-buat Yeaahh! macam seronok dengan cerita dorang padahal masuk telinga kanan keluar telinga kiri kes tak paham ape dorang cakap. Kita layan kaann saje. HAHA Terserlah tak kesabaran aku kat situ. 

Dah laaa .. penat dah aku nak list setiap kebaikan yang ada pada diriku ini, Kang puji kang, kembang semangkuk pulak. Ape-ape pun tu teori aku sendiri. Meh sini aku list kan fakta pasal anak no 1 dari doktot Fadhilah Kamsah :)

-XOXO-

ngeee,, nampak tak nampak tak? HAHA ramai peminat? oucch!!

Letrik Naik

Assalamualaikum

Hye korang-korang semua. :D

Gila lama ai tak menulis di sini. HAHA almaklumlah ai tengah membusy membuat agreement orang yang buat loan dengan bank. Eh.. sesape yang nak buat loan tu boleh la habaq kat chek ok. Bagitau lekaih kat mak ayah hampa, adik beradik abang kakak adik.. area selangor ja nah kami terima. HAHA *promote*

Semalam negara dikejutkan dengan satu keputusan yang sangat mendadak dibuat oleh our beloved Prime Minister yang lain dan tak bukan. Abe Jib. iaitu tariff elektrik naik


kepala aku terus jammed. HAHAAHA!

WHY???

Last year and past two years ada peningkatan kot dengan keuntungan semua. And tahun nie naik elektrik sebab nak lindungi TNB. 

Bil elekrtik kat rumah yang sekarang sedia ada pun dok bersusah2 nak bayar. nie naik lagi , maka perlu lah kita berjimat cermat kan :D 

Bila mana ada yang macam tu, we need to prepare something. rite? sebab any rules and regulations that has been made by the government will affect and for sure it will happen to us. So aku kat sini tak nak blame kerajaan or what tapi kita sebagai pengguna perlu memikirkan something instead of buat demo dekat atas jalan raya.

So dekat sini, aku nak kongsi tips macam mana nak jimatkan elektrik. :)




done with this. so please please do these. Unless la korang ada duit berkepuk-kepuk berzillion-zillion dalam akaun. then it is up to you. Ok beb! 

Tuesday, May 13, 2014

Gangguan Seksual

Assalamualaikum

Hi,


Saja nak menulis pasal pengalaman aku. Pasal gangguan seksual di tempat awam. Mostly yang aku google banyak yang berkaitan dengan tempat kerja. Aku setakat ni kan, so far tempat keje masih OK, Ada laaa sesikit yang jadi tapi still boleh control. HAHA

Benda yang paling aku scary yang memang susah nak lupa yang membuatkan aku tak ramah untuk bercakap dengan golongan pok cik-pok cik nie sebab nie ha. Baru jadi kat aku tak sampai sebulan. Aku ambik cab nak balik rumah dari tempat keje. Kebetulan member aku tak pegi keje, so aku kena gerak sendiri lah. Apalah nasib aku kan dapat drebar teksi yang mulut dia lebih kurang mulut longkang. 

First thing yang keluar dari mulut pok cik drebar tu adalah "SEKSI"

Malas aku nak cerita panjang-panjang kan sebab aku tau korang malas punya nak baca. HAHA so aku buat dalam bentuk dialog lah eh.

Pak Cik : Adik, tengok tu. Seksi tak perempuan tu?
Aku       : *angkat kepala tengok pak cik pastu senyum tawar*
Pak Cik : Adik tengok la, Seksi tu
Aku       : Malas la pak cik
Pak Cik : * ketawa* Adik nanti kalau dah kahwin nak pakai mcm tu tak?
Aku       : Buat ape nak pakai macam tu pak cik. Nak buat ape

And then dia mula berkisar pasal boyfriend laa, politik laaa, Karpal Singh mati laaa, and last pasal dua beudak yang umur 16 tahun and 23 tahun kena hukum gantung sampai mati kes bunuh mak tiri dia kan.

Pak Cik :Kesian dorg, muda2 lagu dh kena hukum gantung mati. Kahwin pun tak sempat
Aku       : *Senyum tawar* sebab darah tengah panas, 
Pak Cik :Kalau nak mati tak pe tapi bagi kahwin dulu. Kahwin nie best. 
Aku       :*muka terkejut* paham ape yang cuba dia cakap kan
Pak Cik :Orang sekarang nie tak nikah xpe, janji kahwin. Adik tau x?
Aku       : Xtau la saya pak cik pasal tu. yang saya tau nikah tu kahwin
Pak Cik :*Ketawa* xkan adik xtauu. budak-budak sekarang semua tau. Pak cik dok bawak teksi nie. bebudak form 2, form 3 dok cakap kat pak cik "Kami nie xnikah lagi tapi dah kahwin" *sambung ketawa*
Aku       :Xtau la pak cik
Pak Cik : Tak pe. Pak cik bagi contoh. *kebetulan ada pokok bunga sepanjang jalan*. Nampak tak pokok bunga merah tu. Kita ambik dia sikit pastu kita cantum kan dia dekat pokok colour putih. tu kita panggil apa? *muka sambil buat muka gatal*
Aku     : Benda mudah pakcik. kahwin pokok laa tu namanya *dengan tangan pegang fon tengah mesej Nafis suruh call aku sekrang sebab aku memang tak sedap hati langsung*
Pak Cik : Kalau lelaki dengan perempuan, tu kita panggil ape pulak?* ketawa gatal*

RINGG... RINGGG... fon aku bunyi. 

Nasib gila laaaaa Nafis call aku masa tu. Hati tengah berdebar Allah je yang tau. Dasar cakap kotor pak cik nie. Isshhh. Dalam hati menyumpah gegila. Tak padan dengan teksi buruk bla bla blaaa

Pengalaman beb. Gila engkau nak hadap dengan orang macam tu. Ntah ada bini ke x aku pun xtau . Itu yang pelik semacam je. Ishh 

Aku cerita dekat bos2 aku, dorang cakap lain kali ambik gambar pak cik tu pastu no plat teksi tu. Nanti kita jumpa di mahkamah. HAHAHA mentang-mentang la keje lawyer kan. keje nak bawak kes pegi court je . HAHA   



Monday, May 12, 2014

Demam hurmm Tonsil?

Assalamualaikum :)

Sesaja tangan nie menaip even tengah demam kan TT_TT

Bosan doo asyik membaring je keje dari pagi sampai petang. dengan ofisnya tak pegi. sobs sobs

Sekarang nie kan musim ramai orang demam kan. Nasib laaa aku nie demam je. Tak de selsema bagai. kalau selsema tuu.. dunia aku terbalik kontang laa nak hadap segala fail yang berlambak kat atas meja tuu. Wuuuu

Senget gila member aku cakap aku nie demam kura-kura sebab last weekk pun aku demam jugak. Pepagi sebelum subuh tu panas gegila..lepas tu okeh bila mandi semua bagai kan.. Dua hari jugak laa macam tu.

Then minggu nie demam lagi sekali.. sobs sobs sobs antibody badan gua dah kurang ke beb? sedih lah cenggini. Last year aku ada sakit tonsil. Stage 4 doctor cakap. Kalau refer dekat government hospital, aku dah kena masuk dalam ward buat opeation buang tonsil. tonsil tu macam jangkitan kuman laa dekat bahagian rahang :D

Dalam tempoh tu aku kerja demam je.. dalam sebulan boleh kata dua kali demam kan.. sakit tekak bagai kan.. Dallam dua bulan jugak demam baik demam baik tapi tak kebah-kebah. Itu yang rujuk dekat hospital tu. So memang berpantang laa aku kan gaya mak nenek. Serba serbi tak boleh makan ohooii.. Seksa jiwa raga gila masa tu. Hari-hari asyik hadap nasi ayam..kenkadang bubur mcd.. alaa...menu orang sakit memang cenggitu. Apalah nak diherankan. HAHA

Sampai laa doc declare cakap aku bebas tonsil which means bahagian jangkitan tu dah semakin mengecik. Happy lah aku kan. Dah tak demam dah .. Tak demam banyak kali daaaa :D But doc pesan, if aku demam jugak dalam tempoh yang future nie dalam 5x setahun, dia suruh refer dekat hospital. OPERATE. grr grr..

And sekrang tengah countdown berapa kali aku demam dah untuk tahun nie. HAHA mana banyak pun.. belum sampai 5x.. Baru 2x. Errr Berdoa lah supaya aku tidak terus demam dan demam aku kebah . Supaya aku tidak disuspek untuk kesekian kalinya :(

meh sini nak share tonsil tu macam mana.. mungkin korang tak tahu kan.. HAHA

yang colour putih tu tonsil. Aku yang stage 4, stage yang last sekali.. bayangkanlah berapa banyak colour putih tu dalam rahang aku. Grrr.

dia tak sakit tapi akan kerap demam lah sebab dia effect immune badan. Badan kita tak kuat nak hadap dia nie, sebab tu selalu demam. Demam dia sampai satu tahap, aku menggigil yang amat sangat dan suhu aku waktu aku check dulu dalam 38C. Tinggi beb

Heh, then itu je lah kot perkongsian dari aku yang berpengalaman. HAHA

Sunday, May 11, 2014

UPU result

Assalamualaikum :)

Ya Allah rasa bersyukur-syukur sangat sebab aku dapat first choice. buat medic di UM. terima kasih di atas anugerah ini . Feel blessed ..










-







-






-









-


ok laaaa actually tu dalam mimpi je laa.. mustahil utk dapat buat media kan.. result pun tah pahepe. heh

btw, gud luck utk adik-adik yang dapat UPU tu okkehh.. Hargai dia sebab ada yang tak dapat pun result tu :) even though itu pilihan korang yang terakhir ke.. second last ke..korang tetap kena bersyukur.. kalau -kalau ada kengkawan korang yang mengejek korang sebab korang dapat uni yang bagi korang agak low kan standard dia.. tetap bersyukur laaa.. okeh adik-adik sekalian..

P/S : Tetiba aku teringat.. aku dapat UPU yang pilihan ketujuh but still wat lek and wat pis.. aku berjaya sekarang.. then? im never regret bout this :D



The Liebster Award :D

Assalamualaikum and gud evening oulss :)

Guess what? HAHAHA!


FiFie FeyCa had nominate me as one of her The Liebster Award. Sumpah rasa macam nak nangis kejap *ambik tisu*

 Actually this is my first time for participate in this award and this award become the first award among beribu award yang ada. Rasa macam forever alone kan and syok sendiri bila tak participate mana-mana award dengan harapan ada banyak silent reader yang baca post aku nie. HAHA!

Okey, firstly let me show the rules, so we will know how the process it takes step by step, okeh :D

So, this is how it is work :


  • Mention the person who nominated you with a link to their blog
  • Answer the question asked
  • Nominated 11 other bloggers with a smaller followers but with a lots of potential
  • Create 11 of your own question for them to answer
  • Notify your nominate
Okeh.. faham dah kot segala rules under this award. okey. allow me to answer the questions given by FiFie FeyCa :)

1. When is your birthday?
   - 14th June, 1991. im still young okeh . haha

2. Where are you from?
  - Alor Setar, Kedah

3. What is your hobby?
  - Reading novels, magazine,motivational books, comics, etc

4. What are you doing just now? Study? Working?
  - two in one :D i am a practical student at legal firm and as a student in islamic banking area in UiTM Shah Alam :)

5. Who is your favourite people in people in your life? Why you like them?
  - Dato Siti, maybe. Because she is the famous one. an entrepreneur. i don like to do the business but since i am the business student, i love to take them as an inspirational on how they manage their career and their family. it is difficult to do unless they have strong supporters especially their family as an important roles. :)

6. List 3 things you hate the most in life.
  - a liar/ hypocrite people
  - dirty places (messy is accepted :P)
  - no money

7. List 3 things in your wishlist
  -  car ( Mini Cooper could be one of :P)
  - mini library in house
  - travel when i reach RM1 million in my saving accounts :D

8. List 3 latest movie you've watch

  - Zombie kilang biskut
  - Frozen
  - Pompeii

9. List any latest book you've read
  - novel "isteri aku 19 tahun" by Cikgadis
  - Aku terima nikahnya by Ust Hasrizal
  - Cerita cinta Ahmad Ammar by GPTD

10. Do you watch Running Man? Who you like the most?Why?
  - yezzaa and of course laa i choose Kwangsoo. haha he is toooo naive and happy go lucky person. HAHA plus he is cute tooooo :D

11. What you like to share in your blog the most?
   - Bout ma self, general info. novel review.. cooking or anything :D

12. What do you think about my blog FiFieFeyCa? What should i do to improve it. Any ideas/ suggestion 
  - Hmm hmm actually i also didnt have the idea on how to improve. it depends on how u advertise ur blog to public, ur writting skills, network among ppl especially ur readers, ur story line either it is interesting or not. u may visit Blog Ben Ashaari as my last visit on his blog is regarding how to increase the visitor rate even though he only write about his life :D btw u have nice blog,, cute than mine :) so good luck dear :D


yeaahhh. done answering all the question. HAHA! sangat mencabar minda ai nie ha.. then , ai move to another step which ai will nominate the 11 bloggers :)

the nominates :D

10. Nadrah

 done tagging :) XOXO susah kemain nak mencari. ok. nie soalan yang bakal ai tanya untuk korang pulak :) j

1. Birthday korang bila?
2. Status korang sekarang nie? Single, Engaged or what
3. Hobi korang apa? List kan aje :)
4. Wish list korang?
5. Azam tahun baru yang tak pernah tercapai? Hahaha 
6. Artis yang korang paling minat?
7. Sesuatu yang orang lain tak tahu pasal korang
8. Ciri-ciri pasangan idaman? :D
9. Teman kahwin korang nanti nak colour ape? HAHA
10. Tempat yang korang nak sangat-sangat pergi
11. Komen ikhlas pasal blog ai :D

P/S: it is not necessary to answer all my question . okeh dear. function award neh just nak merapatkan relationship dalam kalangan blogger saje :D For those yang nak jawab, happy answering :D haha 

Saturday, May 10, 2014

Addicted!

Assalamualaikum

Awak-awak semua mesti ada lagu yang gegila addict sesangat kan.. Aku pun samaaaa.. Sumpah. Addicted gila dengan lagi nie sekarang nie. Siap cari yang boleh main untuk 10 jam gittuuu..Punya nak dengar lagu tuu,, Bhahahaha

Aku sudah jatuh chenta dengan lagu mendayu-dayu, Terbuai rasa hatiku ini . Ala-ala Titanic pun ada. Meh sini aku nak share :D

 "All Of Me"


What would I do without your smart mouth?
Drawing me in, and you kicking me out
You've got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright


My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind


'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh


How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing, in my head for you


My head's under water
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind


'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh


Give me all of you
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard


'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you

I give you all of me
And you give me all of you, oh

meh sini nak belanja dia punya video .gila kauu.. suwitt sangat. Btw ai siap dedicate lagu ni buat si jantung hati ai.. bhahahaha fefeling takk?


p/s : sila dengar lagu nie dengan hati bersama telinga and u will feel it like me :D babai! nak pi dreaming dengan lagu nie. mihmihmihmih


Friday, May 9, 2014

VENDEUR FESTIVAL

Assalamualaikum and good evening! 

Esok debaran semakin terasa. Kemuncak festival yang melibatkan 400 usahawan online berada di Shah Alam. Di mana lagi? Semestinya di perkarangan stadium tertutup, Stadium Melawati Shah Alam.. wwooaahhhh

I bet esok Shah Alam sohih jam gara-gara satu Malaysia turun Shah Alam. HIKHIKHIK!

For those yang tak tahu pasal nie. esok bertempat di perkarangan stadium shah alam dari pukul 10 pagi sehingga la 10 malam , akan ada 400 vendors yang akan menjual barang-barang mereka dengan harga murah gegila *ambik tisu nangis dekat bucu katil*



antara yang akan datang esok antaranya ada dekat bawah nie okeh.. harga dia.. mak oii.. hahaha


meh sini kita usha apa promosi yang dorg dah buat.. aku belanja gambar dah la eh.. Malas pulak nak taip after dh gigih mencari dekat dorg punya IG





















So? anyone yang nak pergi shopping tu. boleh laaa kan membeli belah disana sesambil bergaya dengan latest stail punya design.. hehehehehe