Wednesday, December 29, 2010

masya allah..

entry kali ini simple je..juz nk cte..hahahahaha best la plak kn..huhuhu.Td tngok emel..dalam beratus2 emel,trbaca la pasal satu kisah nie..
Alkisah berbunyi bergini,sebelum itu ini adalah kisah benar dan memang benar2 berlaku.Diceritakan kembali oleh seorang ustaz.

Ustaz tersebut ditugaskan untuk memandikan seorang mayat selepas mayat tersebut tidak dituntut oleh ahli keluarga.Jam ketika itu menunjukkan pukul 4 pagi.Ustaz itu menyelak kain muka mayat tersebut.Muka mayat tersebut putih saje tetapi lama kelamaan menjadi hitam.Ustaz tersebut hairan.Pelbagai persoalan mula menerjah fikirannya.Ustaz itu berfikir,mesti ada perkara yang telah dilakukan oleh pemuda tersebut menyebabkan keadaannya menjadi sebegitu rupa.

Terdapat seorang mak cik yang melalui lorong berkenaan.Ustaz tersebut nampak wanita tersebut lalu bertanyakan tujuannya kesini.Rupa-rupanya wanita tua tersebut ingin menuntut mayat anaknya.Ustaz tersebut membawa wanita tersebut melihat mayat yang tadi untuk dibuat pengecaman.Wanita tersebut berkata,"iniah anak makcik tapi dia putih.".Lalu ustaz tersebut bertanya kembali "adakah benar ini anak mak cik?"Wanita tersebut berkata "Ya," lalu berlari keluar dengan teresak-esak.

Pantas ustaz tersebut mendapatkan wanita tersebut kerana dia pasti wanita tua itu pasti mengetahui.Selepas dipujuk berulang kali,barulah wanita tersebut membuka mulut untuk berbicara.

"Dia anak yang baik.Taat kepada kedua ibu bapa.Apa saja yang disuruh oleh ibu bapanya,pasti dia akan buat.Jika disuruh pergi ke kedai,cepat2 dia akan pergi tetapi.."wanita tersebut berhenti dari meneruskan bicaranya..

"Bila dikejutkan untuk solat,dia akan marah2.dia akan menengking dan tidak mahu melakukan solat.Jika dikejutkan untuk membuat perkara lain,dengan pantasnya dia akan membuat,"wanita tersebut menangis teresak-esak.

Kesokan harinya,ustaz tersebut menghubungi keluarga pemuda tersebut.Kebetulan pemuda tersebut mempunya  anggota keluarga yang tingal di K.L.Selepas dihubungi,ustaz tersebut menceritakan seorang wanita tua yang datang.Keluarga tersebut meminta ustaz tersebut menerangkan bentuk fizikal perempuan tua tersebut kerana tidak mungkin ibu kepada pamuda tersebut kerana ibunya telah lama meninggal dunia.

Ustaz tersebut pelik memikirkan perkara tersebut..habis siapakah wanita tersebut??apa yang dubuatnya pada puku 4 pg ketika itu??

3 comments:

Nadiya said...

ermm pnjg jugak..ingtkan short2 je..huhu

Mr Coward said...

sape mak cik 2?

Nadiya said...

wallahualam..tidak diketahui siapa.