Tuesday, January 21, 2014

Gulai V Kari

Assalamualaikum. :)

Terpanggil aku untuk menulis hari ini. Penat gegila hari ni sebab baru sampai rumah selepas bertungkus lumus bergomol dengan buku bagai semata-mata untuk exam! Arggghh!!! Puas! Hahahaha! Bertolak dari Shah Alam and take time sampai dua hari untuk sampai alo staq. Gila lama! Arggghh lagi sekali! padahal singgah Ipoh tido sana semalam :P 

Lepas tu hari ni memang sembang dengan mak lah dari segala bentuk cerita. Ada penceritaan genre seram, komedi. seriusss.. HAHA! and sampai la benda yang sensitip! heart problemm .. hihihiihi

Gosip-gosip sesikit.

Aku dengan mak aku just share story mory pasal orang lain..masalah orang lain and mak pun bagi kata nasihat la sesikit kan. HIHIHI seriuss nampak . Nothing serious but she told me about life after marriage. Seram meram ada la jugak. Phew..  i jadi takut pulak nak berumah tangaa nie.. HAHA.

Mak cakap bila dah berkahwin nanti kena terima semua. Semua kebaikan keburukan yang ada pada pasangan , keluarga pasangan and segala-gala yang berkaitan lah. Mungkin ada benda yang kita tak suka pada pasangan, keluarga dia or ape-ape je yang boleh dijadikan penyebab. Kadang-kadang ada adik beradik ramai pun menjadi masalah. Sila lah percaya and i quite worried about this. Adik beradik aku ramai jugak. LOL! hihiihihi

Kiranya tadi siap ada peribahasa lagi mak bagi,

"Gulai yang sedap mai dari rempah. Nak lagi gulai yang sedap, perangat untuk esok punya"
Just mak cakap cenggitu lah. Sebelum nak jadi gulai tu, macam-macam kena letak. Baru jadi sedap. Kalau nak jadi sedap lagi., perangat la banyak-banyak kali. In simple word, kahwin nie takde la semudah mana. Banyak yang kena lalui sebelum dapat terima sebetul-betulnya. Nak kena adapt dulu cara baru dari side sana, kena sabar bebanyak, senang kata, masalah yang kecik-kecik akan timbul dulu, pastu baru lah rasa kehidupan rumah tangga yang sebetulnya . cenggitu laaaa..  Kalau tak paham jejugak, buat-buat lah paha. Bhahaha!  


*Sedap dak gulai kari kepala ikan? tadi tengok majalah 3 dia tunjuk pasal restoran yang jual kari kepala ikan. Macam sedap je . macam nak je.  HAHAHA! tapi sumpah.. banyaka gegila bahan diaaaa.. camtu lah KEHIDUPAN :D ngeeee *

No comments: