Tuesday, February 20, 2018

PINJAMAN SEMENTARA

Assalamualaikum 

***

Btw, this entry Nad tulis di rumah mertua tauuu! Dapat cuti esklusif selama sebulan . Hihihihi Seperti apa yang Nad pernah mention dalam post yang lepas kan. Langit tak selalu cerah. 

Selepas pagi tu Nad dan suami angkat barang-barang masuk lori. Both of us decide untuk nak pergi check di klinik. Ditakdirkan Nad memang pregnant pada ketika itu. Kembar pulak tu . so double happiness untuk kami berdua. 

Tapi mungkin atas faktor letih. Nad memang kurang berehat selama dalam proses pindah rumah baru ni. Siap pakej cuci rumah baru kan. Naik turun tangga apa semua. Nad keguguran. Baby tak dapat bertahan. Hanya stay dalam rahim just for 5 weeks :'( 

Suami Nad memang bagi support dekat Nad. Always mentioned postive things dekat Nad. Semua ni ada hikmah and one of hikmah adalah Nad dan suami adalah normal. Takda sakit-sakit dalaman yang nk kena dapatkan further check up kan. Cuma rezeki belum sampai. Tu je. 

Nad gugur after dua hari tau result. Nad bleeding on first day masuk rumah baru. Tak banyak cuma keluar darah spot je. Time tu risau yang ya amat dah sampai suami Nad memang nak bawak pergi hospital waktu tu. Tapi Nad decide untuk pergi klinik yang Nad pergi memula tu. Tapi doctor yang in charge tak boleh buat ultra sound. So Nad decide untuk datang check up pagi-pagi esok sebab doc yang akan buat ultra sound tu available waktu pagi 

Esok hari tu, pagi-pagi Nad dh keluar. Masa tu bleeding dah stop and jumpa doctor. Doctor scan apa semua baby masih ada lagi pada waktu ketika itu. Alhamdulillah sangat-sangat. Both of us balik rumah dengan happy. Time tu memang Nad tak bergerak pergi mana-mana lansung. Nad just tengok tv dan baring je. bangun just untuk pergi ke toilet. 

Tapi start after maghrib macam tu Nad dah mula rasa tanda-tanda. Nad rasa sakit belakang. Sakit belakang macam nak datang period tu. Darah start keluar macam period start petang-.Tak banyak and sikit-sikit je. Tapi sentiasa ada. Nad call mak tanya benda ni normal ke untuk orang pregnant sebab pagi tadi baru je pagi check kan. 

Suami Nad panggil makan malam. Nad makan malam and lepas tu terus masuk bilik. Nak rest sebab rasa sakit belakang tu makin kuat. Waktu tu rasa sakit sangat dalam perut. Panggil suami untuk picitkan kan kaki sebab Nad rasa sakit sangat. Sakit yang lagi sakit dari period pain. 

Suami Nad memang waktu tu taktau nak buat pape2 dah. Nad mintak dia bawak air suam dekat Nad. Nad minum and selepas tu rasa sakit tu lagi kuat. Nad memang tak tau nak buat ape dah time tu. Just mampu genggam tangan suami je. Sumpah sakit gilaaaaa

Suami Nad terus decide nak bawak pegi hospital. So Nad bangun perlahan-lahan . Nak masuk toilet. Buang apa yang patut sebelum nak g hospital kan. Kang terkencing pulak kan . Waktu nak terkencing tu, terus terkeluar benda yang besar tapak tangan . And benda tu memang bukan darah period, Orang perempuan lebih tau laa kan darah periodn tu macam mana. Terus Nad panggil suami waktu tu and waktu tu sakit yang Nad rasa sebelum ni kan terus lega. Terus hilang. 

Suami Nad terus call mama dia and mama dia suruh bawak g hospital and bawak benda yang terkeluar tu sekali. So Nad terus check in di KPJ Shah Alam :D Nad stay untuk 3 malam taauuuu. Kes benda tu keluar tu habis, 

Nad kan pregnant kembar. Kantung satu dah keluar. Lagi satu kantung masih dalam rahim . Tambah lagi 2 malam . Macam-macam ubat doctor bagi untuk baby tu keluar. First sekali Nad dapat ubat kecut rahim. Dia inject dekat peha Sakit gilaaaaaaa. Nad dah la trauma dengan jarum-jarum ni. Lepas nurse inject tu, terus Nad rasa sakit-sakit. Ingatkan kantung lagi tu nak keluar. Dia memang taknak keluar, 

Esok tu doctor bagi ubat lain pulak. Doc kata ubat kali ni sakit sikit. So Nad request ubat tahan sakit siap2 hihihihi Ubat kali ni ada 2 pilihan . Sama ada nak makan atau pun nak masuk dari bawah. So Nad ambik masuk dari bawah sebab nurse kata kata kalau masuk dari bawah cepat sikit effect dia. Kalau makan, Nad nk kena kulum. Memang idok lerr Nad nak kulum kaaan . Tapi baby masih xnak keluar so. So doc kata itsokay. Biar dia keluar sendiri sebab doc kata dia takut nak buang (cuci rahim) pakai alat dia sebab takut effec Nad punya rahim sebab rahim Nad kecik lagi. . Biar dia keluar naturally. So Nad pun boleh keluar hosptal. 

Tapi terharu sangat taauuu. Waktu Nad masuk hospital malam tu. Mak dengan yah Nad terus datang dari Kedah. Esok pagi tu dorang ambik bus datang. Lepas tu mak mertua dengan ayah mertua Nad pulak datang and dorang memang stay dekat Shah Alam laa kan . sampai Nad keluar hospital. 

Masa berpantang, memang mak Nad jaga Nad dulu di Shah Alam. Lepas tu mak balik. suami Nad anta stay dengan mama dia di Ipoh . And now Nad dah 18 berpantang. Tengah countdown nk habis pantang ni. hihihihi

p/s: Nanti Nad share pasal berpantang gugur dengan korang kay. Ilmu ni Nad cedok sikit- sikit dari mak , mama & tukang urut . Untuk knowledge manusia sejagat gituuuu! 

Bye!

No comments: