Thursday, February 8, 2018

HADIAH DARI TUHAN

Assalamualaikum 

***

Hi korang! 

Niat di hati nak bercerita pasal rumah baru kami laki bini tapi ada satu yang lagi mustahak yang Nad nak simpan dekat sini :D

Sedang kami laki bini sibuk dalam proses pindah rumah baru. Alhamdulillah Allah kurniakan kami satu berita yang kami tunggu-tunggu sepanjang proses perkahwinan kami :V

27 Januari 2018

Alkisahnya bermula sebab period Nad tak datang seperti biasa. Selalu kan heavy je kan tapi kali ni just light-light je. Benda ni since bulan December 2017 haritu lagi. So decide utk nak buat UPT test utk next period pulak if jadi lagi sekali. Ditakdirkan Januari 2018 pun sama so Nad terus buat UPT test. Dalam hati bukan lah berdoa supaya positive dan bukannya negative. If negative, Nad dah inform husband utk pegi check dekat doctor. Takut jugak kan kalau ada sakit dalaman yang kita tak tau. Maklumlah, sekarang ni terlampau banyak sangat penyakit org perempuan skrg. Takut pulak kan 

Nasib dekat rumah ada satu pregnancy test yang belum pakai lagi, Jenama CLEARBLUE. Bangun pagi-pagi, terus buat sebab orang kata test waktu pagi. Memang positive weeehhhh HAHA serius Nad memang blur time tu. Husband pun blur. Result positive. Tapi still boleh argue kan sbb UPT yang Nad tu ada dh lama punya. Almost one year lebih. Sebab kan takut tu expired punya. so husband ajak g pharmacy beli. Eh dia pulak yang excited kan. 

Petang tu Nad terus test sebab husband tak tahan daulat sangat time tu :D taknak tunggu lama-lama utk nak tau result. so Nad terus buat lah 

Ni result dia kay 

Yang atas tu Nad buat waktu petang, still nampak tapi blur sikit kan. My husband waktu tu macam baru lepas boh gol sebijik! happy dia but Nad still blur. HAHA maap la sebab tak terfikir utk result positive. Pagi esok tu pun buat lagi sekali and result dia terang dan nyata. So Nad dh boleh terima kenyataan tapi still google if Positive, ada tak keberangkalian utk tidak pregnant disebabkan oleh penyakit lain . Semua blog mentioned takde lansung. 100% pregnant! 

Both of us keep rahsia kan dulu dari family sampai ktorang buat confirmation dekat klinik. Decide nak pergi lepas pindah barang semua,Time-time nk pindah rumah, memang husband Nad larang Nad buat keje. Memang Nad tido, rehat, tak gerak banyak. tak angkat barang berat-berat 

29 Januari 2018

After dah setel pindah barang pagi tu, petang husband terus bawak pegi check dkt doctor. Memang syukur sangat-sangat sebab doctor nampak kantung baby






And the best part is Nad ada kantung twin! hihihi

Doctor tu sebelum inform ada twin, dia tanya Nad ,"Awak ada ke sedara yang ada twin?" and Nad jawab ada lah sebab nenek sebelah ayah Nad ada lahirkan twin. Makcik Nad pun ada twin. 

and doctor kata "yes. Awak ada twin ni. Nampak tak? sy tandakan dekat sini"

Nad time memang speechless sangat-sangat. suami pun sama :D kitorang memang tak sangka untuk nak ada twin. Pregnant tu dah satu hal, dapat twin lagi kan. Rasa time tu Allah memang bagi hadiah yang berganda sangat-sangat. 

Balik rumah , memang ktroang buat sujud syukur gila-gila la sebab memang tak tau nak cakap macam mana. syukur sangat-sangat :D and terus ktroang inform both family ktorang . 

Parents ktorang memang terkejut lah sbb ada twin. Tak sangka Nad ada gene kembar. HAHA!


Cukup sampai sini je dulu Nad cerita. Just nak cakap, langit tak selalu nya cerah. Nnt next entry Nad story-mory okay :P 

Tuesday, January 16, 2018

Tahun 2018!

Holla! 

Sedar tak sedar sudah masuk tahun 2018 dah kan? 

Berkuatkuasa dari tarikh harini ini, sudah 16 hari kita telah berlayar dalam tahun 2018 ini. So apa plan korang sempena tahun baru ini? Azam yang baru ke atau masih renew azam yang lama sebelum ni? Kalau korang ketegori renew azam yang lama, geng lah kita. haha yeahh! Ada geng 

Sedar tak sedar jugak lah Nad sudah dua tahun berkahwin. Masuk 12 March genap la perkahwinan kami. Walaupun masih belum dikurniakan baby, tp Alhamdulillah sayang tu makin bertambah-tambah. heeeeeee :P 

Btw so many things Nad rasa akan terjadi untuk tahun 2018 ni. Salah satu yang sangat pasti adalah Nad dengan suami akan berpindah ke rumah baru. Alhamdulillah. Allah tak bagi rezeki anak, tp Dia bagi rezeki untuk kami miliki asset rumah dulu. Itu lah hikmah yang Nad selalu pikir kan. Tak mau stress dengan kepala pasal anak. Ramai gila kot yang tanya pasal anak tapi i take the positive part. Negative part tu buang jejauh :V

Ok lah korang. Actually Nad tulis post ini buat syarat je lah sebagai permulaan tahun baru. Usahakan diri untuk menjadi rajin. Giteew!

Doakan Nad untuk rajin menulis dalam blog ni okay. My husband keep pushing on me untuk menulis dekat blog ni sebab dia kata Nad ada bakat menulis. Iyolah tu. 

Tau la jeles dengan isteri dia yang ada banyak masa lebih kan sejak-sejak tukar profesion jadi full time suri rumah ni kaaaannnnn :P 

Bye-bye korang. For those yang membaca entry ini. feel free untuk drop your comment okay! Nnt Nad jenguk korang punya page. Muaah cikeed!


Image result for 2018

Saturday, December 9, 2017

Keluarga Bahagia


KELUARGA BAHAGIA

-
-
Sedamai taman firdausi 
Limpahan kasih sayang sejati 
Seharum semerbak kasturi 
Mengharumi hidup insani 

Indahnya damainya 
Keluarga yang bahagia 
Itulah idaman impian setiap insan 
Yang dahagakan belaian 
Serta kasih dan sayang 

Ketika insan lain berbahagia 
Bersama keluarga 
Namun kita masih meniti 
Titian rapuh perhubungan 

Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya 
Mungkinkah kita seringkali melupakan-Nya 

Ayuhlah bina semula 
Keluarga diredhai Alloh 

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan 
Dan luahan hatiku yang dahaga kasih 
Jiwaku terasa terseksa ketandusan kasihmu 
Marilah kita bina bersama-sama 
Keluarga bahagia

Saturday, November 25, 2017

ALLAH JAGA

Assalamualaikum
***

Harini borak kosong dengan suami. Dalam kereta sambil berhenti dekat traffic light


A : Abang, tau tak baru semalam saya perasan? Baru tersedar something. 
S : Apa dia? Perasan apa? 
A : Perasan rupanya selama ini Allah jaga saya 
S : Maksudnya? 
A : After habis sekolah, masuk diploma, Allah temukan saya dengan Anis & Mizah. Both dari sekolah agama. Mizah Maahad, Anis satu sekolah
S : Okayy. Lepas tu
A : Lepas tu, lepas degree, Allah bagi saya duduk dengan Azie & Kinah. Dua-dua tu memang berubah ke arah agama. Cuba abang tengok Kinah sekarang. 
A : Lepas tu, masuk keje, jumpa Kak Amni & Mira. Both pun sekolah agama. Last sekali kahwin dengan abang. Pun background agama

Laki aku terus diam je lepas dengar aku cerita semua tu 

But bagi aku, time untuk muhasabah kan diri. Allah lorongkan aku berkawan dengan mereka. Untuk memberi peringatan pada aku





Friday, May 19, 2017

Raya oh raya


Assalamualaikum
***


Dah nak raya ni, apa plan korang? *puasa pun belum, dah pikir pasal raya. Facepalm*
Nad ada big plan untuk raya kali ni.hehehe Korang rasa apa?



-
-
-
-
-

Plan ni selalunya orang perempuan je buat tapi selalu nya hangat-hangat tahi ayam jeeeee. Plan Nad adalah berdiet. Koh koh koh :P

Hangat-hangat tahi ayam pun. pejam celik pejam celik dah 2 minggu la diet Nad berlansung. Laki Nad start diet awal seminggu dari Nad. Laki Nad yg azam tinggi nak diet sebab berat badan dia dh naik mencanak. So dia nak kurus lah untuk sihatkan diri. Sementara Nad ni pulak, mesti lah sebab Nad nak slim sikit before raya. Setakat ni Nad dh lost 2.6 kg within 2 minggu ni.Target sebelum raya at least 5kg turun and lepas raya kena slowly turun sampai target. T_________T


Long journey to go gaissss!

Apa yang Nad buat dengan laki bagi menjayakan plan diet kami neh adalah ;


a) Tak makan nasi/mee/spageti/roti/ maggie

Nad memang cut terus untuk tak makan benda atas ni sebab karbo yang tinggi. And lagi satu Nad jenis tak kisah kalau tak makan nasi, so far masih okay. Nad tak craving untuk makan Nasi

b) Tak ambik gula

Gula ada banyak. sama ada dalam air, kicap, choc, gula dalam masakan. So apa yang Nad buat, Nad tak minum air manis lansung. Nad hari-hari minum kopi cicah biskut. tapi untuk diet ni, terpaksa Nad lupakan. Untuk sekarang dah 2 minggu jugak la Nad tak sentuh benda manis. Makanan yang ada banyak gula Nad akan elakkan sama ada beli dekat luar atau masak dekat rumah. Untuk sekarang ni, Nad jarang makan dekat luar. Paling-paling pun Nad beli KFC yang ala cart tu. So takde fries, takde bun. takde coslow. Just ada ayam semata-mata je. Air pun Nad tak ambil. Just minum air kosong je, Kalau masak pun, Nad banyak bakar, grill. buat sup, tomyam, kari tanpa santan atau goreng. macam tu je lah makanan Nad makan. Masak kicap ke. masak sos ke. tiga rasa ke , sambal ke Nad terpaksa potong sebab dalam tu ada banyak sangat gula.

Kalau craving sangat-sangat, Nad beli coke zero atau coke light. Gula takde lansung tapi rasa manis sebab dorang ganti letak aspartame. Atau pun beli choc tanpa gula. Ada je yang jual tapi mahal sikit lah compare dengan choc yang jual. Busuk-busuk dalam Rm14 setiap packaging utk size besar Cadbury. Cadbury pun baru Rm8.++

C) Minum air kosong 

Nad banyak minum kosong. At least 2 liter sehari. Ceritanya memang mengulang ke bilik air laaaaaa. Minum banyak cenggitu. 6 botol air untuk 1.5liter Nad and laki boleh setelkan dalam masa tak sampai dua hari pun koraaaaannnnggg. Rasa tak percaya tapi ini lah kenyataan. Tambah sekarang musim panas pulak kan. Memang banyak laaaa kitaorg minum air. Sebelum tido dh minum dekat setengah botol air sebab terlalu panas. Maklum lah, rumah kitaorg belum ada air cord. Harapkan angin semula jadi ni je laaaaa. T_T

D) Senaman

Senaman Nad tak berapa buat sangat tapi buat la . Nad skipping and weekend Nad dan laki akan pegi park and kitaoang akan jalan pusing park. Boleh tahan besar laaaa jugak park tu. Main lari-lari hide and seek gituu. At least kitaorg bergerak dan keluarkan peluh . itu je lah purpose ktorg :D


Itu je lah yang Nad buat. Nak buat ni hati kena kental. Nad kadang-kadang mengalah jugak . Pegi pasar malam nk soya laaa nk kek laaa nk pizaa laaaaa. tp sebab ada laki, laki berjaya tepis godaan tu dari Nad :P

So korang, mana yang nak bermula tu, boleh la korang mula sekarang and make sure untuk cekal kan hati okay :*)

Doakan Nad untuk kurus okaaaay sebab Nad hanta baju dekat tailor suruh ikut baju Nad tahun 2014 dulu. Doakan Nad boleh pakai okay. If not, Nad kena cari baju raya baru laaaaa.