Followers

Friday, April 6, 2012

Kehilangan

 .: Assalamualaikum :.

Dari sebelum penghabisan semester aku sehingga la sekarang, hanya berita kematian yang aku dapat.Semalam aku dikejutkan dengan kehilangan nenek sedara aku yang baru meninggal tepat pukul 3.00 p.m semalam kerana sakit diabetic. Jenazah beliau dibawa pulang ke Johor. Dan takziah juga aku ucapkan untuk sesiapa yang mengalami peristiwa kematian ini sama ada saudara terdekat atau orang yang disayangi. :)

Sebelum ini aku dikejutkan dengan kematian anak sedara kepada housemate aku. meninggal ditempat kejadian setelah berlaku kemalangan di lebuhraya Sabak Bernam yang baru berusia beberapa bulan. baby tu meninggal malam Jumaat. Sesungguhnya syurga lah tempat dia..ameen :). selang seminggu, aku dikejutkan lagi dengan kematian kakak ipar beliau yang mendapat komplikasi akibat kemalangan itu. k.ipar beliau mengalami pendarahan di kepala dan tidak sedarkan diri. peluang untuk hidup hanya 50-50 dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada hari Jumaat jugak. Kasih ibu hingga ke syurga. :)

Sungguh aku tidak akan mengerti perasaan kehilangan ini jika aku ditanya soalan macam tu kerana aku belum lagi merasa apa itu kehilangan. Apa yang boleh dicakapkan " berat mata memandang, berat lagu bahu memikul". Dan aku hanya mampu untuk mendengar dan berkata sabar. Tapi aku tahu setiap apa yang aku cakap kan itu tidak mampu mengubat rasa kehilangan yang ada. Setiap orang akan berkata sabar kepada orang yang mengalami padahal dia tidak berada ditempat itu. Aku sebolehnya nak orang yang menghadapi kehilangan ini redha dengan ketentuan yang telah disuratkan kepada mereka walaupun aku tahu aku pun akan berbuat begitu jikalau aku  berada ditempat yang sama. hanya akan menangis dan menangis.. menyesal kerana tidak melayan orang-orang yang telah meniggalkan kita dengan sebaiknya. :)

" sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali"  ( Al- Baqarah : 155-156)
Bersama ujian, datangnya rahmat. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

5 comments :

nafisnadia said...

Innalillahiwainnailahiraji'uun... Takziah atas pemergian tok sedara awk

Nadia said...

thanks awk :).. mcm mn boleh tetiba nk tengok blog nie? kn dh lama x bukak ?

nafisnadia said...

Awk je yg lama tak tulis. Tap tak bererti sya lama tak bkak:p hehe

nafisnadia said...
This comment has been removed by the author.
Nadia said...

oohh.. diam2 jd silent reader ye.. :P