Sunday, February 23, 2014

Weekend

Assalamualaikummmmmmm :))))

Rasa happy pulak sebab boleh menulis dekat sini. HAHAHA. kan? nak buat macam mana.. aku kena tahan/sekat/dilarang dari tulis dekat twitter padahal aku ada banyak benda yang nak bercerita,, hmm hmmm hmm sedih taakk? incik abg tak bagi tulis dekat twitter for a week..denda katanya. :( Seriusss sedih padahal dekat situ lah aku nak bercerita. aku nak marah-marah..aku nak komen benda yang best-best.. nak bercakap sensorang kan waktu tak de sape nak layan hmmmmm

SO?

amacam dengan weekend korang semua eh?

Aku?? hikhikhik

Weekend kali nie macam berbeza sikit lah kan sebab kengkawan aku datang tidur kat rumah aku . So memang ramai gila lah kan *konon padahal just tiga orang je* HAHAHA

Member-member aku datang naik train so aku dengan roomate aku just pergi pick up dekat train Padang Jawa je lh .Lepak dekat KFCsampai pukul berapa kan.. Jarang nak bersua muka cenggini :)Then esok pakat-pakat bangun lewat lah kan. Habis subuh terus lentok balik. HAHAHA Pergi makan dekat restoran Cili Merah. Memang ummppphhh lah kan. Bila makan tu terus teringat rumah. Pergghh memang masakan rumah betul lah kan .

 you may goggle this where it is located

Pastu jenjalan dekat Plaza Alam Sentral kan.. kebetulan dekat situ ada promotion barang-barang perabot rumah macam katil, sofa.. and etc. So tengok-tengok je laa.. nak beli tak mampu pun lagi kan.pehtu rumah sendiri pun belum ada lagi kan. setakat cuci mata je lah yang mampu kan :))) Nak dijadikan cerita kereta parking dekat B2.. pastu punya la pusing aku dengan kengkawan aku mencari parking sebab kereta tak jumpa. Gila! berpanas dekat dalam tu.. empat lima kali jugak laa pusing dekat tempat yang sama. Jumpa sorang mak cik tu.. Dia tanya cari kereta ke.. HAHAHA macam tau-tau pulak kan.. dia cakap try tengok dekat area atas.. Ya Allah. Nasib jumpa jugak :))) puas lah berpeluh ketiak dekat bawak tu HAHAHAHA

Lepas tu gerak ke SBU (Sincerely By Us) dekat Padang Jawa. Pergilah. Not bad laaa jugak sebenarnya kan corak-corak dekat situ.. ada tudung..shawl.. skirt.kasut.. bak kata semua lah.. kedai dia rumah-rumah kedai je :))

heh! nampak tak .. HEHEHEHEHEHE :)

habes je pusing tu terus gerak pergi Jaya Jusco Bukit Raja dekat Klang tu. masuk Aeon je lh sesambik shopping barang sikit :) Aku tak laaa kan sebab tak da benda untuk dishopping kan sebab ntah.. tak rasa untuk membeli pun.. HEHEHE :)

untuk dinner terus gerak pegi Tesco Shah Alam seksyen 13 tu .. kekonon nak makan dekat situ. sekali dorang dah tutup acount dah laaa. melepas nak makan char koew teow dekat situ. So just masuk tersco pegi beli barang dekat situ.. Beli barang-barang untuk masak nasi ayam esok tu pulak.. selesai membeli tu terus shoot ke Seksyen 7 situ makan dekat De' Siantan Restaurant. dekat situ laaa kami semua berpulas-pulas untuk makan. Aku makan char koew teow special.. biasa-biasa je rasa dia.. hmmm teringat yang dekat tesco punya :(

Habis lah jenjalan untuk hari sabtu tu :)))

Ahad tu duduk kat rumah je .. heheheh masak nasi ayam .. collaboration dengan kengkawan semua.. hihi alhamdullilah menjadi jugak masakan.. HAHAHA kenyang perut .. 

agak-agak weekend minggu depan nak jenjalan mana pulak eh :)))

No comments: