Saturday, November 15, 2014

Vacation

Assalamualaikum :)

Dulu masa zaman belajar, mesti weekend rasa nak keluar kan. Hilangkan stress lah katakan . Pastu pakat-pakat cuci mata tengok barang lah..tengok orang lah ekekeke

Bila dah masuk kerja nie, rasa macam Yes!Perlukan vacation. :) Sebab letih kerja dengan belajar nie lain laaaa awak

Belajar nie best sebenarnya. Advise aku untuk korang. Sila ENJOY zaman belajar anda sebab anda akan merinduinya . Sumpah walahi

Zaman kerja nie kan memerlukan korang untuk stay focus untuk nak membuat kerja. Kenkadang datang lenguh dia. Mak aaii.. rasa macam nak marathon satu ofis sebab kerja asyik duduk ngadap komputer. Ngadap dokumenn. Penat laaaa buat kerja tu dan dia akan jadi rutin kita sebab dah tu je kerja kita kan.

So vacation is a good therapy bagi aku. Kenapa?

Sebab korang akan rasa tak nak balik and korang nak habiskan masa korang dekat situ and korang memang yakin hundred percent akan lupa dengan tempat kerja korang!

Aku boleh nak stay dekat rumah tapi dekat rumah takde benda yang nak buat..so aku jadi laaaa stress sebenarnya. So mood akan swing dengan tetiba. Unless lah kalau balik kampung kan .. yang tu aku mmg xkisah untuk stay kt rumah and kalau boleh aku mmg xnak keluar daru rumah.. nak melekat je dengan mak 24 jam kalau boleh.

So mana korang akan pergi untuk vacation korang. Dekat yet lagi murah, HAHAHA Almaklumlah benda vacation nie kena plan pegi hujung bulan sebab tengah bulan nie poket dh kempis kan .. selim melim je rasa duit kat dalam atm tu :)


No comments: