Monday, February 18, 2013

puding trifle

 - ASSALAMUALAIKUM-

Since aku sekarang nie ada aktif sikit untuk menulis, jadi terasa nak share something yang aku buat last week. :) almaklum lah status diri ini akan berubah kan.. jadi semakin membiasakan diri untuk benda-benda macam nie *okeh ayat poyo* hehe 

alang-alang semua berkumpul untuk CNY last week, adik-adik aku yang stay dekat hostel pun balik jadi dapat la berkumpul ramai-ramai dekat rumah. oleh yang demikian , aku ada buat something untuk famili aku iaitu PUDING TRIFLE.. yeeaahhhh =) hihihihia

since ada member aku yang tanya step-step dia, senang ke tak kan.. jadi apa kata kalau i let u all observe sendiri either step tu mudah or not sebab bagi aku sangat simple dan senang nak buat. kalau susah memang dak la kan aku nak buat sebab aku ni tak da la sesabar mana pun nak buat yang remeh-remeh nie :) tepuk dada tanya iman. =D

okeh, first aku akan start dengan ingredients dia dulu.. believe me, it is super duper easy :)

1. seketul kek perisa Pandan,  kalau boleh yang yang petak or yang berbentuk swiss roll tu kn .( up to you nak ambik perasa apa) dan dipotong kepada beberapa bahagian.
3 sudu tepung kastard
1 tin susu cair
1 tin air ( guna sukatan dari tin susu cair td)
2 1/2 sudu besar gula
1 peket Kristal Jelly Nona Strawberi ( tak kisah perasa apa)
2 cawan air ( untuk masak Kristal Jelly)

Hiasan :

1 tin buah peach 
sekotak buah strawberi

abaikan kek coklat tersebut. 


okeh..selesai sudah bahan-bahan yang diperlukan. kita akan tengok step-step yang diperlukan untuk hasilkan pulak :) pliss enjoy your reading on this .

1. pertama sekali, lain tak bukan mestilah senyum, ikhlas, baca bismillah dan selawat ke atas nabi junjungan kita. baru lah apa yang kita buat tu berkat * mak cakap* #copypaste

2. susun kek yang telah dipotong tadi kedalam bekas. ikut suka nak menggunakan bekas kaca atau loyang. lembabkan kan kek dengan air buah peach.

3. masukkan susu cair, air satu tin, tepung kastard dan gula. Panaskan di atas api perlahan. Kacau hingga menjadi pekat. 

4. Bila dah hampir mendidih, angkat dan curahkan kedalam bekas yang disusun kek tadi.

5. Hias permukaan kastard itu dengan buah peach dan strawberi mengikut kreativiti sememtara masai panas. Anda boleh menambah sebarang buah yang lain mengikut kesesuaian.



 6. panaskan air 2 cawan sehingga mendidih dan masukkan serbuk Jelly Kristal tadi ke dalam air. Kacau sehingga larut dan padamkan api. kacau utk beberapa minit untuk sejukkan dan curah kan ke atas kastard yang telah di susun dengan hiasan buah peach tadi.



7. masukkan ke dalam peti dan biarkan ia keras. and last boleh la makan :)

boleh la dihidangkan buat keluarga terchenta anda! Selamat mencuba :)