Followers

Tuesday, February 24, 2015

Aku Dirisik

Assalamualaikum semua

******

Hiks! tajuk entry kali ni macam nak up kan status diri ini kan. Hehehehe

21 Februari aritu famili nafis datang untuk merisik. Kenkonon inform untuk berkenalan since keluarga dua-dua belah pihak tak pernah berjumpa lagi. Kiranya kali ni kali pertama bersua bertentang mata semua. 

Aku baru sampai dari Shah Alam pukul 6 pagi terus duduk sembang dengan mak and update mak pasal famili nafis. Since aku still takde menu lagi nak masak ape dengan famili dia so memang aku melangut jugak la sensorang kan. 

Then decide untuk buatkan cucur udang. Habis aku kerah adik aku pergi tesco pegi beli udang sebab aku takde stok dekat rumah kan. Ada la stok ikan yang banyak tu sebab mak aku nak buat laksa esok nie. So aku mula bancuh tepung dengan buat kuah merah yang sos tu. Sos tu aku hentam keromo saja. Mak aku tanya tau ke buat neh and aku reply hentam sudaa. HAHAHA

Tapi jadi taaauu  cucur udang ai, Semua jangan jeles kay sebab ai nak bagi bakal mak mertau ai merasa air tangan ai neh. Hiks!

Famili nafis sampai pukul 2 macam tu. Since dorang pun dah makan tengah hari jadi aku tak expect la nak hidang banyak-banyak. Buat sikit-sikit saja

Jadi conclusion masa majlis perkenalan tu.. terus famili dia tanya nak bawak rombongan meminang sekali dengan bertunang sebelum puasa ni sebab dorang dah nak booking dewan dengan katering siap2. Maka mak ayah perkenankanlah since aku pun dah habis belajar kan. 

Alhamdulillah sebab mak ayah mudahkan semua urusan aku dengan nafis. Majlis merisik pun simple-simple saja. macam tetamu datang rumah. kita baut air dan sedia makanan pastu sembang macam biasa. Alhamdulillah 

p/s: mood busy untuk prepare majlis pertunangan ktorang nanti :)