Friday, March 25, 2011

taraf wanita

Benda nieyh dah lama terjadi.Aku try google untuk dalil-dalil al quran tapi terkeluar satu website yg tajuk " Peribadi Rasulullah ".Dalam tu ada di ceritakan tentang peperangan yang berlaku di iraq.Kita hanya mendengar wanita dibunuh,wanita dirogol dan etc.

Walaupun ini isu yang lama, perkara yang telah lama berlaku namun apa yang aku ingin aku sampaikan adalah pandangan lelaki atau lebih tepat sekali adalah pandangan agama-agama lain terhadap perempuan.Bagi mereka perempuan adalah alat untuk memuaskan nafsu.Inilah realiti yan berlaku pada zaman sekarang.Perkara yang jahiliah dahulunya telah di ulang kembali.Seks bebas dilakukan di mana-mana dan dengan siapa.Fenomena ini telah lama melanda Malaysia walaupun Malaysia adalah salah satu negara Islam.Langkah yang tegas harus diambil bagi menangani fenomena ini.Pembuangan bayi berlaku merata-rata ibarat bayi tersebut "bertebaran" di mana-mana.

Berbalik isu yang berlaku di Iraq tadi,semasa Iraq di bawah takluk Amerika,tentera-tentera Amerika telah melakukan sesuatu yang melanggar kehidupan hak asasi manusia.

Perkara yang telah diceritakan ialah seorang wanita yang bertudung labuh lari untuk menyelamatkan diri dari tentera2 yang dilaknat itu.Namun,akhirnya wanita tersebut telah ditangkap dan dirogol beramai-ramai.Setelah itu wanita tersebut dibunuh.Seandaninya sesiapa yang melihat gambar tersebut,memang akan tertumapah rasa belas kasihan.Even aku sendiri tak mampu untuk melihat apabila kaum aku sendiri telah diperlakukan sebegitu rupa.*pic aku xambil..sape2 yang nk tengok juz visit PERIBADI RASULULLAH.

Sebelum ini,Amerika sering bangun dengan menyebarkan dakyah menjaga hak asasi awam namun adakah mereka mengamalkan??ANDA FIKIR ANDA JAWAB..semuanya dusta .tipu semata-mata.Mereka hanya berpura-pura baik di hadapan tetapi sebenanya hati mereka lebih kejam dari binatang.

ISLAM adalah agama yang syumul .Agama yang meletakkan taraf wanita di tempat yang teratas.Agama yang memuliakan wanita .Tidak hairanlah wujud surah-surah seperti Surah An Nisa,Surah Maryam dan etc.Rasulullah turut memuliakan golongan wanita.

Para sahabat pernah bertanya kepada baginda,antara ibu dan bapa,siapa yang harus lebih dihormati.jawab baginda "ibu," para sahabat bertanya "lagi?" jawab baginda "ibu" sahabat bertanya lagi sekali.jawapan yang sama diberikan oleh baginda iaitu ibu.kemudian sahabat bertanya "lagi?" baru lah baginda menyebut "bapa".*ta sure soalan tu mcm mn tp jawapan tu betul ek

Lihatlah betapa tingginya taraf seorang wanita yang bergelar ibu.Selain itu,syurga turut terletak di bawah telapak kaki ibu.Itu lah tanda-tanda betapa Islam memuliakan wanita.

No comments: